Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 14 November 2012

Orang Tua

Bagaimana pendapatan awak (Imam Mokhtar suka cakap pendapat itu pendapat bermaksud pandangan) jika rakan karib awak adalah orang lawa atau macho; pasti bangga bila berjalan berdua semua pandang rakan awak kan?. Dia bukan kekasih awak sebab kekasih ni payah sikit asyik berbalah saja; Masa bercinta lain dah jadi pasangan hidup lain pula.

2. Begitu juga apa pendapatan awak bila berjalan dengan pangkat Opah atau Atok macam aku ni jika ronda di kompleks beli belah besar. Semalam aku sempat meronda Alamanda; saja jalan-jalan cari makan. Anak-anak tenguk wayang ceritera antu; aku rasa rugi duit nak tenguk filem antu ni; sebab satu aku ni jenis penakut takut ngigau malam pun satu lagi aku memang tak suka selalu sangat jumpa hantu. Antu memang tak cantik. (kecuali antu amoi cina)

3. Masa meronda tu aku nampak satu famili/keluarga, nampak macam orang biasa bukanlah dari kalangan elit. Mereka ada sekitar... ramai juga ahli keluarganya lebih dari lima orang sedang membawa Opah mereka, nampak tua amat dan uzur wajah Opah ini. Dibawa dengan kerusi roda.

4. Nampak semua berebut-rebut nak tolong sorongkan kerusi roda Opahnya. Di fikiranku terfikir jika aku di tempat Opah itu pasti rasa bangga & rasa disayangi. Sebab aku ni bila berjalan dengan keluargaku asyik tertinggal sendirian di belakang; sebab jalan aku dan tak ikut tempo; perutku agak berat sebab boroi. jauh sekali baik anak atau WARIS nak jalan seiring denganku. Malu agaknya berjalan dengan orang tua ini.

5. Bila aku jalan sorang-sorang aku pelik rasanya sebab semua yang pandang aku macam aku ni makhluk asing/Alien. Ngapa wajah aku ni pelik sangat ke. Aku perasan aku ni masih Macho lagi eh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan