Sekikar
Ogos lalu Avanza Mila menyakat kami; tak pasal-pasal aku dan Mila naik
loro tarik. Sangkut betul-betul dalam kesesakan di Jalan Cheras. Di
Lebuh Raya Grand Saga. Top-top siang tadi; kereta perangku pula meragam.
Ketika Azim bila aku masuk gear dua macam tak boleh naik bukit; minyak
macam tak sampai tak ada apa api & enjin berhenti.
2. Di FB
awal pagi aku ada bergurau dengan Rakan FB tentang masalah tak ada
kenderaan. Kereta perangku memang tak mampu berjalan jauh; sebab
tayarnya ada masalah. Nak tukar dua tayar pastinya sekitar RM300. Duit
memang banyak nak pakai. Sebelum Raya Haji aku telah berjanji dengan
anak-anak nak belikan Komputer Riba sebab tiada lagi komputer sesuai
untuk kami akses internet. Sedih Komputer Riba 1Malaysia aku telah
memohon. Ikut ketua keluarga aku lebih daripada layak.
3.
Banyak amat cikadak dari KPM dan pihak sekolah; hanya e-mel dan telefon
dari guru sekolah yang aku terima; Mereka suruh aku rujuk ke Pejabat Pelajaran Daerah. Hulu Langat rakanku yang pencen jauh lebih banyak dariku
(Tak sampailah RM3K) telah lama anaknya dapat; tak perlu merayu
sana-sini; pihak sekolah yang uruskan segala. Borang memang diedarkan
melalui sekolah. Tak apalah aku akan cuba menyimpan/menabung nanti ada
yang persoalkan pendapatan satu keluarga melebih RM3K; sebabnya campur
anak bini segala seisi rumah pendapatan kami dah memang bak jutawan;
berjuta sebulan kut; (Berjuta-juta Rupiah)
4. Bajet nak beli
basikal tua (Sudirman) pun masih tak lepas. Cadangnya bulan ni nak
selesaikan semua bayaran. Emm bila kereta perang meragam paling tidak
RM300 pasti habis. Bagi pesara jumpa RM100 pun sudah amat banyak. Aku
bersyukur ada rakan yang kerja pomen dapat membantu. Selalunya tak kira
jauh mana nak tarik kereta mestilah sekitar RM200; Tapi tadi Pomen Di
Raja dapat ringankan masalahku dalam kos tarik. Dah selamat simpan di
depan bengkel Pomen Di Raja.
5. Kereta perangku sangkut
betul-betul di simpang Tanah Perkuburan Islam Taman Delima. Tengah hari
panas. Tak dapat aku bayangkan jika sangkut di tengah kesesakan Jalan
Saujana Impian. Allah SWT mengaturkan segala. Aku teringat nak beli
akhbar Media Terkini. Sebab puisi aku terbit. Akhir bila kereta aku tak
boleh dihidupkan enjin; mati enjinnya tanpa amaran. Salah seorang Pomen
Di Raja rakan baikku lalu di jalan pintas tersebut nak ambil anaknya
balik sekolah. Dia yang tolong tenguk; tak selesai; kena tarik ke
bengkel. Hatta naik lori tariklah aku. Sampai di bengkel emm masalahnya
adalah distributor (alat agihan elektrik) kereta perangku memang nazak.
Palang pencucuh pun rasanya telah lama tak tukar; kabel agihan elektrik
pun dah teramat uzur.
2. Di FB awal pagi aku ada bergurau dengan Rakan FB tentang masalah tak ada kenderaan. Kereta perangku memang tak mampu berjalan jauh; sebab tayarnya ada masalah. Nak tukar dua tayar pastinya sekitar RM300. Duit memang banyak nak pakai. Sebelum Raya Haji aku telah berjanji dengan anak-anak nak belikan Komputer Riba sebab tiada lagi komputer sesuai untuk kami akses internet. Sedih Komputer Riba 1Malaysia aku telah memohon. Ikut ketua keluarga aku lebih daripada layak.
3. Banyak amat cikadak dari KPM dan pihak sekolah; hanya e-mel dan telefon dari guru sekolah yang aku terima; Mereka suruh aku rujuk ke Pejabat Pelajaran Daerah. Hulu Langat rakanku yang pencen jauh lebih banyak dariku (Tak sampailah RM3K) telah lama anaknya dapat; tak perlu merayu sana-sini; pihak sekolah yang uruskan segala. Borang memang diedarkan melalui sekolah. Tak apalah aku akan cuba menyimpan/menabung nanti ada yang persoalkan pendapatan satu keluarga melebih RM3K; sebabnya campur anak bini segala seisi rumah pendapatan kami dah memang bak jutawan; berjuta sebulan kut; (Berjuta-juta Rupiah)
4. Bajet nak beli basikal tua (Sudirman) pun masih tak lepas. Cadangnya bulan ni nak selesaikan semua bayaran. Emm bila kereta perang meragam paling tidak RM300 pasti habis. Bagi pesara jumpa RM100 pun sudah amat banyak. Aku bersyukur ada rakan yang kerja pomen dapat membantu. Selalunya tak kira jauh mana nak tarik kereta mestilah sekitar RM200; Tapi tadi Pomen Di Raja dapat ringankan masalahku dalam kos tarik. Dah selamat simpan di depan bengkel Pomen Di Raja.
5. Kereta perangku sangkut betul-betul di simpang Tanah Perkuburan Islam Taman Delima. Tengah hari panas. Tak dapat aku bayangkan jika sangkut di tengah kesesakan Jalan Saujana Impian. Allah SWT mengaturkan segala. Aku teringat nak beli akhbar Media Terkini. Sebab puisi aku terbit. Akhir bila kereta aku tak boleh dihidupkan enjin; mati enjinnya tanpa amaran. Salah seorang Pomen Di Raja rakan baikku lalu di jalan pintas tersebut nak ambil anaknya balik sekolah. Dia yang tolong tenguk; tak selesai; kena tarik ke bengkel. Hatta naik lori tariklah aku. Sampai di bengkel emm masalahnya adalah distributor (alat agihan elektrik) kereta perangku memang nazak. Palang pencucuh pun rasanya telah lama tak tukar; kabel agihan elektrik pun dah teramat uzur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan