Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 28 Februari 2009

Raja Lawak 3 Kenapa Mila marah-marah ( Hiburan)


Pasti ramai yang begitu yakin Kumpulan Sepah akan menjadi juara. Kumpulan ini memang begitu sepadan & kelakar.

Ahli Kumpulan
1. Shahmira bin Muhamad
2. Mohd Nadzri bin Zainal AbidiN
3. Mohd Noor bin Murad

Umur:
1. 24 tahun
2. 23 tahun
3. 23 tahun

Berasal dari Johor, dari loghat perbualan mereka kumpulan ini mesti ada darah Jawa. Tentunya Orang Jawa di Johor bangga dengan bakat yang mereka ada.



Timbul kini satu isu. Kenapa mesti orang Jawa amat sensitif jika dipersoalkan tentang keturunan mereka. Sedangkan bagi aku bila disebut aku ini Orang Melayu. Aku amat berbangga. Aku ada darah Minang & darah Arab. Tiada hinanya jika kita membanggakan bangsa & keturunan kita. Baik Bugis, Iban, Batak, Minang atau pun Jawa; semua bangsa itu serupa saja dalam himpunan Melayu. Seharusnya Kumpulan Sepah berbangga jika bakat mereka akan pasti menaikkan martabat mereka sebagai Kaum Jawa. Aku sendiri beristerikan Orang Jawa.

Bila Mila marah amat dia selalu bercakap dalam Bahasa Jawa, baik dengan aku atau anak-anak. Tentulah kami tergamam lantaran tidak faham apa yang dikatakan. Perkara baikkah atau perkara buruk. Tapi bila aku terlepas cakap memanggil Mila dengan sindiran keturunannya.

"Oii! Jawa pekat.. jangan tak sedar diri..!" Ianya amat sensitif membuahkan kemarahan yang amat sangat buat Mila. Sedangkan ketika itu aku dalam keadaan marah amat,

Seolah-olah Mila langsung tidak faham bahasaku. Sedangkan lidah lagikan tergigit, ini kan pula berumah tangga seharusnya ada tolak ansur & saling dapat bertukar pendapat. Samalah keadaannya ketika dia marah dia bertutur Bahasa Jawa yang tentunya menjadi persoalan bagi kami yang tak faham bahasanya. Jika bagus kata-katanya baguslah kami, jika sebaliknya takut nanti bahasa seorang ibu menjadikan ianya doa. Apa akan terjadi kepada kami.

Sesekali aku sebagai Ketua Rumah yang bagaikan tidak lagi dihormati, seharusnya menyedarkan yang tindakan membelakangkan suami itu adalah salah. Jika berkali-kali diingatkan tetapi masih juga melakukan pelanggaran. Jalan lembut & beralah telah lali & tidak memberi erti. Apa lagi jalan yang baik?.

Lagipun tiada hina atau kurangnya sesuatu bangsa atau kaum itu. Jika kita amati sejarah mereka yang popular di Malaysia ramai dari kalangan orang Jawa. Jamali Shadat, S Shamsuddin & Hamid Gurkha umpamanya. Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah siapa tidak kenal. Belum lagi VVIP di Malaysia; memang ramai mereka dari kaum Jawa. Datuk Khir Toyo umpamanya

Bagai Mantan PM kita sering menyebut. Seakan sama pengertiannya dengan ayat sindiran aku di atas. Tetapi bahasanya sinis.

"Kenapa Melayu mudah lupa.." Ianya tidak pun menjadi perbalahan. Malahan teguran Mantan PM kita itu seharusnya menjadikan kita terjaga dari mimpi lena kita.

Terkadang kita sering begitu. Perlu amat dikejutkan. Agar jangan lupa diri. Jangan hina kaum yang lemah & miskin. Bila kita kaitkan dengan keturunan & bangsa seharusnya ianya akan dapat cepat menginsafkan. Kenapa mesti ianya dijadikan bagaikan sentimen atau bagaikan bermain api. Jika memang ianya dapat menyedarkan; cepat-cepatlah tersedar. Tiada satu bangsa pun yang lebih mulia atau sebaliknya. Kita semua hanyalah hamba di sisi Dia Nan Esa. Sementelah bila kita melakukan sesuatu kesilapan pasti bangsa & keturunan itu akan diambil kira. Bagai kita marah dengan orang Israel pasti kita mengatakan bangsa Yahudi itu amat kejam & jahat.

Seharusnya kita akur jika mahu menjaga adat, hati, ukhwah dalam pergaulan memang jangan menyebut akan bangsa. Tetapi jika sesuatu itu telah terlalu melampau maka memang masalah keturunan & bangsa ini menjadi amat sensitif. Bagai yang terjadi Peristiwa 13 Mei. Semua tahu bagaimana Bangsa Cina membawa penyapu ketika berarak dengan sepanduk & egonya mahu menyapu Bangsa Melayu. Ianya mencetuskan peristiwa berdarah. Memang amat sensitif jika bermain dengan keturunan & bangsa.

Ada ketika sememangnya kita perlu menyatakan emosi & resahan hati kita. Maka itu sering kita dengar luahan kemarahan dengan sebutan yang tidak sedap didengar seperti Jawa Totok; yang bermaksud Jawa Pekat. Datuk Khir Toyo sering menjadi mangsa dari pembangkang lantaran kemarahan mereka kepada dia dengan sebutan Totok ini di internet yang telah lali kita baca.

Berbalik kepada Raja Lawak 3 tentang Kumpulan Sepah yang ada darah Jawa. Seharusnya kaum Jawa akan berbangga dengan bakat mereka. Ramai pelawak kita dari rumpun Jawa memang berbakat besar. Mereka amat berbakat dan diminati, dikenang hingga kini.

Bukan mustahil Kumpulan Sepah akan menjejaki kepopularan seperti Kumpulan Senario. Sejak Kumpulan Senario dapat mencorakkan kemeriah dunia lawak di tanah air, rasanya tiada lagi kumpulan lawak yang setanding mereka. harapan seharusnya kita bergantung kepada Kumpulan Sepah ini.

Nama Sebenar
Nur Jihan binti Musa

Nama Tipu
Jihan

Umur
25 tahun

Status
Bujang

Asalnya Sha Alam. Ada ketika kelakarnya Jihan amat menjadi, paling aku suka ketika dia membawa watak Paramugari. Lawaknya sepontan & tidak menjerit-jerit. Jihan pencabar terdekat Kumpulan Sepah. Cumanya ada ketika Jihan ini hilang Mantop & sekadar kelakar sederhana yang pasti dapat dirampas peluang ini untuk Kumpulan Sepah menjadi Juara.



Bagaimana pula dengan Amir?.

Nama Sebenar
Mohammad Amirullah bin Azmi

Nama Tipu
Amir. Tipu dosa.. hahaha

Umur
20 tahun

Status
Bujang

Berasal dari Kota Bharu Kelantan. Amir ini ramai peminat. Pada peramatan aku Juri pun bagaikan tidak yakin dia melangkah ke Gelanggang Akhir. Sampaikan Abg Zaibo berkata Amir perlu kenduri besar jika masuk ke final. Komen ibu juga bagaikan Juri telah putus asa lantaran tidak petahnya Amir berbahasa. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Amir siapa yang tahu. Pada peringkat awal aku sendiri amat meminati Amir, lantaran selain Man Belon cuma Amir ada identiti tersendiri. Amir ada gimit sendiri dengan ayatnya I am sori.



Dalam komen murai.com rata-rata peminat Raja Lawak 3 tak suka Amir ke Final. LNJ dinobatkan lebih layak ke final. Nak buat macam mana itulah kuasa SMS, bagai Raja SMS Mawi. Bukan semua orang kat Malaysia suka Mawi tetapi dia kini telah sah artis jutawan Tanah Air, silap=silap telah pun menjadi artis Nombor 1 terkaya se Malaya. Semua lantaran SMS.

Seperkara yang boleh kita bahaskan tentang perkauman yang ramai persoalkan tentang orang Kelantan. Sebagai contoh jika kita berkawan dengan orang Kelantan, kita bukan anak Kelantan; jangan sesekali kawan kita ini ketemu dengan gengnya orang Kelantan. Akan pasti kita akan ditinggalkan bilamana orang Kelantan sesama dapat kecek Kelantan.

Pernah juga berlaku di UPM di mana pelajar dari Johor bergaduhan dengan pelajar Kelantan. Selalunya ada dua isu yang sering bergaduhan, pertamanya lantaran berebut teman wanita. Sering pelajar perempuan dari Kelantan akan dijaga oleh pelajar lekai Kelantan. Jangan sesekali kita berani ganggu pelajar perempuan dari Kelantan yang telah berpunya.Atau pun bila berbalah tentang fahaman politik. Semua tahu Kelantan antara negeri yang amat matang berpolitik; berbeda dengan Johor nampak amat jumud dengan politik.

Jumaat, 27 Februari 2009

Slum Dog (Singgahsana)


Perjalanan dari Jenaris ke Mid Valley Megamall sekitar setengah jam. Cari parkir setengah jam, punyalah ramai orang, berbaris nak tempah tiket setengah jam. Waktu itu sekitar jam 4:00 petang Sabtu 28. Feb. Huh! sia-sia.

Tayangan Slum Dog bagi 9:30 malam cuma tinggal tiga tiket, dua tempat depan sekali sebelah kanan, satu lagi tengah tepi sekali sebelah kiri. Saja tanya tanyangan larut malam 12:00 malam. Tinggal baris depan sekali. Mahu pening macam aku tenguk Kabhi Kushi; Maka aku batalkan sahaja cadangan mahu menonton bersama Afiz, Anif & Azim. Mila & Aziq tak berminat menonton.

Selasa nanti Aziq akan ke sekolah barunya; Sekolah Teknik Gombak. Setelah berperang besar dengan aku, barulah dia & Mila mahu beralah. Aku tidak setuju Aziq sekolah jauh-jauh. Sebabnya bagi aku Sekolah Teknik di mana pun sama saja. Tidaklah sebaik MRSM. Katanya Sekolah Teknik Taiping adalah tempat kedua selepas Sekolah Teknik Sepang. Jika mahu masuk ke Sekolah Teknik Sepang perlukan 8 A. Aziq sekadar 6 A.

"Sekolah Teknik akan mengecik peluang kerjaya Aziq, apatah lagi jika Aziq ambil cos elektrikal"

"Dah Angah minat dengan bidang itu" Aziq biasa bahasakan dirinya Angah.

"Ayah tak mahu Aziq nanti belajar separuh jalan, takad sijil atau diploma, tak kan mahu jadi Juruteknik atau Pembantu teknik sahaja... jadi kuli orang sampai pencen " Aku terbayang masa aku terbuang di UPM.

"Angah memang mahu belajar jauh dari rumah! malahan ada tempat lagi jauh Angah minta" Aziq minta senyap-senyap melalui internet tanpa berbincang dengan aku bagai Afiz.

"Sabarlah dulu, lepas SPM bagi ayah Aziq dah cukup matang & dewasa, pergilah ke mana sahaja Aziq mahu jika lepas SPM, ayah takkan halang" Mila memihak Aziq Dan tak kisah pun jika dia belajar jauh dalam usia awal remaja begini. "Ayah bekas pelajar asrama penuh Aziq, enam tahun ayah di asrama, ayah tahu baik buruknya di asrama, tambahan Sekolah Teknik yang bercampur dengan pelajar Vokasional..."

Aku sering mendengar masalah Sekolah Teknik yang tak sudah-sudah. Soal disiplin, buli & banyak lagi masalah lain. Jika silap mencari kawan mesti akan jadi masalah. Bukan jadi pelik anak rakanku yang belajar di Sekolah Teknik Kajang jadi Bohjan, Jadi Kutu Jalan, jadi Mat Rempit. Bukan sedikit duit nak jamin anak jika dah masuk lokap bila terlibat dengan Mat Rempit. RM10,000 sudah pasti. Kasihan rakanku mengadu masalah anaknya di Sekolah Teknik.

Faktor usia juga menghalang minat aku untuk menghantar anak belajar jauh. Tak mampu rasanya memandu jauh-jauh dalam badan sakit begini. Belanjanya satu hal. Taiping & Jenaris pasti sekitar empat ke lima jam memandu sendiri. Jika naik bas pasti lebih lama. Bagiku jika sekitar dua jam perjalanan tidaklah membebankan sangat. Apa sangatlah Sekolah Teknik, bagiku Sekolah Teknik mana pun sama; cikgu sekarang ini semuanya dah punyai ijazah malahan ada master lagi. Jika rajin biar di mana-mana Sekolah Teknik pun akan berjaya.

Begitu juga sekolah biasa, bagiku lagi terbuka. Peluang melanjutkan pelajaran terbuka luas. Jika ambil bidang sastera sekali pun boleh jadi pendidik atau peguam. Ramai kalangan anak sahabatku belajar ke luar negara asalnya bersekolah biasa. Taraf pendidikan kini rasanya semakin tinggi biar pun di sekolah mana.

Cumanya jika MRSM yang memang peratusnya amat tinggi untuk berjaya. Memanglah aku sesal jika menolak tawaran anakku jika dapat belajar di MRSM.

Sementelah rakanku di tempat kerja yang ramai dari lepasan Politeknik; sebelumnya dari lepasan Sekolah Teknikrasanya tak sebagus mana kemahirannya. Banyak yang bercanggah dengan bidang pembelajaran & bidang kerjaya. Silap-silap pengalaman aku berkerja dapat mengatasi kemahiran mereka. Bila berkerja terpaksa juga dilatih & dipandu arah. Seperti bidang ICT yang terus berkembang, rasanya jika kita tidak cepat mengambil perkembangan teknologi terkini dalam masa tiga tahun semuanya telah berubah. Sama juga bidang Elektrikal. Sijil tidak menjaminkan apa=apa kemahiran jika tidak diasuh & digandingkan dengan pengalaman.

Yang lebih sedih ada kalangan lepasan Politeknik yang menonjolkan diri sebagai wakil ISO atau Wakil Jabatan dalam pembelian sahaja. Lebih banyak menumpukan kerjaya dalam pengurusan eset semata. Mana kemahirannya bidang teknikalnya; semakin pudar & sifar. Asyik berlakon jadi orang kanan KJ, mengadu domba & mengambil kesempatan melonjak diri lantaran ujudnya jalan pintas dalam SSM.

Berbalik dengan Aziq & Mila. Mungkin tak nampak masalah masa depan. Bagaimana bidang kejuruteraan di Malaysia yang makin dikuasa oleh kuasa asing. Cina terutamanya. Masalah timbul kini, peindustrian kita semakin merudum, banyak pengilang lari ke dunia yang rendah kos pengeluaran. Apa akan jadi anak Melayu yang terpaksa memohon kerja ke majikan bangsa asing. Bolehkah kita bersaing dalam permintaan tenaga kerja kejuruteraan di luar sana.

Tak apalah Aziq belajar di Sekolah Teknik Gombak itu dekat dengan Jenaris. Tak jadi masalah untuk menjenguk Aziq. Dia pun boleh balik naik komuter hujung minggu jika dibenarkan.

Aku sebenarnya lebih suka anak-anakku memilih bidang pentadbiran, pembelajaran, guaman atau perubatan. Ianya lebih nampak luas & terbuka jika mahu makan gaji. Payah sangat kenapa bangsa kita tidak meneroka bidang perniagaan atau perdagangan. Cuba bersaing dengan bangsa asing yang nampak lebih kukuh di bidang ini.

Slum dog jadi penghalang Aziq & Mila. Tak mahu melihat kehidupan miskin warga setinggan yang sering jadi bahan hambatan pembangunan. Kejap lagi aku akan ke Mid Valley MegaMall. Tiket telah ditempah.


Pengetua, pelajar mesti kerap berbincang
(Kira-kira lima tahun lalu)

SERI KEMBANGAN: Kementerian Pendidikan mengulangi peringatan kepada semua pengetua supaya tidak menyembunyi disiplin pelajar, terutama yang terbabit kes pergaduhan dan mencederakan pelajar lain.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Hon Choon Kim, berkata mereka sepatutnya melaporkannya dan pada masa sama membendung gejala berkenaan.

“Pengetua juga perlu faham pelajar mudah terpengaruh unsur negatif. Oleh itu, mereka perlu bijak mengatasi masalah dengan kerap mengadakan perbincangan bersama pelajar,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ke-10 dan Persidangan Pendidikan anjuran majlis itu, di sini semalam.

Semalam akhbar melaporkan dua bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan, Perak diserang lebih 20 pelajar sekolah itu pada jam 3 petang Ahad lalu kerana dipercayai membalas dendam terhadap mangsa yang dikatakan membuli pelajar junior ketika menjadi senior.

Ia kejadian terbaru selepas seorang pelajar Kolej Matrikulasi Melaka dibelasah 12 rakan kolej yang menuduhnya membocorkan perbuatan kumpulan itu menceroboh asrama pelajar wanita Jumaat lalu.

Sebelum ini, lapan pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar disingkirkan kerana masalah disiplin termasuk bergaduh, manakala 20 pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh dibuang kerana cuba menghidupkan kumpulan ala samseng dan seorang pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor parah dipukul rakan.

Sementara itu, Pemangku Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia, Normah Mohamed, berkata pendedahan media tidak bermakna gejala berkenaan berlaku di semua sekolah.

Katanya, kejadian seperti itu biasanya membabitkan pelajar yang tidak mendapat perhatian ibu bapa atau mempunyai keluarga bermasalah serta perasaan tidak puas hati yang selama ini dipendam.

“Jika pelajar sebegini dikesan pada peringkat awal, sekolah boleh melaksanakan pelbagai program seperti berbincang dengan mereka dan ibu bapa atau mengadakan sesi kaunseling bagi mengenal pasti masalah sebenar mereka,” katanya.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Prof Madya Dr Abdul Rahman Daud, pula berkata pelajar sekolah berasrama lebih mudah terdedah budaya negatif berbanding pelajar sekolah harian kerana pengaruh rakan sebaya daripada pelbagai latar belakang.

Beliau turut menyelar sesetengah guru yang bersikap lepas tangan mengenai disiplin pelajar dengan menyerahkannya kepada guru disiplin, menyebabkan tiada atau kurang kawalan disiplin di sekolah.

“Selain itu, ibu bapa perlu faham tugas guru bukan saja mengajarkan ilmu, tetapi membentuk peribadi mereka,” katanya.

“Oleh itu, ibu bapa tidak boleh bersikap buruk sangka dengan guru yang mendenda anak mereka. Setengah masalah pelajar boleh diselesaikan dengan pendekatan psikologi, sebahagiannya cara mendenda dan ada pula yang perlu dirotan untuk membetulkan akhlak mereka,” katanya.

Khamis, 26 Februari 2009

Lepas geram sepak Norman (Hiburan)


Oleh Muhd Izawan Baharin
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tidak cukup dengan pelbagai kritikan dan tuduhan, pelakon popular, Norman Hakim kini berdepan pula dengan sasaran kecaman dalam bentuk permainan komputer yang dipaparkan dalam sebuah laman web.

Permainan komputer menggunakan aplikasi perisian Flash bertajuk Lepas Geram Kat Norman Hakim itu memaparkan watak animasi dengan wajah Norman akan ditendang pemain sejauh mungkin.

Tidak dapat dipastikan bila permainan itu direka atau tujuannya, namun sehingga kini ia mencapai lebih 9,000 pengunjung.

Pengunjung hanya perlu menekan butang tetikus untuk mengarahkan animasi seorang lelaki menendang Norman sejauh mungkin dan rekod itu akan dicatatkan.

Pengunjung juga boleh berkomunikasi menerusi ruang komentar disediakan dan berdasarkan pemerhatian ada di kalangan mereka turut meminta wajah Memey dimasukkan sekali.

Kebanyakan pengunjung membuat perbandingan rekod jarak tendangan mereka selepas bermain permainan itu.

Mengulas perkara itu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 33, berkata dia tidak terguris, malah tidak rasa apa-apa mengenai kewujudan permainan komputer itu.

“Saya sudah tengok permainan itu, tapi terus-terang saya tidak rasa apa-apa, malah tersenyum melihat kreativiti perekanya,” katanya yang dihubungi.

Menurutnya, terpulang kepada persepsi orang ramai untuk menilai permainan itu sama ada ia baik atau tidak.

“Ia terpulang kepada penerimaan orang ramai untuk menilai jika orang anggap positif, maka positif benda itu atau sebaliknya.

“Cuma kepada perekanya saya harap salurkan kreativiti ke arah platform betul. Jangan nanti ia menjadi ikutan apabila ada artis lain tidak disukai menjadi mangsa menerusi permainan komputer,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjayanya, Norman berkata, dia sekarang sibuk dengan penggambaran filem Magika terbitan Kru Studios, drama Kamelia Katrina 26 episod untuk Astro terbitan Asia Media Content dan telemovie untuk slot Cerekarama TV3 bertajuk Restu Mertua terbitan JS Pictures.

“Saya juga sibuk menguruskan restoran d’Western Taste @ Naly’s Cafe and Restaurant di Ukay Perdana yang beroperasi sejak awal tahun ini.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak menghadapi masalah mengenai jadual lakonan dan perniagaan walaupun agak sibuk sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Sementara itu, Suhaiza Suhaimi atau Memey, yang namanya turut dikaitkan dalam permainan komputer itu berharap perbuatan itu dihentikan kerana ia menyentuh peribadinya.

“Saya bagaimanapun berpendapat terpulang kepada individu itu untuk bercakap atau menilai saya, yang mana baik saya akan ambil sebagai panduan hidup.

“Saya pun tidak mahu memikirkan perkara macam ini kerana ia tidak akan habis, malah saya tahu banyak kritikan dan tuduhan dilemparkan terhadap saya sama ada di Internet atau media.

“Bagi saya, mereka seperti mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi suasana,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran filem Dimensi Cinta arahan Mohd Aliff Najmi Abdullah atau Eddie Pak.

Harian Metro

Rabu, 25 Februari 2009

Makan Gaji 2 (Kerjaya)


Sistem Saraan Baru (SSB) telah ditukar kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM). Ini ceritera untuk staf kerajaan. Bukan ceritera untuk mereka yang makan gai di swasta. Bagi siapa yang pernah menempuh SSB & SSM ini termasuk aku sendiri; tentunya ada sahaja perasaan yang tak puas hati terhadap sistem ini. Kenapa?

Salah satu antaranya ialah penilaian yang diberikan. Banyak skop yang dinilai. Mungkin ada yang kita setuju & ada juga yang kita tak setuju. Ketua Jabatan (KJ) tak selalu jumpa kita jadi bagaimana dia dapat menilai kita dari jauh.

"Ish! dah dapat 86% pun masih tidak berpuas hati?" 85% bagi kami di sini sudah dikira Cemerlang Fakulti. Jika nak naik pentas Cemerlang UPM selalunya mesti 90% ke atas.

"Bukan masalah markah itu abg iDAN, tapi ada sebahagian penilaiannya saya rasa saya harus dapat lebih dari itu!"

"Habis itu kenapa setuju untuk tanda tangan, buat macam si Ramli, dia tak tanda tangan biar mengadap Dekan sekali pun" Ramli bukan nama sebenar.

"Malas nak cari pasallah abg iDAN, orang lain yang markah lebih rendah dari saya pun dah tanda tangan!"

Sering isu ini timbul tiap awal tahun bilamana berhadapan dengan KJ tentang permarkahan SSM ini. Bagaikan nak perang besar, ada staf yang serang majikan lantaran terasa tidak puas hati. Paling sensasi ramai pula tersenyum lebar bukan setahun dua dapat 100%. Mak datuk jika telah 100% yang pasti staf ini telah semartabat Malaikat. Memang boleh dipersoalkan jika 100% sebab penilaian ini dipecahkan perbagai bidang, bukan kerjaya semata. Sumbangan luarnya, sukannya, identiti dirinya... emmm! jika namanya kita ini manusia mungkin sempurna segalanya.

Kes aku pula lain, aku masih dinilai oleh KKK, jadi tak sempat Unit IT mahu menilaikan aku.

"Saya dah tanda tangan, kirim salam saja kepada KJ, nak taruh 20% markah pun tak apa, saya dah nak pencen!"

Aku menyerahkan borang SKT kepada Setiausaha (SU) KJ KKK. SU KKK hanya sempat senyum. Memang pun tak sampai sebulan lagi aku akan bercuti & terus pencen. Kad pencen pun telah aku terima.


(Aku masih merenung panjang akan sisa masa depanku, semalam Aziq mempersoalkan tentang kerjayaku, Azim pun masih tak boleh terima yang ayahnya akan berpencen. Mila pula macam dulu, memang aku tidak yakin akan tindakan dia, Mahkamah Syariah masih dekat di hatinya, jangan silap kata-kata atau silap langkah)

- bersambung

Demi kasih isteri (Ceritera)



Oleh Mohamad Yatim Latip
mylatip@hmetro.com.my

MELAKA: Demi kasih dan tanggungjawabnya, seorang suri rumah dari Taman Merlimau Utara, Merlimau di sini, sanggup berkorban masa dan tenaga dengan berulang-alik ke Hospital Melaka (HM) dari rumahnya sejauh kira-kira 25 kilometer semata-mata untuk menjaga suaminya yang dirawat di situ setiap hari.

Selain terpaksa berkejar ke hospital setiap pagi dan malam, suri rumah terbabit, Normah Rahman, 48, juga terpaksa bangun seawal jam 4 pagi setiap hari untuk menyediakan makanan untuk anak perempuannya, Qamarina Idayu, yang menuntut di tingkatan empat.

Menurut Normah, beban tugas dipikul amat berat iaitu sejak suaminya, Aziz Abd Ghani, 54, diserang angin ahmar pada bahagian kanan tubuhnya dan dimasukkan ke HM pada 13 November lalu.

Katanya, setiap hari, pada jam 6.30 pagi selepas menghantar Qamarina Idayu ke sekolah, dia menunggang motosikal ke HM untuk menjaga suaminya dan pulang semula ke rumah selepas waktu Maghrib untuk melakukan kerja rumah.

Normah berkata, selesai kerja rumah dia akan membawa anaknya itu ke hospital untuk sama-sama menjaga suaminya sehingga pada awal pagi 4 pagi keesokannya.

“Begitulah rutin harian saya sepanjang suami terlantar di HM. Meskipun sukar, saya terpaksa menghadapinya terutama apabila waktu hujan pada siang atau malam hari, saya tetap meneruskan perjalanan sama ada pergi atau pulang dari hospital.

“Suami saya berhenti selepas 13 tahun berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dia tidak mempunyai pencen bulanan. Sebaik berhenti suami hanya kerja di sebuah kilang tempatan sehinggalah diserang angin ahmar akhir tahun lalu,” katanya ketika ditemui di HM, di sini.

Sementara itu, ketua penyelia Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, Amir Hamzah Aziz, berkata pihaknya amat bersimpati nasib suri rumah terbabit.

Katanya, pihak Pembela BN akan usahakan supaya suami Normah mendapat pencen ilat dari pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) selain memohon bantuan daripada persatuan veteran tentera.

Harian Metro

Selasa, 24 Februari 2009

Makan Gaji (Kerjaya)


Ada kalangan kita lupa diri yang bila kita jadi staf kerajaan, kita sebenarnya seorang yang makan gaji. Ada yang jadi ketua asyik bertindak bagaikan Jabatan yang kita ditugaskan bagaikan milik sendiri. Ada yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah rakyat tetapi engkar, korapsi asyik makan rasuah & perbagai ragam yang sifar kesedaran.

Sifar kesedaran; antaranya asyik bodek, asyik merasakan akulah yang terbaik; jika ada anugerah kalau boleh mahu tiap tahun naik pentas. Mengadu domba, selalu menjaga tepi kain orang, menjadi pengintip ketua dalam masa yang sama suka menangguk di air keruh. Mementingkan diri sendiri atau kroni.

Pembaziran. Selalu kita lihat ketua kita membuang barangan rakyat. Pantang nampak barangan kerajaan lusuh sikit; siap tempah lori, bayar pengangkutan untuk membuang barangan hak milik kerajaan dengan cara tidak beretika. Cuba kita lihat di sekeliling kita, dekat bawah tangga nampak kerusi yang masih kukuh cuma sarung kusyennya yang lusuh. Jika kita baiki, tukar sarungnya, sudah pasti ianya amat elok lagi. Tidak bolehkah ianya kita lelong dari buang begitu sahaja. Dijual kepada staf sendiri, bukan timbang kilo. Dilupuskan secara beretika bukan buang sebarangan.

Meja yang masih kukuh bila berpindah jangan haraplah ianya akan selamat. Kenapa tidak beli meja yang kukuh boleh dipindah randah jika memang makmal atau ofis yang dibangunkan tidak tetap. Patah, pecah, almari baik kayu atau besi entah berapa banyak kita buangkan begitu sahaja. Kenapa tidak kita jual kepada pembeli perabot terpakai. Ianya elok lagi tetapi demi mahu menjaga status, maka perabot ini jadi mangsa. Paling banyak kita lihat keliling kita; betapa banyak perabot yang seharusnya diletakkan dalam dewan terdedah dengan cuaca luar. Lama kelamaan jadi lusuh & menyakitkan mata memandang. Kenapa tidak dihadiahkan kepada awam, dewan atau tadika umpamanya sebelumnya ianya lusuh.

Belilah perabot yang sesuai untuk di luar bukan sebarangan meletakkan perabot yang seharusnya diletakkan di dewan tertutup; terbiar di luar. Itu namanya membazir.

Kita lupa kita makan gaji, maka itu tak sayangkan barangan kerajaan, bukan seperti sayang barangan sendiri.

MENGINSAFI KEBOBROKAN DALAM 'SLUMDOG MILLIONAIRE' (Hiburan)


Sunday, February 15, 2009

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itulah intipati dalam filem Slumdog Millionaire. Berlatarbelakang kota metropolitan dan kebobrokan kota Mumbai dengan kepadatan penduduknya berjumlah 15 juta, filem ini bertolak seperti gerabak keretapi dari stesen ke stesen. Menyingkap pengalaman hidup Jamal Malik yang memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan dalam rancangan kuiz yang disertainya.

Slumdog Millionaire mengingatkan saya kepada sikap dan sifat serta persepsi manusia yang sering berprasangka: misalnya jika seorang yang biasa-biasa sahaja memakai berlian atau permata dia akan dianggap memakai barang tiruan atau palsu tetapi jika seorang bangsawan memakai permata hatta palsu sekalipun dia dianggap memakai permata yang asli! Itulah premis dalam filem Slumdog Millionaire, watak utamanya – Jamal Malik seorang pembantu di pusat panggilan dianggap menipu kerana berjaya sampai ke tahap 10 juta rupee dalam rancangan kuiz ‘Who Wants To Be Millionaire’ kerana seperti kata polis yang menyoalsiasatnya, doktor, peguam, graduan universiti tidak mampu melepasi pusingan 60,000 rupee. Tentu ada yang tidak kena dengan Jamal Malik – dia anak jalanan yang memanfaatkan pengalaman hidupnya untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam kuiz tersebut.

Filem ini yang celaru identitinya ‘truth always hurt’ ialah ianya filem India atau Inggeris? Gambaran kebobrokan kota Mumbai memang menyakitkan masyarakat ‘atasan’ India tetapi itulah realitinya, tiada apa yang diubah oleh pengarah Danny Boyle, dia menjadi perakam yang setia dengan kerja kamera yang teliti Anthony Dod Mantle. Sampah sarap, keganasan kaum, keretapi, anak-anak jalanan, manusia opportunis seperti Maman, kesesakan kotanya – hampir kesemuanya menjadi ketidakpuasan hati mereka. Dan anehnya apabila filem ini memenangi pelbagai anugerah, label filem India pula jadi rebutan!

Kobobrokan masyarakat Timur sering menjadi momokan Barat, jika ini yang digambarkan sejujur-jujurnya potensi merangkul anugerah memang cerah. Telah banyak contoh berhubung hal ini. Lihat sahaja filem ‘Saalam Bombay !’ (1988) buah tangan Mira Nair yang menyelusuri kota Bombay (Mumbai) sama seperti ‘Slumdog Millionaire’ mendapat pencalonan Anugerah Academy dan juga memenangi pelbagai anugerah luar dan dalam negara. Filem China ‘Beijing Bicycle’ (2001), Not One Less (1999), Ju Dou (1990) sekadar contoh.

Kisah cinta Jamal Malik dan gadis yang amat dicintainya – Latika hanyalah plot sampingan dalam kecelaruan hidup yang dilalui oleh Jamal, abangnya Saleem dan Lathika yang membuat Jamal tersenyum apabila soalan terakhir bernilai 20 juta rupees berkisar mengenai ‘Three Musketeers’ yang pernah diimpikannya.

Slumdog Millionaire menerima 10 pencalonan Anugerah Akademi selain 31 pencalonan dalam pelbagai anugerah filem disamping telahpun melakar 58 kemenangan setakat ini. Filem ini yang diadaptasi secara bebas dari novel penulis India, Vikas Swarup - 'Q & A', mampu membuat kejutan dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi , 22 Februari 2009, nanti.

Walauapapun filem ‘Slumdog Millionaire’ sebuah contoh filem berbajet rendah yang menyenangkan. Tiada apa yang hendak diselindung dalam filem ini, dan seperti tuah Jamal Malik menjadi jutawan segera selepas memenangi rancangan kuiz, Dev Patel patut bersyukur kerana terpilih membintangi filem ini dan bakal melakar sejarahnya sendiri. Tuah manusia tiada siapa yang tahu!

Bintang Slumdog tidak hadir Oscar

DUA pelakon kanak-kanak India yang membintangi filem Slumdog Millionaire, Rubina Ali dan Azharuddin Ismail tidak akan hadir pada majlis anugerah Academy ke-89, 22 Februari ini.

Pada majlis anugerah filem yang menawarkan trofi Oscar itu, Slumdog Millionaire meraih 10 pencalonan Oscar.

Penerbit filem tersebut bagaimanapun mengumumkan tidak akan membawa pelakon kanak-kanak yang kedua-duanya berusia lapan tahun itu ke majlis Oskar.

Sebenarnya Rubina dan Azharuddin dijadualkan menghadiri majlis anugerah itu, tetapi ibu bapa kedua-dua kanak-kanak itu enggan membenarkan mereka diterbangkan ke sana.

"Apa yang ibu bapa Rubina dan Azharuddin pentingkan adalah lebih baik bayaran untuk harga tiket kapal terbang ke Oscar diberikan kepada mereka," ujar penerbit filem itu, Christian Colson.

Rubina dan Azharuddin yang tinggal bersama keluarga mereka di kawasan setinggan di Mumbai, India masing-masing dibayar sebanyak AS$725 (RM2,538) dan RM8,628 hasil lakonan mereka sebagai Latika dan Salim ketika kecil.

Watak-watak utama Slumdog Millionaire itu masing-masing dilakonkan oleh Dev Patel dan Freida Pinto.

Oscar julang maruah India

Oleh MOHD. YUSMAN AWANG
yusman.awang@kosmo.com.my

Keupayaan filem Slumdog Millionaire menggondol lapan Anugerah Oscar berjaya meruntuhkan benteng Hollywood terhadap Bollywood selama ini.


BARANGKALI individu yang paling terkilan saat ini ialah Shah Rukh Khan. Ia berikutan kejayaan filem Slumdog Millionaire meraih majoriti kemenangan dengan menggondol lapan Oscar pada majlis Anugerah Academy ke-81, yang berlangsung di Kodak Theatre, Los Angeles kelmarin.

Aktor terkenal Bollywood itu sepatutnya melakonkan watak Prem Kumar, hos program Who Wants To Be a Millionaire? dalam Slumdog Millionaire tetapi dia nekad menolak tawaran berlakon filem itu kerana merasakan watak itu sebagai negatif.

Begitu juga dengan aktor veteran tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan. Mungkin dia perlu menarik semula kenyataannya yang sebelum ini menyelar pengarah filem itu, Danny Boyle atas dakwaan menggambarkan India sebagai negara yang masih dibelenggu masalah kemiskinan.

Ini kerana mimpi dalam filem yang dikritiknya itu sudah menjadi kenyataan!

"Hidup India! Hidup India!" Itulah antara butir kata-kata yang sempat dilontarkan Anil Kapoor yang merupakan seorang aktor terkenal Bollywood ketika ditemu bual hos terkenal, Ryan Seacrest untuk saluran E! Entertainment pada acara karpet merah majlis Oscar yang penuh gemilang dibanjiri nama-nama tersohor

Hollywood daripada Angelina Jolie hingga bintang remaja terkenal masa kini, Miley Cyrus.

Selain pelakon kanak-kanak Slumdog Millionaire terutama Rubina Ali dan Azharuddin Mohammed Ismail yang berjaya menarik perhatian ramai pada acara karpet merah Oscar kali ini, turut merasai bahang glamor bertaraf global itu sudah tentulah Anil.

Lebih bermakna lagi apabila Anil berpeluang melaungkan kata-kata penuh patriotik itu yang disaksikan secara langsung di seluruh dunia. Ini bermakna Anil sepertimana apa dan siapa juga yang berkaitan dengan Slumdog Millionaire kini secara rasminya sudah dikenali dunia!

Terima kasih kepada Shah Rukh kerana menolak watak Prem Kumar yang kemudian disambar Anil.

Bilakah lagi muncul peluang buat aktor Bollywood untuk muncul gah seumpama Anil pada Oscar di Hollywood?

Mungkin itu satu-satunya peluang keemasan dan peluang itu berjaya diperoleh Anil yang disebut oleh Ryan Seacrest dengan jolokan 'George Clooney Bollywood'.

Apa yang penting, kejayaan Slumdog Millionaire pada Oscar kali ini telah merasmikan runtuhnya benteng Hollywood terhadap Bollywood selama ini.

Bollywood yang sebelum ini sukar untuk diterima di Hollywood kini bukan sahaja berpeluang memasuki pintu Hollywood yang sudah terbuka luas, tetapi lebih bermakna apabila diberi masuk dengan penuh penghormatan.

Semuanya gara-gara kemenangan besar Slumdog Millionaire menjadi filem paling banyak menggondol Oscar pada majlis Anugerah Academy kali ini.

TERIMA KASIH Shah Rukh Khan. Anil Kapoor bersama Danny Boyle meraikan kejayaan gemilang Slumdog Millionaire.

Keupayaan Slumdog Millionaire merangkul lapan anugerah daripada 10 pencalonan yang diraihnya termasuk Anugerah Filem Terbaik bukan sekadar menjadi kemenangan buat penerbit filem itu, Fox Searchlight dan juga Boyle yang turut menang Anugerah Pengarah Terbaik.

Ini kerana naskhah filem itu tidak akan lahir tanpa suntikan kreativiti anak-anak kelahiran India yang turut meraih pengiktirafan pada Oscar.

Melakar sejarah India di Hollywood dengan meraih Oscar kali ini ialah pemuzik unggul India, A.R. Rahman yang bukan sahaja menjadi warga India pertama meraih dua Oscar tetapi menyapu bersih kategori muzik yang dipertandingkan dalam Anugerah Academy.

Dia diumumkan sebagai pemenang Anugerah Skor Muzik Terbaik dan Lagu Terbaik.

Dalam sejarah 81 tahun Oscar, hanya dua warga India merangkul anugerah iaitu Bhanu Athaiya yang memenangi Anugerah Kostum Terbaik menerusi filem Gandhi (1982) dan anugerah kehormat yang diberikan kepada penerbit filem legenda India, Satyajit Ray pada 1991.

Rahman, 43, yang pernah diberi jolokan 'Mozart Madras' ketika membuat ucapan kemenangannya di pentas Academy ke-81 berkata: "Saya berasa terkejut dan seronok dalam masa yang sama. Kali terakhir saya berasa seperti ini adalah ketika majlis perkahwinan saya."

Menurutnya lagi, Slumdog Millionaire adalah filem mengenai optimistik dan kuasa harapan. "Dalam seluruh kehidupan saya, saya telah membuat pilihan antara benci dan cinta. Saya telah memilih cinta dan (sebab itu) saya di sini (Oscar 2009)," ucapnya penuh bermakna.

Kemenangan Rahman itu sebenarnya sudah diramalkan sejak awal oleh keluarganya di India. "Keluarga saya begitu gembira kerana mereka dari awal lagi menjangkakan Rahman akan menang lebih daripada satu Oscar.

"Justeru, ia (kemenangan dua Oscar) merupakan kegembiraan berganda. Terima kasih kepada semua yang berdoa untuknya di India," ujar adik perempuan Rahman, Fatimah Rafiq.

Namun, Rahman bukan satu-satunya rakyat India yang menang Oscar kali ini apabila Resul Pookutty turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Adunan Bunyi Terbaik.

"(Kemenangan) ini sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Kami semua tidak sangka sama sekali.

"Terima kasih Academy, ini bukan sekadar anugerah untuk adunan bunyi filem. Ini adalah suatu sejarah yang diberikan kepada saya," ujar Resul.

Penduduk bantah Slumdog Millionaire

Dakwa tajuk filem dicalon untuk anugerah Oscar hina kehidupan setinggan daif Mumbai

MUMBAI: Berpuluh-puluh penghuni kawasan setinggan di bandar raya ini, lokasi sebahagian filem Slumdog Millionaire dirakamkan, mengadakan tunjuk perasaan membantah filem yang dicalonkan pada anugerah Oscar itu, memaki hamun dan membaling gambar pelakon dan krewnya dengan selipar.

Kejayaan filem itu pada peringkat antarabangsa dicemari bantahan di India berhubung tajuknya, yang dianggap sebahagian pen-duduk sebagai penghinaan, paparan mengenai kehidupan rakyat miskin negara itu dan layanan kepada pelakon.

Pengarahnya, Danny Boyle, berdepan tuduhan media India bahawa filemnya adalah "kelucahan kemiskinan". Boyle berkata, beliau cuba memaparkan suasana keinginan untuk hidup di Mumbai. Filem berkenaan memperoleh beberapa anugerah antarabangsa dan dicalonkan untuk 10 kategori dalam Oscar, ditayangkan di India bulan lalu.

"Mereka memperolok-olokkan kita, melukakan sentimen kita," kata pemimpin protes, N R Paul, yang penduduk di Dharavi, setinggan terbesar Asia.

Penunjuk perasaan, yang dipaksa polis berkumpul beberapa ratus meter dari Dharavi, melaungkan "Jatuh, jatuh Danny Boyle" dan "Jatuh, jatuh Lembaga Penapisan".

"Penduduk setinggan adalah manusia, bukan anjing," menurut satu poster.

Penunjuk perasaan juga menampar gambar Boyle dan pelakon filem itu dengan selipar, berkata paparan mengenai kemiskinan merendahkan maruah berjuta penghuni setinggan.

Aktivis sosial, Nicholas Almeida, yang memfailkan aduan di mahkamah terhadap tajuk filem itu, berkata pengarah juga bertanggungjawab terhadap setinggan yang menjadi lokasi rakaman.

"Mereka membuat jutaan dolar, mengapa tidak berikan sedikit kepada kami untuk memperbaiki hidup," katanya. - Reuters

Berita Harian, Dunia, 4 Februari 2009

Posted on 24.2.2009 at 7:24 PM

Isnin, 23 Februari 2009

Oscar: Kejayaan 'Slumdog Millionaire' tepati ramalan (Hiburan)


Isnin Februari 23, 2009


Danny Boyle bersama barisan pelakon Slumdog Millionaire meraikan kejayaan besar mereka

SEPERTI yang dijangka, filem yang memberi pengiktirafan kepada penduduk setinggan di Mumbai, India, "Slumdog Millionaire" mendapat kemenangan besar di Anugerah Academy ke-81 semalam dengan memenangi kategori filem terbaik, dan tujuh lagi Oscar termasuk Pengarah Terbaik yang dibolot oleh Danny Boyle.

Filem yang mendapat 10 pencalonan itu mengaut banyak anugerah penting, hari ini.

'Slumdog Millionaire' yang mengisahkan tentang harapan penduduk di lembah setinggan di Mumbai, India turut memenangi anugerah lakonlayar adaptasi terbaik, sinematografi, editing and muzik latar juga lagu.


Danny turut merangkul gelaran Pengarah Terbaik menerusi filem arahannya yang mencetuskan kontroversi di Mumbai

Pengarah filem itu, Boyle dalam ucapannya turut merakamkan rasa penghargaan kepada setinggan di Mumbai, meskipun filem ini mendapat kecaman oleh penduduk di Mumbai kerana penggunaan perkataan 'dog' dalam filem itu.

Lain-lain pemenang yang diraikan di Anugerah Academy ke-81 atau Oscar di Kodak Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat semalam ialah Kate Winslet (Aktres Terbaik menerusi filem "The Reader"); Sean Penn (Aktor Terbaik "Milk"); Heath Ledger (Aktor Pembantu Terbaik dalam "The Dark Knight") dan Penelope Cruz (Aktres Pembantu Terbaik untuk "Vicky Cristina Barcelona)."

Filem robot romantik "Wall-E" pula memenangi filem animasi terbaik.

Setelah beberapa kali gagal meraih Oscar, Kate Winslet berjaya jua meraih Aktres Terbaik menerusi filem The Reader

Dan atas usahanya untuk memberi sentuhan baru kepada watak Joker dalam filem Batman, Health Ledger menjadi aktor kedua diberi pengiktirafan setelah kematiannya. Penganugerahan ini diberikan setelah 13 bulan pemergiannya kerana lebihan pengambilan dadah.


Oscar yang dimenangi Ledger diterima oleh kedua ibu bapanya bagi pihak anaknya, Matilda yang berusia 3 tahun.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mengiktiraf haisl kerja anak saya walaupun dia sudah tiada.



Sean Penn bersama trofi Aktor Terbaik menerusi filem Milk

"Kepada semua orang yang terlibat seperti Warner Bros dan Christopher Nolan yang memberi lesen kepada Heath untuk buat kajian tentang watak gila Joker," jelas ayah Ledger, Kim Ledger.

Sejak kematiannya, Ledger yang berusia 28 tahun telah mendapat penghormatan sama seperti yang diberikan kepada bintang ternama James Dean, yang juga seorang bintang yang meningkat naik tapi mati mengejut.


Watak Joker yang dibawa oleh Heath begitu menarik, mengalahkan usaha yang dilakukan oleh Jack Nicholson yang pernah membawa peranan ini pada tahun 1989 dalam filem "Batman."


Penelope Cruz turut merangkul gelaran Aktres Pembantu Terbaik menerusi lakonan cemerlangnya di dalam "Vicky Cristina Barcelona

Kematian Heath Ledger bagaimanapun mencipta satu lakaran sejarah baru bilamana filem "The Dark Knight," mencatat rekod sebanyak $158.4 juta ketika mula ditayangkan.


Kemenangan filem "Slumdog Millionaire" sudah dijangkakan. Sementara lagu "Jai Ho' yang dicalonkan untuk filem 'Slumdog" juga dapat pengiktirafan.


Komposer A.R. Rahman, yang juga menang dua anugerah bagi skor muzik dan lagu terbaik, berkata filem 'Slumdog' adalah cerita pasal optimisma dan harapan.


Health Ledger menjadi aktor kedua diberi pengiktirafan setelah kematiannya. Oscar yang dimenangi Ledger diterima oleh kedua ibu bapanya bagi pihak anaknya, Matilda yang berusia 3 tahun


"Sepanjang hidup saya, saya ada pilihan untuk membenci atau bercinta. Saya pilih cinta dan saya berada di sini sekarang," kata Rahman.


Filem epik cinta "The Curious Case of Benjamin Button," yang mendapat 13 pencalonan hanya mampu mengutip tiga saja anugerah - efek visual, pengarah seni dan solekan.


"The Dark Knight" juga mendapat kemenangan kedua menerusi suntingan bunyi.


Cruz pula mencatat kemenangan kerana berjaya membawa watak seorang wanita yang berada di dalam dilema cinta tiga segi, mengaitkan bekas suaminya dan seorang wanita Amerika.


"Saya rasa macam nak pengsan sekarang. Terima kasih kepada Woody Allen kerana memberi saya watak yang cukup baik ini," kata Cruz semasa mengambil trofinya.


Ini kali kelima watak wanita yang dicipta Allen mendapat anugerah. Selain Cruz, aktres lain yang pernah menang anugerah yang sama ialah Dianne Wiest untuk "Hannah and Her Sisters" dan "Bullets Over Broadway"; dan Mira Sorvino bagi "Mighty Aphrodite."


Penulis skrip "Slumdog" pula Beaufoy, yang mengadaptasi skrip itu dari novel Vikas Swarup bertajuk "Q&A," agak teruja dengan kemenangannya.


Yang penting filem yang dikeluarkan dengan bajet $14 juta, "Slumdog Millionaire" telah membuka mata ramai orang tentang kehidupan setinggan di India.

Kesemua kisah benar yang dipaparkan di dalam filem ini seperti kepayahan, kecurangan, kezaliman polis dan semua kesusahan yang dihadapi oleh kanak-kanak di kawasan setinggan Mumbai dan kejayaan budak setinggan dalam program "Who Wants to Be a Millionaire" amat berkesan sekali.

Mujurlah dengan bantuan Warner Bros, filem ini berjaya dipasarkan walaupun pada mulanya terpaksa menghadapi kesukaran.

Slumdog Millionaire(2008) sebuah filem yang kecil merayakan hidup


Rama bertemu Sitanya, bolehkah mereka bersatu selama-lamanya?

nota: Ulasan ini buat Edd yang sudi menghantar filem ini buat aku yang berpeluang menontonnya sebelum Oscar, terima kasih Edd!

Jamal, hero (filem ini tiada protagonis) di dalam filem ini, apabila ditanya oleh inspektor polis yang menyiasat tuduhan penipuannya dalam rancangan kuiz Who Wants To Be A Millionaire versi India, apa tujuan Jamal memasuki rancangan kuiz itu, Jamal (lakonan baik Dev Patel) menjawab, "Kerana saya tahu "dia" akan menonton."

Sungguh romantisnya, sungguh jujurnya. Hal semacam itu hanya akan keluar daripada mulut seorang manusia lurus dan penuh harapan dan cinta seperti Jamal, setaraf seorang wali Allah atau setaraf mana-mana perwira yang pergi berperang dengan naga untuk menyelamatkan puterinya. Tetapi lihat, sebelum Jamal menjawab soalan polis itu, kita diberi satu tayangan aksi yang panjang tentang sedutan riwayat Jamal (sebab dan akibat kenapa), termasuk bagaimana dia ditangkap polis lalu dihumban ke dalam penjara. Ia sedikit "bermain" dengan klise emosi tetapi kerana permintaan "jujur" Jamal, kita pun menepuk tangan dan menangis lalu menyokong di belakang Jamal apabila Jamal berkata, "Kerana saya tahu dia akan menonton."

Inilah keajaiban Slumdog Millionaire, sebuah filem yang kita tahu dan "penah lihat" saduran dan saluran emosinya tetapi kita tetap menurutinya kerana semangatnya yang "penuh harapan untuk mencapai tujuan hidup" (kita faham di sini, tujuan hidup Jamal ialah bersama dengan Latika, walau apa pun terjadi, Latika ialah simbol salinan ibunya yang mati dalam rusuhan). Malah kisah riwayat Jamal ini pun dibuka dengan kupasan demi kupasan yang memerlukan flashback, sebuah gaya yang pernah dibikin dalam The Last Emperor(1987) ataupun The English Patient(1997) dalam membuka riwayat seorang watak dalam sebuah filem.


Apa yang menyebabkan gaya "pernah cuba" ini menarik (kalau tak segar) di dalam filem ini? Ini adalah kerana pergerakan filem ini yang laju dan bertenaga. Kelajuan detik filem ini (lihat pergerakan lari para pelakon, pergerakan keretapi, pergerakan kereta di celah lorong) dikaitkan dengan lajunya bandar Mumbai itu juga berubah - penggayaan ini pernah dibikin dengan lebih baik lagi dalam The City of God(2002). Ia juga kerana, buat pertama kali, penonton barat dapat melihat seorang watak yang hitam-putih, penuh "wide eyed innocence", penuh suci (simbolisme romantisme tinggi ala Goethe) dengan keinginan romantisnya, mengejar dan mengejar apa yang diperlukannya, di balik latar hina dina dan kebobrokan India (hal yang menyebabkan kontreversi di India seperti yang berlaku dengan Salaam Bombay!(1988) dan City of Joy(1992). Ini hal biasa, hal kebangsaan sombong orang India. Sepertimana jika para pengarah barat ingin mengarah sebuah filem 13 Mei di Malaysia. Oleh sebab itu, kita dahulu yang perlu berani merakam dan mengarah sebuah filem 13 Mei sebelum para Hollywood melakukannya). Semangat ini yang jarang ada dalam filem Hollywood (lihat bagaimana kompleks dan pesimisnya Batman atau sayu dan tercalarnya Harvey Milk kalau dibandingkan dengan romantis juang Jamal yang tidak pernah putus asa - semacam Wall-E!) dan sudah terbiasa ada dalam filem-filem hindustan. Para pembikin memahami idealisme "lahir semula" Krishna/Rama ini lalu mengangkat idealisme ini dengan sebaik mungkin, dan ia sememangnya berjaya.


Apa yang lagi baik ialah, Danny Boyle dan penulis skrip Simon Beafoy tidak melupakan asam garam filem ini dengan mogul filem hindustan. Rujukannya ada. Paling kuat kemungkinan filem Mehboob Khan (Mother India mempunyai epik pasangan adik-beradik yang mana seorang abang menjadi jahat, dan seorang lagi baik), Ram Gopal Varma (filem Satya(1998) arahan Varma merupakan filem yang sememangnya berpengaruh terhadap filem ini. Malah Saurabh Shukla yang berlakon dalam Satya turut berlakon dalam filem ini sebagai polis. Satya adalah sebuah filem neo-hindustan, filem yang berani menggunakan dialog realisme, kekasaran para gangster serta latar kotor dan miskin kota Mumbai, menolak sepenuhnya warna kemilau kebiasaan filem hindustan) dan kemungkinan Kamal Hassan. Aku katakan kemungkinan kerana dalam tali arus filem hindustan, bebeberapa unsur diambil dan digunakan sekali lagi (malah, filem hindustan jauh meninggalkan filem Hollywood dalam perujukan, parodi dan pascamoden) dan sekali lagi tanpa malu, malah ada yang mencedok daripada filem Hollywood. Hal ini juga berlaku dalam Slumdog, tetapi perujukannya sangat terjaga. Buat unsur-unsur ini, para pembikin pula menyalutkan satu "semangat" yang kuat dalam diri Jamal sebagai "pusat" terhadpa unsur-unsur ini. Buruk atau kotornya dia, kita tidak akan tersinggung, kerana kita mahukan dia "menang". Ini boleh dilihat dalam satu babak di mana Jamal terpaksa masuk dalam lubang tahi lalu keluar busuk untuk mengambil autograf Amitabh Bachan, malah berjaya (unsur fairy tale bersalut realiti slum tertinggi di sini). Di sini, kita sudah faham ke mana arah tuju filem ini dan buat apa filem ini diteruskan. Dan ini boleh kita lihat, satu India nanti akan "di belakang" Jamal, si budak yang pernah mengharungi parit tahi untuk tanda tangan bintang besar India. Dan inilah semangat yang tidak putus-putus digerakkan oleh para pembikin, menyeronokkan sekali gus mengisi keinginan fantasi kita untuk melihat "kemenangan" - Boyle sebenarnya mencipta hindustan, dan dia melakukannya dengan baik.


Kesemua plot dan pergerakan cerita berhubung dengan semangat ini. Tidak pernah sekali pun terlintas di dalam jiwa kita bahawa Jamal ini "penipu" atau ada "hitam". Malah Anil Kapoor (lakonan tanpa lapisan apa-apa pun) yang menjadi hos rancangan itu lebih "nakal" daripada Jamal. Ini perlu kerana pergerakan/pembangunan watak abang Jamal pula, Salim bergerak ke arah kiri. Maka ini membuka satu persoalan besar: mengapa Salim akhirnya melepaskan kesemuanya (di sini, simbolnya duit) untuk kebahagiaan Jamal. Takkan senaif begitu? Hal ini tidak diberi jawapan, malah menjadi satu plot yang merimaskan buat penonton kritis. Tetapi, oleh sebab kita sudah termahsyuk dengan Jamal, Lalita dan segala yang mereka telah lalui, kita hanya mahukan ini: agar mereka hidup aman damai selama-lamanya. Boyle tidak menghampakan kita.

Runut bunyi oleh A. R. Rahman antara yang mengujakan yang pernah beliau cipta, malah gaya campuran moden dan tradisi masih kuat dalam projek lagu filem ini. Penggambaran banyak menggunapakai gaya realisme Satya dan City of God, dengan sedikit dinamisme filem-filem Hollywood, tetapi ianya bukan yang terbaik. Ada satu shot menunjukkan (sebagai bukti) bagaimana susahnya untuk merakam bandar Mumbai apabila seorang pegawai di tepi jalan tiba-tiba menyahut, "No camera!" membanting filem ini untuk "keluar" daripada fantasinya untuk seketika (bahawa apa yang kita lihat itu tipu). Para pelakonnya baik, malah yang lebih menyesakkan adalah para pelakon anak-anaknya, lebih-lebih lagi para pengemis dalam filem ini. India menunjukkan, mereka mempunyai kumpulan pelakon kanak-kanak terbaik di dunia.

Slumdog Millionaire sememangnya sebuah filem kecil yang ada pincangnya. Tetapi dengan perubahan semangat Boyle berkiblatkan India (Boyle sebenarnya merupakan antara pengarah British yang cuba sedaya upaya meruntuhkan beberapa genre, seperti yang dibuatnya dalam genre dadah, zombi dan jenayah), dan kupasan jujur filem ini tentang kehidupan realiti golongan miskin Mumbai serta rasa fantasi-romantisme ala hindustan yang terjaga, ia antara filem terbaik tahun 2008.

Ya, pada kredit akhir, kita terasa seakan mahu menari bersama! Satu tayangan merayakan kehidupan setentunya!

Perlukah gelaran buat Sudirman? (Hiburan)



Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA saharudin.musthafa@utusan.com.my

SEMALAM merupakan hari yang paling signifikan untuk mengenang penghibur kesayangan ramai, Sudirman Haji Arshad.

Ini kerana semalam genap 17 tahun penyanyi itu dijemput menghadap Yang Maha Esa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun pada 22 Februari 1992.

Lalu hari ini peluang diambil biarpun terlewat sehari untuk mengajak seluruh pembaca mengenang Allahyarham.

Menghasilkan artikel yang berbentuk tribute buat seorang seniman besar seperti Sudirman bukan satu perkara yang mudah.

Apa lagi Allahyarham merupakan seorang penggiat seni yang ketika hayatnya sangat disenangi, dikagumi dan dihormati oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

Maka, penghasilan artikel yang sedemikian perlulah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak - terutama keluarga Allahyarham.

Setiap kali menjelang ulang tahun kematian penghibur rakyat ini, kita akan terus mendengar cerita-cerita Sudirman pelbagai versi.

Sepanjang bergelar anak seni, Sudirman berhibur untuk semua orang sehingga kita ada kalanya terlupa bahawa seniman seperti beliau juga sering diuji dengan beban hidup.

Rakan-rakan serta mereka yang pernah menjadi sahabat karib Sudirman barangkali sudah arif benar dengan perjuangan dan pengorbanan seninya.

Kalau di pentas dahulu, acap kali yang dialunkan Sudirman di pentas-pentas dengan kilauan neon, semuanya adalah gambaran hidup beliau yang panjang.

Gambaran hidup yang penuh calar luka seorang manusia seni yang sensitif dan perasa.

Sebetulnya, ketika di hadapan khalayak, hanya beliau sahaja yang tahu betapa saratnya beban yang ditanggung.

Ironinya, tidak ramai yang mampu mengerti bahawa betapa sekalipun berat beban kehidupan seorang seniman itu, beliau terpaksa tampil dengan seribu kegembiraan dan keperkasaan demi khalayaknya.

Masih lagi teringat kata-kata beliau mengenai kehidupannya seperti yang dilaporkan dalam sebuah majalah hiburan.

Menurut Sudirman, yang paling memilukan dalam hidupnya ialah apabila tidak sempat menikmati kasih sayang ibu dan perkahwinan yang gagal.

Saya tidak pernah berjumpa Sudirman. Semasa beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, saya masih di sekolah menengah.

Hanya melalui rakan-rakan, ahli keluarganya serta menerusi pembacaan sahaja, personaliti Sudirman saya kenali.

Yang jelas, Sudirman yang satu Malaysia kenali ialah beliau seorang penyanyi bijak dan berilmu.

Aliran pemikiran Sudirman menjangkau apa yang sebahagian besar masyarakat fikirkan di ambang kemasyhuran beliau menerusi lagu-lagu rakyat.

Karya-karya seni perjuangan Sudirman telah mengajar kita banyak ilmu kehidupan.

Seniman bertubuh kecil tetapi berjiwa besar itu telah banyak berjasa kepada kita menerusi nota-nota seninya.

Jiwa dan aspirasi Sudirman pada orang kampung misalnya diterjemahkan ke dalam lirik lagu Apa Khabar Orang Kampung.

Mereka yang pernah menjadi penganggur pula sudah tentu berterima kasih kepada Sudirman kerana memberikan motivasi yang bukan sedikit untuk bangkit daripada kedukaan menerusi lagu Aku Penganggur.

Itu belum lagi mengambil kira sejumlah besar teruna dan dara yang pernah menjadikan lagu-lagu cinta dendangan Allahyarham sebagai rakaman kepada musim-musim indah dan duka percintaan mereka.

Sebahagian besar lagu nyanyian Sudirman dianggap banyak pihak sebagai manifestasi sosial pada zamannya.

Sudirman sudah lama menyusur dalam kemelut masyarakat.

Andai ada yang mahu membuat perbandingan cerita-cerita kejayaan artis-artis popular masa kini dengan era kegemilangan Sudirman, yang boleh dirumuskan ialah, Allahyarham jauh lebih beruntung ketika hayatnya.

Siapa yang pernah mengadakan konsert solo yang ditonton oleh lebih 100,000 orang di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur kalau bukan Sudirman?

Sudirman juga terlebih dahulu menjejakkan kaki di Royal Albert Hall, London memahat nama Malaysia.

Di dewan itulah dia diangkat sebagai Penghibur Nombor Satu Asia.

Rasa kasih dan cinta Sudirman pada negara tidak pernah kurang walau seinci.

Apa yang jauh lebih penting daripada itu juga, Sudirman bukanlah seorang seniman yang meninggalkan kekayaan yang melimpah ruah.

Namun, itu bukan alasan kenapa beliau wajar diperkecilkan kerana tinggalan harta atau kekayaan bukanlah simbol kepada kejayaan seseorang artis.

Yang paling utama, menghargai Sudirman menerusi pemikirannya dan kebijaksanaannya adalah sebaik-baiknya.

Jadi, perlukah Sudirman dihargai dengan panggilan atau gelaran tertinggi?

Semua itu, terpulang pada pemahaman kita kerana kalau pemberian gelaran atau pingat kebesaran hanya sekadar panggilan semata-mata tanpa kita menghargai nilai-nilai murni dalam karya seni tinggalan Allahyarham, apa pula maknanya penghargaan itu?

Ahad, 22 Februari 2009

Lingkaran Cinta (Delima Merkah)

"Aku tidak mendugakan, aku hanya sendirian memelihara cintaku hingga ke liang lahat. Kekasih sekadar melayanku seadanya. Tidak pernah pun menghiraukan rasa sepi yang melingkar hati ini akan terubat. Apa sahaja yang aku lakukan tidak pernah sehaluan dengan kehendak hati sesama kami"

"Aku makin terbiar & sering membawa hatiku sendirian ke alam sepi maha sepi."

Itu nan diluahkan oleh rakanku. Hingga akhirnya isterinya meninggal dunia akibat barah rahim.

"Aku yakin cintanya telah terkubur, aku & anak-anak tidak pernah dia sayangi. Dia asyik dengan telefon bimbitnya, kejap-kejap SMS & tersenyum sendirian. Hutang kami makin melambak. Surat dari bank makin menganggu emosiku. Di tempat kerja aku langsung tak dapat sokongan dari majikanku. Pernah anak-anakku sakit demam campak; aku benar-benar pening, mana nak pergi kerja, mana nak jaga anak, isteriku hilang entah ikut lelaki mana. Aku memang buntu. Kenapa ada lelaki yang sanggup rosakkan kebahagiaku, mengambil kesempatan dalam suasana rumah tanggaku benar-benar terganggu; menangguk di air keruh.."

Lalu aku dikejutkan dengan pemergian rakanku yang mengambil keputusan mengantung diri.

"Cinta baginya telah mati, dia lebih mementingkan dunianya, kerjayanya. Asyik pulang lewat pagi, aku dengar dia telah ada perempuan lain; dia mampu untuk bernikah lagi. Katanya memang bakal isterinya yang muda anak jutawan. Anak Datuk yang tunggal. Kadang-kadang langsung dia tak pulang ke rumah. Bila di tanya dia kata ada kerja luar stesyen. Aku dan anakku makin terpinggir. Dia tak pernah kasi nafkah seharian. Alasan dia gaji aku telah cukup untuk kami berdua..."

Lalu rakanku ini digantung tak bertali. Bukan perempuan sahaja nan mengejar harta dunia, lelaki pun sama bila dapat calon isteri yang kaya; Akan melupakan isterinya nan dulunya kekasih hati tetapi kekinian terbiar sendiri.

Bilamana dua hati telah merasakan dunia ini dapat diredah sendirian. Tanpa perlukan bantuan dari pasangan. Maka akan timbul ego. Makin merasakan rezeki nan Ilahi turunkan itu bukan milik bersama. Dengan kudrat nan ada segalan tindakan tidak lagi perlu dibincang bersama. Maka cinta itu telah ada dua arah berbeda nan selalunya akan menjadikan cinta itu telah hilang erti sepakat. Erti sehati & sejiwa. Seolah-olah kehidupan ini amat panjang & abadi. Tanpa memikirkan siapakah yang bakal menjadi Ketua Bidadari di syurga nanti.



Sabtu, 21 Februari 2009

GOJI GUARANA (Singgahsana)

Jika kita ke Enjin Carian seperti Yahoo atau Google; taip saja GOJI GUARANA, pasti kita dapat banyak maklumat tentang buah goji. Sejak azali lagi aku amat membenci jualan langsung. GOJI GUARANA adalah salah satu syarikat jualan langsung yang mengeluarkan produk dari buah goji.

Bagiku secara peribadi jualan langsung adalah perangkap peniaga yang mengambil kesempatan sesuatu produk yang baik dengan harga yang mahal. Produk mereka memang baik tetapi harganya terkadang mendera si pesakit.

Bukan semua jualan langsung begitu mahal; ada juga jualan langsung yang agak sederhana harganya sejak dulu seperti barangan Cosway. Cuba bandingkan harga barangan jualan langsung yang lain seperti Amway, CNI, Hai-O , Julian & banyak lagi. Teramatlah mahal. Seperti contoh harga Penapis Air yang boleh dibeli sekitar RM1000 mereka kenakan kos harga dua kali ganda. Perbagai alasan yang mereka berikan tentang kebagusan barangan mereka. Hakikatnya di pasaran terbuka pun banyak produk yang berkualiti. Rata-rata syarikat jualan langsung mengenakan bayaran yang tidak munasabah.

Pendek kata begitu juga terjadi dengan buah goji ini; buah goji yang kering seratus gram di kedai sengsei cuma sekitar RM3 bila diniagakan secara jualan langsung ianya menjadi RM4 sepeket; isi buah goji dalam seket itu belum tahu berapa.. Alasannya telah diperbagaikan ramuannya. Ditokok tambah menjadikan ianya lagi berkhasiat. Padahal toukei yang mengeluarkan modal jualan langsung ini sekali gus menjadi jutawan. Jutawan segera sebab memang buah goji ini amat bagus untuk kesihatan. Mengambil kesempatan atau peluang niaga dengan khasiat buah goji.

Ceritanya sama dengan Tongkat Ali. Bukannya mudah untuk mendapat sekerat Tongkat Ali. Jika sahabatku Firdaus selalu upah Orang Asli mencarinya di hutan. Melalui Tok Batin pun telah mahallah amat. Maka produk di pasaran cuma sekumin sahaja dicampur dalam kopi; harganya menjadi tak munasabah. Sedangkan selain Tongkat Ali masih banyak lagi herba yang kita tidak amalkan. Seperti buah Goji ini juga boleh merawat mereka yang Mati Pucuk, darah tinggi, rabun, kencing manis, merawat hati & banyak lagi.

Jika arwah apakku pun arwah Abang Din mengamalkan makan pucuk sentang juga amat berkesan berbanding Tongkat Ali. Arwah Apak punyai isteri seramai tiga orang secara rasmi hingga ke akhir hayatnya 69 tahun. Arwah Abng Din pula punyai isteri secara rasmi empat orang & seorang nikah secara sulit, tapi bercerai ketika hidup; pernah tiga isteri tinggal sebumbung; Akhirnya tinggal seorang isteri. Ketika hayatnya sekitar 45 tahun telah punyai 21 cahaya mata. Bayangkan bagusnya pucuk Sentang. Arwah Abg Din meninggal dunia kemalangan jalanraya di Tangkak Johor. Lori gas yang dibawanya pancit tayar & terbabas lalu bertembung dengan treler. Meninggal di tempat kejadian.

Ramai orang tak tahu tentang Pucuk Sentang pun ramai masih tak yakin Buah Goji.

Aku kini mengamalkan memakan buah goji kering yang dibeli di kedai sengsei. 100 gram berharga RM3 di Dukun Kim Loy, di Taman Seri Serdang. Sayangnya kedai sengsei ini akan ditutup. Semua buah gojinya telah aku borong.



Nota Tambahan

'Goji' atau Wolfberry yang dikenali di Asia sebagai makanan bernutrien telah digunakan dalam dunia perubatan Cina sejak 1.900 tahun. Kemungkinan penggunaannya lebih lama kerana ia sering dikaitkan dalam cerita Cina sehinggalah ke Shen Nung (Shennong), Maharaja Pertama legenda Cina, bapa pertanian mitos dan pakar herba
pada era 2,800 sebelum Masehi.

Sejak awal abad ke-21, di Amerika Syarikat clan negara-negara maju, goji mulai diiktiraf sebagai buah yang mengandungi banyak nutrien clan mempunyai ciri anti-oksidan.

Wolfberry adalah nama am bagi sejenis buah yang dipanggil Lytium barbarum (Pinyu Cina: Ningxia gouqi). Buah beri ini adalah dari keluarga Solanaceae. Ubi kentang, tomato, terung dan serbuk lada juga termasuk dalam golongan ini. Spesis wolfberry kini ditanam di banyak daerah. Bagaimanapun, hanya di negara Cina, penanamannya dibuat secara komersial.

Buah beri ini juga dikenali sebagai Wolfberry Cina, beri goji, barbary matrimony vine, bocksrlont, pokok the Duke of Argyll atau matrimony vine. Nama-nama lain adalah goji Tibetan dan goji Himalayan, kedua-duanya sering diguna dalam memasarkan produk-produk makanan kesihatan.

Khasiat Perubatan

Goji telah lama memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional Cina. Khasiat daripada buah ini dipercayai, antaranya dapat mempertingkatkan funggsi sistem imun, memperbaiki penglihatan,
melindungi hati, menambah penghasilan spenna dan memperbaiki peredaran darah.

Dalam perubatan tradisional Cina, goji mempunyai rasa manis dan bersifat neutral. la bertindak terhadap hati, para-paru, buah pinggang dan memperkayakan 'yin'. la boleh dimakan secara mentah, diminum sebagai jus, dibru menjadi teh herba atau disediakan sebagai tinktur. Buah beri ini juga digunakan dalam perubatan tradisional Korea, Jepun dan Tibet.

Dalam perubatan tradisional Cina, daun goji boleh diguna untuk membuat teh dan akar kulit Lvcium, bagi merawat radang (inflammatory) dan beberapa jenis penyakit kulit.

Buah goji juga mengandungi zeaxanthin, satu diet karotenoid penting yang menyerap ke dalam retinal macula lutea, di mana ia menawarkan anti-oksidan. Kajian tentang penambahan ke atas manusia menunjukkan
yang pengambilan goji setiap hari meningkatkan tahap zeaxanthin plasma.

Banyak penerbitan, terutama dari negara Cina, melaporkan tentang faedah perubatan lycitun barbarum, terutama disebabkan oleh khasiat anti-oksidannyaa, termasuk potensi faedah terhadap penyakit
kardiovaskular dan radang (inflammatory), penyakit berkenaan penglihatan (seperti macular degeneration dan glaucoma yang berkaitan dengan umur, mempunyai khasiat perlindungan neuro atau sebagai agen anti-kanser dan imuno-modulatory.

Masakan
Sebagai makanan, goji kering secara tradisi dimasak sebelum dimakan. la selalunya ditambah ke dalam nasi kanji, sup, dengan campuran ayam atau daging, sayuran serta lain-lain herba seperti keladi dan akar
likuoris.

Buah beri mi juga direbus sebagai teh herba, selalunya bersama bunga kekwa dan jujub merah. Pucuk dan daunnya juga ditanam secara komersial sebagai sayuran.

Di Barat, goji kering dimakan 'terus ke mulut sebagai snek, sama seperti kita memakan kismis atau buah-buahan kering yang lain. Rasanya seakan-akan tomato dan sama seperti buah kurma, `cranberries' kering atau kismis. Ia juga selalu diguna dalam makanan diet mentah

Jumaat, 20 Februari 2009

Resah (Delima Merkah)


resah itu datang
mengetuk pintu hati
ada sesuatu yang tak berjawab
biarpun berkali-kali aku sapa
biarpun berkali-kali aku bertanya

resah itu datang
menganggu alam mimpi
ada igauan ngeri yang bersapa
biarpun berkali-kali aku terbangun
biarpun berkali-kali aku terjaga

resah itu datang
selagi aku teringatmu
selagi aku kehilanganmu.

iDANRADZi
Jenaris Kajang



Khamis, 19 Februari 2009

Buah Goji (Singgahsana)



Tahukah apa khasiat buah goji. Hari ini aku belajar tentangnya. Menarik! agar ianya dapat mengembalikan kesihatan bagai dulu.

Minda:Mengubati jiwa resah (Delima Merkah)

Oleh Aminudin Mansor

SECARA umum jiwa yang resah membabitkan kemurungan, susah hati, sepi, gelisah, tidak tenteram, rasa rendah diri, menyepi, menyendiri dan tidak mahu bergaul dengan orang ramai.

Manusia makhluk yang takut kepada kesepian, tidak dapat berdikari, mengharapkan orang lain untuk menghilangkan kesepiannya, memerlukan kasih sayang dalam hidup dan ingin memberikan cinta kepada orang lain.

Semua ini membabitkan hati dan jiwa. Jika hati dan jiwa tidak tenang dan tenteram seseorang akan menghadapi hidup dengan penuh dukacita.

Mendidik jiwa senang diungkapkan tetapi dari segi realiti bukan perkara mudah dilaksanakan. Kajian berkaitan soal kejiwaan belum mampu menjadikan pengkajinya memiliki ketenangan jiwa atau kerehatan rohaniah.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Mukmin yang kuat itu lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah.” (Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah).

Jelaslah, mewujudkan jiwa sihat dan sempurna menepati kehendak dan tuntutan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Seorang pengkaji ilmu jiwa, James F Clark menyatakan, di bawah naungan yang Maha Pelindung, jiwa dapat beristirahat dengan tenang dan tenteram.

Imam al-Ghazali, pernah menyatakan menerusi karyanya Ehya Ulumuddin: “Ketahuilah bahawa badan manusia itu seperti sebuah kota, akal yang dibekalkan Allah itu adalah kekuatan dan sebagai raja yang menguruskan hal ehwal kota. Alat tanggapan terdiri daripada pancaindera zahir dan batin seperti tentera dan pegawainya. Seluruh anggota badan itu seperti rakyatnya. Nafsu serta syahwatnya adalah musuh yang bertarung untuk menguasai kerajaannya dan untuk merosakkan rakyatnya.

“Jadi badan itu seperti kubu serta tempat kawalannya dan dirinya sebagai pangkalan yang mempunyai pengawalnya. Jika ia berjihad menentang musuhnya dan dapat mengalahkan serta menguasainya seperti yang sepatutnya, kesannya adalah kebaikan yang layak menerima pujian. Sekiranya ia kehilangan tempat pertahanannya dan mengabaikan rakyatnya, maka kesannya adalah keburukan padahnya yang layak menerima balasan daripada Allah s.w.t sesuai dengan keburukan yang dilakukannya.”

Oleh itu, manusia dikehendaki berjihad untuk melawan keinginan nafsu. Sementara hidayah Allah hendaklah diterima sebaik-baiknya demi memastikan dirinya mampu memikul tugas dan amanah yang berat sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di muka bumi ini.

Kerana itulah Allah berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195)

Bagi memandu manusia ke arah kebaikan dan mencapai tingkat kehidupan aman sejahtera dan harmoni, Allah mengutus rasul dengan membawa mesej yang sama iaitu membawa manusia ke jalan kebenaran.

Kajian pakar psikologi mendapati beberapa tanda kemurungan seseorang antaranya kesedihan atau putus asa, cepat marah, suka bermusuh, sering menangis, menyisihkan diri daripada rakan dan keluarga serta hilang minat dan tumpuan dalam pekerjaan.

Selain itu, terdapat perubahan makan dan tidur, gelisah, fikiran terganggu, rasa diri tidak berguna dan perasaan bersalah, kurang bersemangat dan motivasi, keletihan dan tidak bertenaga, sukar menumpukan perhatian, sering memikirkan mati atau hendak membunuh diri.

Kajian, Carl Jung mendapati sebahagian besar pesakit yang datang menemui doktor jiwa adalah mereka yang menderita sakit kerana kehilangan pegangan agama.

Sementara itu, James Gordon Gilkey menyatakan sekiranya seseorang enggan bersikap wajar sesuai dengan keperibadiannya, ia akan menderita sakit saraf dan sakit jiwa.

Seterusnya, kalangan cerdik pandai menyatakan, untuk mengubati penyakit jiwa, bergaul dengan orang agama, berfikir dan menimbang sebelum mengerjakan sesuatu, menahan syahwat dan kemarahan, memeriksa keadilan diri sendiri, membiasakan bekerja menggunakan fikiran dan sabar menghadapi segala sesuatu adalah penawar utama untuk kesihatan jiwa.

Bagi jiwa yang resah terdapat beberapa penawar antaranya sentiasa beramal kepada Allah dan Rasul-Nya serta selalu membaca al-Quran bagi mencari ketenangan jiwa.

Seterusnya, wajib beriman dengan qada dan qadar Allah, ia merangkumi empat tahap. Pertama, ilmu: Allah mengetahui segala sesuatu. Kedua, catatan: Allah telah mencatat di Luh Mahfuz ketentuan sesuatu. Ketiga, tiada sesuatu apa pun yang berlaku di langit dan di bumi melainkan dengan kamahuan Allah.

Keempat, sentiasa bertawakal dan berzikir serta berserah kepada Allah tanpa bimbang kepada kefakiran kerana rezeki ditetapkan. Seterusnya perlu berwaspada daripada maksiat dan dosa, khususnya yang tersembunyi.

Sesungguhnya, ketakwaan kepada Allah dan menjaga kemurnian akhlak adalah langkah ke arah memantapkan kekuatan jiwa.

Peliharalah hati supaya terus istiqamah. Jika hati baik dan tenang semua anggota tubuh akan melakukan perkara yang baik.

Harian Metro
Posted on 12.2.2009 at 6:43 PM

Rabu, 18 Februari 2009

LELAKI DAN TANGGUNGJAWAB (Delima Merkah LELAKI)


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya,
2. isterinya,
3. anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya…supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. “Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)



Selasa, 17 Februari 2009

Umpan naluri songsang (Ceritera)


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Lagak tampan selain mampu menjadi teman sosial di ranjang, dijadikan modal beberapa penjenayah kacak digelar ‘gay jambu’ untuk aktif menjalankan kegiatan memperdaya sebelum melarikan pelbagai barang berharga dari kaki disko tempatan selain pelancong asing.

Difahamkan kumpulan penjenayah ini yang mempunyai kemahiran berkomunikasi selain bijak bergaul kerap mencari mangsa di sekitar pusat hiburan dan disko di ibu kota.

Golongan lelaki homoseksual ini akan berpura-pura tidur sebilik hotel dengan mangsa sebelum menggeledah dan melarikan semua wang dan barang bernilai sewaktu mangsa sedang tidur nyenyak.

Malah siasatan polis turut mengesyaki suspek turut menggunakan pil khayal yang dicampurkan ke dalam minuman mangsa untuk membuat mangsa pengsan sebelum disamun.

Dalam kejadian terbaru Ahad lalu, seorang pelancong warga Arab Saudi menjadi mangsa apabila diperdaya lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat hiburan Jalan P Ramlee, di sini.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun dikatakan membawa pulang seorang lelaki yang baru dikenalinya ke bilik hotel di Jalan Pudu di sini.

Menurutnya, sebaik sampai di bilik hotel itu, mangsa bersama rakan yang baru dikenalinya itu berbual kosong sambil minum.

“Bagaimanapun mangsa mendakwa tiba-tiba terasa pening dan mengantuk sebelum tertidur. Mangsa yang tersedar kira-kira jam 4 petang keesokan harinya mendapati lelaki yang dikenalinya itu sudah tiada.

“Lebih mengejutkan apabila beg duit berisi wang tunai RM350, telefon bimbit dan kad kredit miliknya yang disimpan di dalam seluar didapati hilang dipercayai diambil lelaki terbabit,” katanya.

Susulan itu, mangsa yang kerugian lebih RM1,500 segera membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan. Dipercayai suspek meletakkan pil khayal di dalam minuman mangsa untuk membuatkan mangsa tidak sedarkan diri.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang pelancong lelaki warga Australia kerugian wang tunai lebih RM600 selepas dilarikan tiga lelaki yang baru dikenalinya di sebuah disko di Jalan P Ramlee.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 48 tahun berkenalan dengan tiga lelaki tempatan di hadapan sebuah disko sebelum mereka berbual mesra.

Mangsa yang bekerja sebagai jurutera kemudian mempelawa tiga lelaki berusia lingkungan 20-an berkenaan untuk pulang ke bilik hotel didiami berhampiran Jalan Sultan Ismail di sini.

“Ketiga-tiga suspek yang bersetuju dengan ajakan mangsa kemudian mengekori mangsa ke bilik hotel berkenaan sebelum mangsa dikatakan berbual panjang dengan suspek.

“Difahamkan, mangsa hanya menyedari diperdaya kumpulan lelaki berkenaan selepas mendapati peti keselamatan di dalam bilik hotelnya itu terbuka,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian menyedari dompet duitnya berisi wang RM600, kad kredit, lesen memandu dan pasport lesap dilarikan lelaki terbabit.

“Berikutan itu, mangsa segera membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan bagi memudahkannya memohon semula pasport dari pihak kedutaan.

“Setakat ini polis sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari hotel berkenaan bagi memudahkan siasatan dilakukan,” katanya.

Doa dinding sihir

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

ALOR STAR:

“Perlu ada pendinding,” kata Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim.

Malaysia (Tamrin), Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, berhubung tindakan seorang lelaki yang dikatakan memiliki kebolehan luar biasa dengan hanya menyentuh bahu mangsa lelaki ketika berselisih di tempat awam untuk menjadikan mereka tempat melampiaskan nafsu songsangnya.

Beliau berkata, masyarakat Islam tidak kira lelaki atau wanita perlu ada pendinding bagi mengelakkan terkena ilmu sihir atau pukau oleh pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan ke atas kelemahan diri mereka.

“Pendinding bukan bermaksud perlu memakai tangkal atau azimat sebaliknya pendinding yang mengamalkan surah serta doa tertentu bagi menghindari daripada terjebak dalam kancah maksiat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang lelaki berusia 30-an yang dikatakan memiliki kebolehan luar biasa dengan hanya menyentuh bahu mangsa ketika berselisih di tempat awam untuk menjadikan mereka tempat melampiaskan nafsu songsangnya.

Sihirnya dapat mematikan nafsu mangsa terhadap wanita, termasuk isteri supaya dapat dijadikan kekasih sejenis.

Selepas beberapa bulan menjalin hubungan intim, kesempatan itu digunakannya untuk mengikis harta mangsa, termasuk tanah bagi membuktikan keutuhan percintaan mereka selain wang perbelanjaan setiap bulan.

Sementara itu, Tengku Asmadi berkata, lelaki terbabit yang mengamalkan ilmu pukau supaya kembali ke pangkal jalan dan bertaubat kerana perbuatannya bukan saja berdosa besar tetapi meruntuhkan rumahtangga orang lain.

“Saya nasihatkan orang ramai yang ingin mengelak daripada terkena ilmu pukau perlu mempertingkatkan ilmu pengetahuan agama termasuk menjaga solat, mengamalkan doa atau surah.

“Dengan cara ini, mereka yang berniat jahat pasti tidak berjaya untuk memukau mangsa,” katanya.

Beliau berkata, ia juga sebagai petanda dunia di akhir zaman. Kejadian yang pernah berlaku di zaman nabi terdahulu akan berlaku pada zaman ini.

“Semua kejadian pada zaman dahulu akan terkumpul dan berlaku lagi pada zaman sekarang, masyarakat Islam perlu meningkatkan ketakwaan kepada Allah serta menjauhkan larangannya.

“Peranan ibu bapa juga penting untuk mendidik anak mereka kerana golongan muda perlukan perhatian dan kasih sayang,” katanya.

Harian Metro

Isnin, 16 Februari 2009

Keganasan rumah tangga kesan krisis ekonomi (Delima Merkah)


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bimbang kegawatan ekonomi akan turut mempengaruhi keharmonian rumah tangga rakyat negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata walaupun masih tidak ketara kesannya, namun impak kegawatan ekonomi dikhuatiri menyebabkan berlaku peningkatan kes keganasan rumah tangga seperti dilaporkan di negara lain.

“Misalnya dilaporkan keganasan rumah tangga di kalangan rakyat di Britain sudah berganda tahun lalu. Di dalam negara pula, lebih daripada 2,000 kes keganasan rumah tangga dilaporkan tahun lalu.

“Kita sedar masalah kewangan sering menjadi isu ketegangan dalam rumah tangga dan kita perlu berusaha untuk mengelakkannya khasnya dalam suasana ekonomi masa kini.

“Ini ialah antara fokus utama kita tahun ini kerana kita khuatir masalah keganasan rumah tangga akan meningkat disebabkan masalah kewangan yang dilihat semakin meruncing berikutan krisis kewangan,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran kementeriannya di sini, semalam.

Dr Ng berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain menyediakan publisiti melalui media mengenai kesedaran perlunya mewujudkan suasana rumah tangga yang harmoni.

Beliau juga menasihati golongan lelaki supaya mengenepikan ego dan segera mendapatkan khidmat kaunseling sekiranya berhadapan dengan masalah rumah tangga.

“Ini amat penting bagi mengelakkan mereka daripada mengganas dan menjadikan ahli keluarga sebagai mangsa,” katanya.

Beliau berkata, kementeriannya kini turut mempunyai 50 kaunselor lelaki untuk memberikan khidmat kaunseling. - Bernama


iDAN Menulis:

Ramai kalangan pasangan suami isteri semakin tidak menghormati diri sesama mereka. Apatah lagi jika seorang isteri bergaji besar & tidak mahu bergabung pendapatan dengan suami. Pasangan Islam, isteri terutamanya semakin lupa kenapa suami mengizinkan isteri keluar berkerja. Niat asalnya tentulah membantu keluarga. Telah bertukar arah tujuan; makin berlumba-lumba mengumpul harta hingga rumahtangga, anak-anak terutamanya terabai & purak peranda. Masing-masing dengan lagak, langkah & pendapatan masing-masing; tanpa pun berbincang sewajarnya sesama suami isteri dalam perbelanjaan seharian. Tanpa memikirkan keutamaan untuk anak-anak, rumahtangga & matlamat pencarian bersama.

Sebagai contoh, isteri sering lupa suami mengizinkan berkerja adalah untuk membantu keluarga. Tanggungjawab isteri seharusnya mendahulukan keperluan anak-anak& rumahtangga. Sering kita lihat perbalahan berlaku lantaran isteri lupa akan tanggungjawab terhadap rumahtangga. Lebih mementingkan ibu ayah, adik beradik & kaum keluarganya bukan rumahtangga sendiri.

Sebagai contoh lagi, lantaran bergaji besar sanggup menggunakan nama sendiri membeli kereta mewah tanpa berbincang dengan suami. Bukan untuk kegunaan sendiri tetapi untuk kegunaan ibu ayah atau adik beradik. Akibatnya bebanan hutang menjadi masalah terhadap rumahtangga sendiri. Sering suasana rumahtangga dikejutkan dengan surat tuntutan bayaran yang tertunggak, surat saman, waran tangkap & perbagai gangguan yang tidak seharusnya ujud dalam rumahtangga.

Sebagai contoh lagi, isteri sanggup melancung ke luar negara bersama adik beradik, tinggalkan suami & anak-anak. Suami menjadi orang gaji menjaga anak-anak. Anak-anak sekadar menumpang gembira dari jauh. Isteri megah bercerita pengalaman melancung dengan adik beradik atau orang lain. Seolah-olah gaji berkerja hanya untuk diri sendiri. Bergembira untuk diri sendiri.

Di segi hukum sememanglah tiada fakwa yang jelas tentang pendapatan isteri hak siapa. Tetapi fikirkan secara akal kita yang rasional sebagai hamba Allah SWT yang naif & hina ini. Hidup hanyalah sementara. Apalah yang lebih penting dari kita mengejar dunia semata, mengumpul harta semata. Bermewah dengan rezeki yang ada. Rezeki tersebut sebenarnya adalah ujian kekayaan Ilahi terhadap isteri. Di mana pun... di jalan mana pun ianya dibelanjakan harta tersebut pasti akan dipersoalkan nanti. Apakah untuk kepuasan diri sendiri atau digunakan buat mencari pahala buat hari kemudian. Apakah amalan, sedekah atau apa jua perbuatan isteri akan mendatangkan kebajikan atau amalan mulia; berkat & pahala jika tanpa izin pun restu suami.

Tidak salah jika isteri ingin membantu ibu ayah, adik beradik tetapi semua bantuan mestilah meminta izin suami. Jika tidak takutnya nanti pertolongan itu jadi sia-sia & boleh bertukar manjadi perbalahan. Perlu diingat terkadang suami & anak-anak lebih perlukan bantuan.

Suami atau anak lelaki yang seharusnya membantu ibu & ayah masing-masing bukan anak perempuan yang telah bergelar isteri. Itu amat jelas di dalam Islam maka itu timbulnya kenapa anak lelaki mendapat bahagian yang lebih dalam hukum faraidh. Lantaran anak lelaki punya tanggungjawab yang lebih besar berbanding anak perempuan. Jika isteri langsung tidak menghormati suami dalam berbelanja apakah maknanya kerukunan rumahtangga. Jika isteri telah berani berbelanja ikut suka hatinya, apa maknanya harta sepencarian bersama.

Pun begitu juga contoh sebaliknya; ramai kaum lelaki telah pandai mengikis duit isteri. Sering membeli belah dengan jenama mewah. Isteri terpaksa mengorbankan pendapatan yang ada demi kasih, sayang & cinta kepada suami. Isteri sanggup berkorban apa sahaja. Bila telah pandai bergaya, sang isteri pula dilupakan sanggup pasang cawangan lantaran konon hak suami itu ada; boleh bernikah lebih dari seorang.

Islam itu cantik; maka itu jika berlakunya perceraian harta sepencarian perlulah dibahagi dua. Hendak dibahagi dua bagaimana; jika sang suami perabis pendapatannya untuk membangunkan rumahtangga. Sampai papa kedana. Isteri pula mengumpul harta keliling pinggang dengan wang simpanan beratus ribu RM. Sewajarnya jika mahukan rumahtangga bahagia, rukun & sepakat, wang simpanan seharusnya dikongsi bersama. Tanpa izin suami masakan rezeki dapat diperolehi oleh sang isteri. Apa hukumnya jika harta sepencarian habis dikebas oleh keluarga sebelah isteri semata. Dalam berbelanja isteri langsung tidak meminta izin suami ketika membantu ibu ayah & adik beradiknya. Isteri & keluarganya lagak orang kaya. Suami seadanya.

Memang kerap terjadi perbalahan dalam rumahtangga bilamana kita salah dalam menggunakan kesempatan isteri keluar rumah berkerja. Dalam segi mengumpul harta satu cabang masalah; belum lagi ada kalangan isteri berlaku curang di luar rumah. Kebenaran suami mengizinkan keluar rumah telah disalah guna. Merasakan diri telah boleh hidup sendiri & berdikari tanpa sedar sesungguhnya rezeki yang Ilahi turunkan adalah atas restu suami.

Pernah juga terjadi sebaliknya; sang suami membolot semua yang ada, sampai isteri terdera & tak punya apa. Apakah ini dinamakan keluarga bahagia?.

Adilkah jika berlaku perceraian suami tinggal sehelai sepinggang & isteri menjadi janda kaya; sedangkan mereka duduk sebumbung sepanjang hayat berumah tangga. Sebelah pihak sahaja yang merasa kemewahan.

Begitu juga rumahtangga tidak akan bahagia jika suami menggabaikan tanggungjawab keluarga. Perlu diingat dalam menentukan kerukunanan rumahtanga seorang lelaki perlu juga menjaga kehidupan ibu & ayah mereka. Agar sentiasa dalam sempurna seorang anak lelaki yang bergelar suami juga dituntut memelihara kerukunan ini. Tidak ada gunanya jika rumahtangga kayaraya. Hidup dalam kelompok hartawan tetapi ibu ayah melarat di kampung halaman. Islam jelas dalam masalah membantu keluarga. Yang dituntut membantu ibu & ayah adalah anak lelaki. Isteri terputus tanggungjawabnya dalam memberi bantuan atau sara hidup terhadap ibu & ayah bilamana telah diijab kabul. Berbanding anak lelaki yang perlu menjaga kesempurnaan kehidupan ibu & ayah biarpun telah bergelar suami.

Lainlah ceritanya jika ibu ayah memang orang berada. Atau pun keluarga yang hanya ada anak perempuan belaka; Begitu juga lain ceritanya jika suami memang seorang hartawan & tidak pernah pun memerlukan bantuan isteri dalam sara hidup; seharian berbelanja.

Cumanya jika memang suami seorang hartawan kenapa perlunya isteri mencari rezeki lagi. Kenapa tidak menumpukan perhatian terhadap rumahtangga. Menghidangkan segelas air kosong buat suami pun amat besar akan pahalanya. Kenapa mesti keluar rumah yang belum tentu sang isteri akan terselamat dari godaan luar & bala bencana yang bakal berbuah dosa.

Peranan Wanita di rumah sebenarnya lebih mudah melorongkan dia masuk ke syurga. Jika keluar rumah dengan niat tidak selari dengan keperluan rumahtangga tentulah akan mendatangkan musibah yang amat membahaya.

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.

Istimewanya Wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.” ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya” “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak”Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

48. “Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

50. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah