Sepanjang malam tadi aku gurur juga mendoakan agar Aziq selamat dibedah.
Dari jam 6:30 petang Hinggalah jam 10:00 malam barulah Aziq keluar dari bilik pembedahan.
Sekarang Aziq berada di tingkat 6. Wad 6C katil 7.
Malam tadi semasa waktu lawatan 8:30 malam. Aku Anif & Azim tak dapat ketemu Aziq.
Hanya ibunya Mila dibenarkan seorang sahaja menjaga dia menjelang ke pagi.
Aziq sakit sejak 3:00 pagi, tapi tak memberi tahu aku. Awal pagi aku membawa dia ke PKupm.
Doktor syak dia sakit appendix. Hampir sejam di Wad Kecemasan PKupm. Sakitnya masih tak reda. Sejak bila dia mengidapnya pun aku tidak pasti. Jika sakit appendix bagiku tidaklah risau sangat; takutnya sakit lain.
Doktor Mohd (Bukan nama sebenar) berbangsa Arab di PKupm pada peringkat awal telah mengesyaki sakit appendix. Cumanya bila dihantar ke Hospital Serdang; seorang demi seorang doktor tidak dapat memberi kata putus... Ujian darah telah dua kali dijalankan. Di PKupm & Hospital Serdang. Hinggalah datang Doktor Melati(Bukan nama sebenar) seorang pakar bedah. Hampir ke 10 orang doktor yang datang memantau. Baru dapat kata putus. Huh! memang payah untuk mengesan; tanpa pun buat autra sound atau X-ray.
Bagaimana pun aku berterima kasih dengan layanan Hospital Serdang. Tidak seperti dulu dalam MMms aku tulis sebelum ini. Sekitar sejam dua Haziq telah pun masuk wad. Semakin cekap & pantas. Tentunya lantaran sakit perut Aziq yang akut berbanding sakitku yang sekadar darah tinggi ketika itu tak membahayakan sangat.
Aku akan ke hospital melawat Aziq kejap lagi.
Ubat Appendix Secara Tradisional
Penyakit ini boleh dikesan melalui tanda-tanda seperti pada permulaannya rasa gatal pada kulit perut, kemudian rasa sakit ketika menarik nafas dan tidak dapat membuang air besar dengan selesa kerana rasa sakit tersebut lagi memuncak.. Sakitnya ialah di bahagian bawah pusat di sebelah kanan.
Penyakit ini boleh diubati dengan menggunakan kunyit dan beberapa bahan lain. Caranya, ambil kunyit secukupnya, parut, campurkan dengan sedikit garam, gula merah, air limau nipis dan air panas secukupnya. Setelah dingin airnya diminum, minumlah setiap pagi dan petang sehingga sembuh.
Aziq dapat kembali pulang pada jam 6:30 petang. Selasa 3 Februari. Kekinian dia telah boleh makan bubur.
Sakit Appendix bukanlah sakit yang membahaya tetapi jika lambat dibedah boleh juga menyebabkan kematian seperi apa yang ditulis oleh Mamii Jarum
kakak2 mami pun ada yang meninggal sebab barah rahim pd tahun 2004.. tanpa ada sintom2 dan rasa sakit.. tiba2 kakak sulung mami tu disahkan mengidap sakit tu .. dah stage ke 3.. kritikal .... dalam masa 2 bulan tu sempat buat operation dan kemo.. dia pergi waktu umurnya masuk era 50 tahun.. dia meninggalkan 5 org anak ..yg bongsu dalam form 3.. dan Alhamdullillah sekarang mereka dah mendapat emak tiri yang sngt baik dan prihatin pd mereka..
kakak no. 2 plk meninggal tahun 1990, umurnya lingkungan awal 30an.. meninggal sebab sakit appendix.. penyakit paling simple dan boleh dirawat sekiranya kita mengambil tindakan yang segera untuk merawatnya.. tapi dah kehendak Allah.. dia meninggalkan 7 orang anak yg masih kecil2.. yang sulung berumur 14 tahun.. yang bongsu 2 tahun.. suaminya ambil masa yang lama jugak untuk berkahwin hampir 6 tahun.. atas desakan emaknya yg mengambil kira soal cucunya yg memerlukan kasih seorang ibu, dia akhirnya berkahwin juga ..
anak2nya mendapat seoarang ibu tiri yang sangat penyayang dan prihatin dan mereka juga mendapat seorang lagi adik..tapi Allah juga menyayangi ibu tiri mereka.. 2 tahun lepas dia pergi menemui Ilahi disebabkan penyakit kencing manis....
kini semua dah besaq.. dah bekerja dan pandai berdikari..
awan mendung akan berlalu jua.. akhirnya keluarga mami bertambah lagi seorang ahli keluarga baru bila 3 bulan lepas abang ipar mami bernikah dengan seorang wanita yg juga sangat baik dan penyayang pada anak2 tirinya serta keluarga mami dan tak lama lagi mami akan mendapat anak menakan baru...
Lewat petang tadi, semasa aku sedang melawat Aziq, tetiba katil Aziq diserbu oleh ramai kalangan doktor. Tentunya sebahagiannya doktor pelatih. Aku tak sempat pun memberi salam. Doktor ini nampak amat periang; aku langsung tidak sempat juga bersalaman. Mungkin kecenderungan bersalam dengan keluarga pesakit bagi kalangan doktor semakin terhakis. Terlalu sibuklah sangat dengan tugasan.
Dalam hatiku sememangnya sebagai ayah aku terlalu ingin mengucapkan terima kasih lantaran memang kumpulan doktor inilah yang merawat anakku Aziq. Bila para doktor yang nampak terlalu muda & nampak ranggi amat. Langsung tiada peluang untuk aku bermesra; untuk berbalas senyumpun jauh sekali. Hakikat dunia kini; mungkin lantaran status atau adat sopan santun... terhalangan semua.
Aku terbayang wajah Kak Senah; anaknya yang tentunya anak saudaraku jua mengambil kursus kedoktoran di UPM ini. Aku tak pernah dapat ketemu dia sepanjang pengajian dia. Apatah lagi dia sendiri mencari aku sebagai Ayah Saudaranya. Apakah dia juga seperti doktor yang aku katakan ranggi tadi.
Sememangnya kita makin kurang menghormati kalangan orang tua. Ini amat ketara berlaku di tempat kerja aku sendiri. Status pendidikan mungkin membuatkan kita makin menyuramkan sinar ukhwah & mesra dengan semua orang. Terutama dalam menghormati orang tua.
Semasa di hadapan lobby; Pengawal Keselamatan berbangsa India jauh lebih hormat & amat prihatin dalam bertugas. Sekitar 6:45 petang tadi (3.2.09) aku dibenarkan parkir di petak VVIP sebentar sahaja. Lantaran dia sedar Aziq baru sahaja dibedah tak mampu berjalan ke parkir kereta awam & aku terpaksa menghantar kerusi roda di kaunter. Dalam masa yang sama aku lihat kalangan mereka mungkin doktor pakar yang dipanggil mempersoalkan tindakan Pengawal Keselamatan ini. Huh!
Bagai yang aku selalu tulis di jurnal ini; jika di fakultiku; siapakah yang lebih perlu kita hormati; pelajar atau pensyarah. Begitu juga di hospital; pesakit atau para doktor?. Kita fikir-fikirkanlah sendiri.
Agar Aziq cepat sembuhnya; dia bercuti dua minggu di rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan