Aku sering juga minta ubat batuk di PKumpm atau panel doktor yang lain. Sebotol dua belum tentunya baiknya. Mila jenis malas makan ubat. Makan pun kot sesekali dalam sehari. Tak mahu ikut peraturan. Manalah mahu baiknya. Kuman biasalah perlu terusan dicegah. Jika lepas dari tiga atau empat jam kita abaikan makan ubat dia biak semula. Jadual ketat perlu jika mahu segera baik.
Semalam sahaja Mila jaga Aziq, malam kedua sudah boleh balik. Sekitar magrib malam kedua Aziq telah boleh balik. Begitu cepat. Masa Mila kena bedah sakit yang sama appendix. Sepuluh malam di hospital. Lukanya pun agak besar berbanding Aziq. Luka Aziq sekadar sebesar duit siling lima puluh sen.
"Ayah tak minta surat gerenti dari majikan ke?"
"Mila tak cakap pun!, lagi pun tak kan Hospital Serdang tak ada rekod ayah; dah selalu keluar masuk sini"
"Nanti kalau diminta beribu ringgit macam mana, Mila tak bawa duit ni!"
"Kita hutanglah!.." Dalam hati aku berkata takkan mereka nak masukkan kita dalam lokap kot.
Seperti yang aku tulis... sebelum ini Sekitar 6:45 petang tadi (3.2.09) aku dibenarkan parkir di petak VVIP sebentar sahaja. Lantaran dia sedar Aziq baru sahaja dibedah tak mampu berjalan ke parkir kereta awam & aku terpaksa menghantar kerusi roda di kaunter.
Ubat kena ambil di Wad kecemasan semasa aku di wad kecemasan.
"Berapa iyer adik bayaran pembedahan..."
"Doktor yang akan tentukan!"
"Tak perlukan surat gerenti majikan?"
"Tak pasti... bil ini cuma enam ringgit!"
"Okey! .." Aku menghulurkan duit, aku membayar kos untuk semalam di wad kot. Selebihnya mungkinkah akan datang kemudian. Entahlah. Yang pasti Aziq telah selamat dibedah.
Esoknya Mila dapat cuti sakit dua hari; selang beberapa hari aku pula kena serang demam yang sama. Berserta batuk-batuk yang kuat. Musim demam.
Politik di Perak pula menghadapi krisis yang teruk. Tambah menyakitkan hati & jiwaku. Cuti hari Thaipusam aku sekadar tidur sahaja di rumah. Sakit lagi. Telan ubat & bermalas-malas di ruang anjung.
Bila sebut Thaipusam teringat akan pemergian Arwah Nasha. Semoga roh dia dapat diampunkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan