Ada pelbagai ragam manusia, tapi kita kena pandai mencari teman hidup atau rakan intim agar mudah berkomunikasi atau bersama. Buat masa ini aku bahagikan dua ragam manusia.
1. Jenis Padang Golf dalam menghias rumah. Suka rumah yang lapang hanya ada rumput dan tiang untuk bola golf dimasukkan.
2. Jenis Muzium suka menghias rumah & akan sentiasa menjaga sesuatu itu sebagai kenangan.
Aku lebih ke ragam kedua. Setiap benda ada kenangannya. Biarpun sekeping setem boleh dikumpul di album menjadi koleksi menarik.
Tak boleh nak benci ragam pertama tapi golongan ini sebaiknya prihatin akan nilai kenangan pasangannya. Tak salah nak kosongkan rumah tapi simpanlah milik pasangan awak tu dengan rapi. Tahu di mana jika ianya diperlukan. Jika daya ingatan awak tu kurang; elok jangan sembunyikan sesuatu yang mahu dipadanggolfkan.
Apa jadinya meja makan pun tak boleh letak botol kicap; bila teringat nak taruh kicap sebab awak masak terlupa taruh garam; melilau mencari kicap cair masin; yang ada cuma kicap manis bukan kegemaranku. Takkan nak ke kedai mamak nak beli kicap baru boleh sambung makan semula. Melampau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan