GP BERTANYA:
'Baik
yang saya maksudkan di sini' maknanya tidak memusuhi Islam..dan masih
menyembah Allah. Sebab ada student saya yang mengaku dia keturunan
Yahudi. Sedangkan Yahudi yang digembar gemburkan sekarang ni semuanya
macam memusuhi Islam. Saya nak tahu apa maksud cerita versi Israeliyat.
Zina itu haram. Pekerjaan pelacur itu juga umpama zina. Jadi ada satu kisah yang selalu kita dengar dan baca..tentang seorang pelacur yang masuk syurga disebabkan dia beri minum seekor anjing. cerita ni dipertikaikan oleh student saya..seolah-olah takpe jadi pelacur..asalkan ada sifat ihsan dengan haiwan boleh masuk syurga. Jadi saya nak tahu cerita tu dalam Islam wujud ke..atau cerita tu direka-reka oleh musuh Islam untuk mengelirukan orang Islam. Terima kasih kerana membalas mesej saya.
Zina itu haram. Pekerjaan pelacur itu juga umpama zina. Jadi ada satu kisah yang selalu kita dengar dan baca..tentang seorang pelacur yang masuk syurga disebabkan dia beri minum seekor anjing. cerita ni dipertikaikan oleh student saya..seolah-olah takpe jadi pelacur..asalkan ada sifat ihsan dengan haiwan boleh masuk syurga. Jadi saya nak tahu cerita tu dalam Islam wujud ke..atau cerita tu direka-reka oleh musuh Islam untuk mengelirukan orang Islam. Terima kasih kerana membalas mesej saya.
JAWAPAN:
Oh begitu. Memang ada orang Yahudi yang tidak memusuhi Islam, tetapi bilangannya sangatlah kecil.
Tentang
menyembah Allah, banyak juga orang Yahudi yang masih menyembah Allah
(walaupun mereka menyebutnya dengan nama lain seperti Yehovah, Yahweh,
Eloah dan lain-lain) kerana umumnya mereka tidak menyembah berhala
ataupun tuhan-tuhan lain. Masalahnya, mereka menolak Nabi Muhammad dan
syariatnya.
Cerita
Israiliyyat ialah kisah-kisah yang diriwayatkan (didengar/dibaca) oleh
orang-orang Islam dari orang-orang Yahudi pada zaman dahulu. Cerita
Israiliyyat ini kita percahkan kepada 3 jenis:
1. Yang boleh dipercayai
2. Yang tidak boleh dipercayai
3. Yang ‘didiamkan’ kerana tidak tahu sama ada kisah itu benar ataupun tidak.
Cerita-cerita Israiliyyat ini banyak terdapat dalam kitab-kitab ulama terdahulu terutamanya yang berkaitan dengan sejarah.
Tentang
kisah pelacur yang diampunkan itu, memang ada hadith sahih riwayat Imam
Bukhari dan riwayat Imam Muslim. Maksudnya kisah itu benar.
“Sesungguhnya
seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah
perigi pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan
lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang
diperbuat daripada kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut
sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa
wanita tersebut diampunkan.” (Muslim ).
“Diampunkan
dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi
sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir-hampir kehausan
membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu diikat
kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing
tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu.” (Bukhari).
Namun
begitu, sefaham saya kisah itu berlaku sebelum zaman Nabi Muhammad saw.
Syariat pada zaman itu tentunya ada perbezaan dengan syariat pada zaman
Rasulullah. Itu satu hal.
Hal
kedua, kisah itu sebenarnya kes terpencil dan hanya berlaku kepada
wanita itu sahaja. Namun tidak kita nafikan, Allah boleh mengampunkan
sesiapa sahaja yang Dia mahu. Kalau kita perhatikan betul-betul, cerita
itu disampaikan setakat itu sahaja. Tidak pula disambung oleh Nabi
Muhammad seperti katanya (sebagai contoh) : “Maka setiap wanita pelacur
yang menjamu makan dan minum kepada akan diampunkan dosanya sebagaimana
wanita itu.” Tidak ada. Cerita itu betul-betul tentang SEORANG wanita
pelacur zaman dahulu sahaja.
Maka
kes terpencil seperti ini tidak boleh dipakai untuk membenarkan
kerja-kerja pelacuran. Jika tidak, pada setiap pagi/ petang akan
kelihatanlah ribuan pelacur di kota raya memberi makanan kepada
haiwan-haiwan yang berkeliaran, dengan harapan dosa mereka diampunkan.
Jika benar begitu, tentunya sejak zaman Nabi dan zaman sahabat lagi
pekerjaan sebagai pelacur dalam kalangan orang Islam sudah meriah. Kita
sedia maklum, keadaan seperti itu tidak berlaku.
Ketiga
– Kita ambil satu contoh kes terpencil dalam Al Quran. Ketika Nabi Musa
pergi bermunajat kepada Tuhan selama 40 hari, ada seorang bernama
Samiri menjadi pencetus kesesatan kaum Bani Israil kerana dia
menyebabkan sebahagian kaum Bani Israil menyembah patung lembu.
Sekembalinya
Nabi Musa, kaum Bani Israil yang menyembah lembu itu dihukum tetapi
pemimpin mereka iaitu Samiri hanya diusir. Bukankah sepatutnya dia yang
lebih utama untuk dihukum?
Banyak
kes terpencil yang berlaku khusus untuk seseorang, tetapi umumnya tidak
boleh dihukumkan kepada orang lain, ataupun ditiru oleh orang lain.
Antaranya perbuatan Khalid al-Walid sengaja meminum racun selepas
dicabar oleh musuh Islam, Tok Kenali sengaja membiarkan kudis di
kakinya, Imam Al-Ghazali berkelana selama 11 tahun meninggalkan
keluarganya, Nabi Khidhir membunuh seorang kanak-kanak walaupun
perbuatan dosa kanak-kanak itu belum dilakukan lagi dan lain-lain.
Keempat. Cerita itu terlalu umum. Kita tidak tahu sebab musabab wanita itu melacurkan dirinya.
Mengikut syariat Nabi Muhammad, wanita pelacur tetap dikenakan hukum hudud.
WaAllahua’lam.
Abu Zulfiqar
23 JUN 2011
iDAN:
Sebaiknya kita menerima apa jua contoh teladan dari al-Quran, hadith, Sunnah dan amalan Para Ulamak dengan rasa terbuka dan bersangka baik. Dalam kisah pelacur ini memang tidak diperincikan apa berlaku setelah pertolongan ini. Secara akal baik kita. Pastinya wanita ini setelah diampunkan dosanya dia tidak akan melacur lagi. Sebab melacur ini amat hina kerjaya dalam agama kita Islam.
Zaman dulu masih ada wahyu, Para Rasul pun Nabi masih ada. Jika kisah ini kita silap pengertian hingga menghalalkan melacur diri jika terdesak; ini kira jiwa yang telah kacau. mabuk atau sesat. Zina tetap zina dosa besar. Melacur tetap dosa besar sebab melacur itu bukankah zina. Bagitu juga arak judi jangan sampai kita ambil jalan mudah arak dicampurkan ubat konon ianya lebih berkesan; berjudi dalam bersukan atau berjudi, sebagai contoh lawan kuda untuk Rekriasi di sebelahnya bertarung dengan duit dibolehkan memang ini pendapat songsang dan amat memeningkan.
Kisah ini sebenarnya memberitahu kita bahawa seteruk-teruk orang masih ada sifat-sifat baik dlm dirinya. So usahlah kita memandang negatif pdnya. Sejahat-jahat penjenayah masih ada peluang utk kembali ke pangkal jalan.
BalasPadam