Apa
lagi agenda Mila hari minggu ini, semalam perjalanan kami gagal; aku
SESAT lagi di aman Tun Dr Ismail - TTDI. Dapat ziarah pemergian bos lama
Mila di I & P tapi kami sesat nak cari kubur di Bukit Kiara.
Allahyarham Tuan Haji Rashid. 71 Tahun.
2. Masa di masjid kami
telah lewat; dari rumah dah sekitar jam 10:00 pagi nasiblah jalan tak
sesak. Aku sampai ke masjid jenazah diuruskan betul-betul tengah solat
jenazah. Kemudian van jenazah bergerak pantas. Mila kata dia tahu jalan
nak ke kubur; jadi aku yakin sangatlag cakap Mila.
3. Langkah
mencari kubur jadi kalut; kami silap arah top-top masuk jalan Sungai
Besi di sebelah TUDM. Mila nekad nak pergi sebab di masjid dia tak
sempat bersalaman dengan isteri Allahyarham. Aku kembali semula menyusur
Istana Negara lama muzium dan ke Bukit Damansara. Punca sesat Mila
suruh aku ikut Jalan Damansara Utama.
4. Biasalah aku bersungut sebab bagiku jika nak ziarah kematian kena
awal pagi. Arwah telah meninggal dunia sekitar Jumaat malam Sabtu. Mila
SMS anak arwah sekitar jam 9:30 pagi katanya tengah dimandikan. Baru
kejut aku sambung tidur. Mandi pelbagai; Mila siap ringkas amat kali
ini. Tapi dah melebih 10:00 pagi. Selalunya orang uruskan jenazah takkan
sampai dua jam. Mandi pun sekitar 30 minit pasti jenazah dah bersih.
Takkan nak biarkan jenazah kesejukan.
5. Dua kali menuju TTDI;
nampak tanah perkuburan sebelah kanan jalan TAPI kami di jejantas
tingkat dua; tak jumpa lorong pusingan U; andaian aku pasti susur kiri
kemudian akan pusiangan U ke kanan; Di Tanah perkuburan nampak masih
rasa orang sedang menguruskan pengkebumian. Masih beli bacaan talkin.
Sebab semua berdiri. Tak pasti ada sesetengah tempat memang tak
dibenarkan duduk kecuali imam & pewaris jika baca talkin.
6. Aku sesat teruk entah ke mana; tanya orang sana-sini; amat
memeningkan; dua kali masuk terowong Sungai Pencala nampak bumbung
jutawan Sabri Kg Sungai Pencala pun sekitar 3 kali. Tanya bab kubur
memang orang tak tahu tapi kalau tanya IKEA bukan orang Damansara pun
tahu. Fikir-fikirkan dah tentu tanah perkuburan dah kosong tinggal
Nungkar Nangkir menyoal Allahyarham. Mentari pun dah nak terpacak tepat
di kepala.
7. Tak apalah Mila kita dah berniat nak ziarahi;
Mila pun tak ambil kesempatan bersalaman dengan warisnya di masjid; van
bertolak pun masih banyak agenda Mila. Urusan jenazah mana boleh kita
berleka. Past Malaikat akan tolong ringan/lajukan perjalanan jenazah.
Sampai masjid dah lengang aku pun tak sangka Mila nak menziarahi kalau
tak boleh juga cuba buat lakaran kubur pelbagai melalui peta google.
8. Ini bukan sekali dua aku sesat di lebuh raya yang bertingkat-tingkat
sekitar Damansara; silap lorong entah ke mana; kereta pula bukan sunyi.
Martabat kita hanya layak tenguk dari jauh pemergian Allahyarham. Masa
di IJN pun aku sekadar dapat menemani Mila tak pun ada kesempatan masuk
wad CCU. Al-Fatihah buat Allhayarham agar keluarga Allahyarham bersabar
dan tabah pemergian orang yang kita kasihi.
4. Biasalah aku bersungut sebab bagiku jika nak ziarah kematian kena awal pagi. Arwah telah meninggal dunia sekitar Jumaat malam Sabtu. Mila SMS anak arwah sekitar jam 9:30 pagi katanya tengah dimandikan. Baru kejut aku sambung tidur. Mandi pelbagai; Mila siap ringkas amat kali ini. Tapi dah melebih 10:00 pagi. Selalunya orang uruskan jenazah takkan sampai dua jam. Mandi pun sekitar 30 minit pasti jenazah dah bersih. Takkan nak biarkan jenazah kesejukan.
5. Dua kali menuju TTDI; nampak tanah perkuburan sebelah kanan jalan TAPI kami di jejantas tingkat dua; tak jumpa lorong pusingan U; andaian aku pasti susur kiri kemudian akan pusiangan U ke kanan; Di Tanah perkuburan nampak masih rasa orang sedang menguruskan pengkebumian. Masih beli bacaan talkin. Sebab semua berdiri. Tak pasti ada sesetengah tempat memang tak dibenarkan duduk kecuali imam & pewaris jika baca talkin.
6. Aku sesat teruk entah ke mana; tanya orang sana-sini; amat memeningkan; dua kali masuk terowong Sungai Pencala nampak bumbung jutawan Sabri Kg Sungai Pencala pun sekitar 3 kali. Tanya bab kubur memang orang tak tahu tapi kalau tanya IKEA bukan orang Damansara pun tahu. Fikir-fikirkan dah tentu tanah perkuburan dah kosong tinggal Nungkar Nangkir menyoal Allahyarham. Mentari pun dah nak terpacak tepat di kepala.
7. Tak apalah Mila kita dah berniat nak ziarahi; Mila pun tak ambil kesempatan bersalaman dengan warisnya di masjid; van bertolak pun masih banyak agenda Mila. Urusan jenazah mana boleh kita berleka. Past Malaikat akan tolong ringan/lajukan perjalanan jenazah. Sampai masjid dah lengang aku pun tak sangka Mila nak menziarahi kalau tak boleh juga cuba buat lakaran kubur pelbagai melalui peta google.
8. Ini bukan sekali dua aku sesat di lebuh raya yang bertingkat-tingkat sekitar Damansara; silap lorong entah ke mana; kereta pula bukan sunyi. Martabat kita hanya layak tenguk dari jauh pemergian Allahyarham. Masa di IJN pun aku sekadar dapat menemani Mila tak pun ada kesempatan masuk wad CCU. Al-Fatihah buat Allhayarham agar keluarga Allahyarham bersabar dan tabah pemergian orang yang kita kasihi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan