Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 18 November 2012

AKU ADALAH AKU III


Catatan seorang Pesara

Agak sukar nak tidur malam. Kemungkinan fikiran runsing. Kemungkinan glukos dalam badan tak menentu. Kemungkinan gangguan cahaya lampu anak-anak lewat tidur. Kemungkinan sekadar bantal peluk BUSUK sebagai teman. Kemungkinan hati berlagu rindu tapi tak siada mahu mendengar dodoian ini.


2. Top-top Mila mengejutku untuk solat subuh. Ada ketika aku terjaga sebelum Mila kejutkan anak-anak; tapi aku malas nak bangun. Ada ketika semasa Mila terjaga mahu ke surau aku dengar dia tutup dan buka lampu. Tolak pintu utama. Aku memang kena layak antu pengap tak larat bangunkan badan. Surau sepelaung sahaja dari teratakku. Selang beberapa rumah teres dah sampai. Itu kalau Mila terjaga kejutan penggera telefon bimbitnya. Jika tidak macam biasalah kami semua sembahyang di rumah ketika subuh.

3. Masa aku di Kampung Malaysia. Aku segar bugar; selalu kayuh basikal lumba sampai ke Kampung Konggo. Aku rajin ke surau solat Maghrib & Isya; sesekali terjaga subuh aku tetap solat di surau. Jika ada ceramah di surau aku pasti duduk mendengar. Ketika itu Mila tak pernah mahu ikut biarpun aku sering mengajaknya. Arus iman manusia ni macam ombak laut kadang-kadang memuncak kadang-kadang pecah memukul pantai.


4. Ketika awal aku pindah di Jenaris; jika tak solat di Surau Jenaris aku suka sembahyang di Masjid Kajang; setiap Maghrib & Isyak. Ceramah di Masjid Kajang boleh katakan tiap hari ada. Jenaris masa tu tak buat solat Jumaat; maka mana ada duit nak buat selalu ceramah di surau. Tapi jadual cerammah di Jenaris & Kajang sentiasa aku ikuti. Sampaikan telah hafal corak ceramah ustaz-ustaz yang selalu berceramah di sekitar sini. Ada ustaz yang hebat sejarah Islam; ada ustaz sekadar baca kitab, ada ustaz yang hebat isu semasa, fardu ain & sindiran politik. Masa itu aku sudah ada kapcai & lesen kereta. Tapi aku hanya sendirian.

5. Dunia surau, ceramah dan majlis ilmu yang lain berubah setelah aku bertukar kerjaya; sebermula aku menjadi pakar Trafik; setahun lebih aku terpaksa jadi kutu jalan. Mengambil data isipadu kenderaan sekitar Kuala lumpur/Lembah Klang. Projek perunding DBKL ini memaksa aku tidur awal. Lesu dan tak bermaya ketika malam. Mana tidaknya seawal jam 5:00 pagi kena bangun; 5:30 pagi kena bergerak ke tapak kajian; dengan rakaman kamera dugung dan kaunter kiraan. 6:45 mesti segalanya telah tersedia di tapak penyelidikan. KL telah menjadi kampung aku; sebut sahaja di mana aku sentiasa ada buat rakaman. Selalunya dari 6:45 pagi aku kena buat rakaman sampai 7:45 malam. Pandai-pandailah bergilir dengan rakan; ada ketika hanya berdua; ada ketika berempat jika perlu mengambil data percemaran.

6. DBKL tak yang pakar untuk mengambil data isipadu dan percemaran. Laporan lenggap trafik di KL kena ada untuk meminta bajet dari kerajaan untuk membangunkan pengangkutan komputer atau monorel atau keretapi bawah tanah atau pengangkutan yang lain jika difikirkan sesuai. Hatta fakulti kami menjadi pakar perunding aku sebagai pegawai teknikal & pensyarahku Ir Radin menjadi jurutera menyediakan laporan projek. (Kini Ir Radin dah dapat Dato' Ir Radin... aku pun apa kurang Datok kepada Qasrina yang comel)

Dunia siang & malam aku bercelaru demi untuk mencapai wawasan negara.

- bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan