Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Isnin, 26 November 2012

Hukum Memungkiri JANJI

 Sumber Suntingan : http://nurulhudajumri.blogspot.com/

 Tepati janji dan persoalaannya dalam Islam
- Ustaz Zainudin Hashim
orang yang memungkiri janji termasuk dalam kategori manusia yang dilabelkan sebagai talam dua muka, tindakan itu dilarang keras oleh baginda Rasulullah s.a.w., justeru mereka yang terbabit dalam kategori ini jelas disebut sebagai golongan munafik, wal 'iyazu billah.
Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Empat ciri jika seorang Muslim itu memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar melainkan selepas itu dia meninggalkannya:
"Jika diberikan sesuatu amanah dia cabulinya, jika dia bercakap dia berdusta, jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia bertelingkah dia celupar."
Jelas daripada apa yang ditegaskan Nabi melalui hadis tersebut di atas, membayangkan kepada kita betapa memungkiri janji adalah satu perbuatan negatif yang melayakkan seseorang Muslim itu digelar munafik, apa yang membimbangkan kita ialah golongan munafik ditempatkan Allah di bawah sekali dalam api neraka, tempat yang paling dekat dengan api yang membakar.
Sesungguhnya apabila seseorang Muslim itu mampu menunaikan sesuatu janji terhadap saudara Muslimnya yang lain, maka sebenarnya dia telah melakukan satu tuntutan agama yang amat besar dalam hidupnya, malah dia berhak mendapat naungan daripada Allah dalam segenap aktiviti kehidupan hariannya sebagai Muslim yang baik.


Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama - JAKIM
Kategori: Tasawwuf/Akhlak

Soalan:

apakah hukum memungkiri janji pada seseorang sekiranya janji itu melibatkan perkahwinan? maksud saya,teman lelaki saya berjanji untuk mengahwini saya dan saya telah berjanji untuk mengahwininya tetapi saya mahu menamatkan perhubungan kami kerana ciri2 dirinya tidak menepati pilihan saya.
Jawapan: Menunaikan janji adalah wajib. Sesiapa yang tidak menunaikan janji adalah munafik berdasarkan firman Allah yang bermaksud "sempurnakanlah janji-janji kamu" dan hadis Nabi yang bermaksud "Diantara tanda-tanda munafik ialah tidak menunaikan janji". Konsep janji adalah sama tanpa mengambil kira ianya melibatkan hal perkahwinan atau apa-apa sahaja. Oleh itu tepatilah janji dan kotakanlah apa yang di katakan.
Nota: 1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

(sumber ni saye petik dari JAKIM: http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/)

1 ulasan: