Berita Terkini Mengenai GAZA - Khabar gembira buat ummat Islam di seluruh dunia, buat kali pertama kapal perang Israel berjaya di tembak oleh Brigade Izzuddin Al-Qassam, pasukan ketenteraan Hamas berhasil menembak pagi ini Ahad (18/11) kapal perang Israel yang berada di kawasan berhampiran pantai Gaza dengan lima roket 107.
Maklumat ini di
maklumkan oleh pejuang Al-Qassam yang menyatakan bahwa pagi ini mereka
melepaskan lima roket 107 ke arah kapal perang Israel, susulan dari itu
media Israel menegaskan bahwa lima roket darat laut dilepaskan ke pantai
Gaza.
Namun mereka belum
memaklumkan berapa jumlah dari tentera mereka yg terkorban atau luka di
kalangan pasukan laut Israel. Mereka sedang menggali kubur besar untuk
tentera Israel kali ini, yang pasti Mesir dan Turki sudah bersedia utk
menyertai peperangan ini.. doakan kemenangan Islam yg sedang
menghampiri..
UPDATE Isnin (19/11/2012) :
-Proses pengebumian
beramai-ramai telah dijalankan untuk para syuhada' Gaza dikalangan
kanak-kanak kecil oleh keluarga-keluarga mereka.
Perdana Menteri Israel lari lintang pukang *hahahaha* apabila pejabatnya telah menjadi sasaran roket al Qassam.. Lihat gambar dibawah.
Berita Terkini Mengenai GAZA - Selasa 20/11 09 :15 pagi waktu Gaza -
Seorang lagi rakyat Gaza
syahid manakala seorang lagi yang merupakan sorang kanak-kanak cedera
di kawasan Mughrakah sebentar tadi...
-Beberapa pesawat
pemerhati (surveilance planes) tentera israel baru sahaja dirakam
berkeliaran dipersekitaran Hospital Al-Shifa di daerah Shaaf di
kejiranan Al-Shojaeya..
-Roket yang dilancarkan
oleh tentera Palestin pagi ini jatuh di sekitar penempatan Yahudi di
bandar Ashkelon, Israel (bumi Palestin yang dijajah) kira-kira 30 km
dari Gaza.
-Israel memasang "tali barut" : Unit
Ketenteraan Khas Israel She Bet dikatakan dalam keadaan terdesak
meminta maklumat daripada tali barutnya ydang berada dalam Gaza. Mereka
dikatakan meminta maklumat baru tentang kedudukan para pejuang dan
seolah-olah kekurangan maklumat tentang kedudukan bekalan senjata
pejuang. Mereka
sebelum ini menembak banyak rumah-rumah milik pimpinan Briged Izzuddin
Al-Qassam dan memusnahkannya dengan kemusnahan total namun masih tiada
yang memuaskan hati mereka kerana tiada orang di rumah yang dibom. Al-Qassam
mengatakan maklumat-maklumat tersebut mereka dapatkan hanya melalui
panggilan telefon antara mereka dan tali barut di dalam Gaza dan kami
telah pun merekodkannya untuk diadili nanti. kami juga berjaya menangkap beberapa tali barut dalam kalangan mereka.
-Kapal terbang
pengintip Israel telah melakukan serangan ke atas sekumpulan penduduk
Gaza di belakang Masjid Hasan 'Audah. Dilaporkan terdapat di antara
mereka yang mengalami kecederaan serius.
Intifadhah di bandar Hebron hari ini (20 November 2012). Pertempuran antara batu dan senjata api. Allahu Akbar!
Berita terkini di Gaza , Rabu 21/11
- Bangunan Israel yang telah diserang oleh Briged Al-Qassam menggunakan roket Fajr 5.. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!
- Bangunan Israel yang telah diserang oleh Briged Al-Qassam menggunakan roket Fajr 5.. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!
- Kapal udara Israel menceroboh dan mengebom kawasan tanah lapang berdekatan dengan Universiti Islam di Khan Yunis. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini. Mereka juga melepaskan bom api ke Timur Kem pelarian Al-Boreij. *mereka tidak pernah serik. Bumi palestin tidak putus putus dihujani bomm.. Ya Allah. Selamatkan mereka Palestin.. Amin *
- Tentera penceroboh
Zionis sedang melepaskan serangan bom api bertalu-talu ke atas Beit
hannoun dan bahagian pertahanan mereka meneruskan serangan bom mereka
secara intensif ke arah timur dan barat Bandar Gaza. Bot bersenjata
milik Zionis menghentam ke arah Al-Mughraqa laut tengah Gaza. Tak cukup
menghentam manusia dan bangunan, Zionis menghancurkan pula alam sekitar.
HANCUR ISRAEL HANCUR!
Rakyat Palestin di
bandar Hebron di selatan Tebing Barat menonton dengan perasaan gembira
sambil bertakbir melihat roket Al-Qassam mengebom petempatan Israel di
pinggir Baitul Maqdis.
Tentera Israel "diancam"
dengan batu batu jalanan oleh rakyat Plaestin.. Gambar atas sekali,
tentera Israel yang berada diatas bumbung dibaling dengan batu. Sekarang
lihat siapa hebat? Belum sempat tekan picu senjata canggih lagi batu
dah naik atas kepala.. Mana lebih hebat? Ciptaan manusia atau kuasa
Allah SWT?? Takbir! Allahu Akbar!
-Penduduk Palestin di
saat ini sedang mencari tempat perlindungan daripada serangan penjenayah
Israel yang sebentar tadi menyerang sebuah tanah pertanian. Terkini, hasil pencerobohan Zionis ke atas Gaza sehingga syahid 137 termasuk 34 kanak-kanak dan 1100 orang cedera termasuk 310 kanak-kanak. Update : Kematian bertambah kepada 142orang.
ACCOUNT facebook, twitter, LinkedIn, youtube dan email timbalan Perdana Menteri Israel Silvan Shalom telah digodam
dan telah dipenuhi dengan status oleh pro-palestin. Malah para
penggodam juga akan menyebarkan dokumen rahsia dalam masa terdekat.
Sumber : Facebook Aman Palestin Mesir
Berita Terkini Mengenai GAZA | Khamis 22/11 - Genjatan Senjata -
Satu pengumuman rasmi telah diumumkan bahawa genjatan senjata antara
Gaza dan Israel bermula pada jam 9 pm (waktu Mesir) oleh Kementerian
Luar Mesir . Walaupun Genjatan Senjata sedang dijalankan sekarang, namun
kematian tetap meningkat. Setakat ini,seramai 161 orang telah terkorban
akibat serangan Israel ke atas Gaza,termasuk 11 orang wanita dan 42
orang kanak- kanak yang tidak bersalah.
Masjid-masjid
di Gaza kini sedang bergema dengan sahutan kegembiraan meraikan
kemenangan menentang roket-roket penjenayah Zionis. Nikmatnya sebuah kemerdekaan, walaupun mungkin bukanlah kemerdekaan sebenar dan tidak berpanjangan, Namun... Paling
kurang ia mampu memberi sedikit ruang kepada kanak-kanak untuk
menghirup udara ketenangan dan juga para ibu untuk mencurahkan sepenuh
kasih sayang. Kemerdekaan, Ketenangan dan Kebahagian adalah anugerah Allah s.w.t
Rupa Benjamin
Netanyahu selepas menyampaikan ucapan kekalahan terpaksa tunduk di atas
syarat gencatan senjata yang nyata memihak kepada Kerajaan Palestin
Gaza.
8jam yang lalu Media
Israel telah memberikan pernyataan bahawa :" keputusan gencatan senjata
sebagai kekalahan bagi Israel dan kemenangan kepada pihak Hamas.
Alhamdulillah .. kami harap kemenangan ini berterusan dan tiada lagi
peperangan yang akan berlaku selepas ini. Di bawah ini ada sertakan
sekali kandungan Perjanjian Genjatan Senjata yang sedang dijalankan sekarang sejak 9pm waktu Mesir.
Kandungan Perjanjian Gencatan SenjataPerjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui oleh Israel dan Palestin bermula semalam akan di uji selama 24-72 jam. Sumber mengatakan bahawa Israel pada mulanya enggan menandatangani kertas perjanjian dan mengumumkan komitmen mereka untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa tandatangan dan perjanjian bertulis. Syarat melepaskan sekatan keatas Semenanjung Gaza menjadi sebab utama penangguhan pengumuman gencatan senjata sejak 3 hari lalu. Sumber juga menyebut bahawa kerajaan Palestin bersetuju apabila Presiden Mesir menjadi penjamin supaya perjanjian gencatan senjata ini berlaku. Mesir berjanji akan membuka sepenuhnya sekatan terhadap Gaza walaupun Israel tidak menandatangani kertas perjanjian tersebut. Persetujan terhasil apabila Israel bersetuju dengan menjadikan Mesir sebagai orang tengah dengan syarat hentikan penyeludupan senjata.
Isi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui:
A - Israel akan menghentikan semua bentuk permusuhan dan tindakan ketenteraan di Semenanjung Gaza melalui darat, laut dan udara termasuk pencerobohan dan orang-orang yang disasarkan.
B - Puak-puak Palestin untuk menghentikan semua operasi dari Semenanjung Gaza ke arah sebelah Israel, termasuk tembakan roket dan serangan ke atas garis sempadan.
C - Pembukaan sempadan dan memudahkan pergerakan orang dan barangan dan tidak menyekat pergerakan orang atau orang yang disasarkan di kawasan sempadan berkuat kuasa selepas 24 jam berlakunya Perjanjian.
D - Akan membincangkan apa-apa isu-isu lain jika diperlukan.
Mekanisma pelaksanaan perjanjian gencatan senjata:A - menentukan jam sifar untuk persefahaman gencatan senjata yang ditandatangani berkuat kuasa.
B- Mesir menjadi rujukan dan waranti setiap pihak untuk mematuhi apa yang telah dipersetujui.
C - Komitmen setiap pihak tidak menjalankan apa-apa tindakan yang melanggar perjanjian ini, dan sekiranya terdapat sebarang tindakan yang merujuk kepada perjanjian ini Mesir menjadi rujukan susulan ke atas perjanjian itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan