Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 1 Mac 2009

Kekasih ketagih seks ugut sebar klip bogel (Ceritera)


KUANTAN: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima hidup dalam ketakutan apabila mendakwa diugut teman lelaki yang mahu menyebarkan video seks dan gambar bogel jika enggan menuruti kemahuannya.

Kejadian terbabit mula disedari mangsa berusia 17 tahun berasal dari Kampung Sungai Pasu Gali, dekat Raub, apabila melihat perubahan pada teman lelakinya berusia 23 tahun yang menjadi pemarah serta panas baran jika kemahuan seksnya tidak dituruti.

Bagaimanapun, mangsa cuba berbincang untuk menyelesaikan masalah perhubungannya, tetapi teman lelakinya enggan dan menyatakan keinginannya mahu melakukan hubungan terlarang itu.

Difahamkan sebelum ini, mangsa bersama teman lelakinya itu beberapa kali melakukan hubungan seks sambil merakamkannya dengan menggunakan telefon bimbit.

Teman lelaki mangsa mengugut mengedarkan aksi bogel pelajar itu kepada rakan jika enggan menuruti permintaannya untuk melakukan hubungan terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata disebabkan takut ugutan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum membuat laporan di Balai Polis Raub, Jumaat lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, teman lelakinya enggan bersimpati dengan mangsa walaupun dirayu beberapa kali supaya tidak menyebarkan gambar bogel dan video seksnya itu.

Narenasagaran berkata, polis mengenal pasti identiti suspek dan akan membuat tangkapan dalam tempoh terdekat sebaik saja mangsa membuat laporan polis.

Harian Metro

Kekasih baru ugut sebar rakaman hubungan songsang pegawai bank

AMPANG: Nafsu songsang seorang pegawai bank yang gemar melakukan hubungan seks dengan kekasih sesama jantina dan merakamnya menggunakan telefon bimbit membawa padah apabila seorang kekasihnya yang baru dikenali hampir sebulan lalu bertindak mencuri telefon berkenaan.

Tindakan itu menyebabkan mangsa panik selepas menerima panggilan daripada kekasih barunya mengugut mahu menyebarkan gambar aksi panas yang ada dalam telefon bimbit berkenaan sekiranya mangsa tidak membayar wang kepadanya.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 39 tahun, bekerja sebagai eksekutif bank di ibu kota sebelum ini mempunyai ramai kekasih ranjang sesama jantina hasil perkenalan melalui Internet.

Menurutnya, selain gemar melakukan hubungan seks sesama jenis, mangsa gemar merakam dan menyimpan klip video atau gambar ‘panas’ berkenaan sebagai koleksi peribadi.

“Masalah bermula apabila mangsa dikatakan berkenalan dengan kekasih barunya berusia awal 30-an yang juga seorang lelaki tempatan.

“Difahamkan mangsa mengenali suspek pada 25 Januari lalu selepas saling berbalas mesej melalui laman sembang Internet,” katanya.

Menurutnya, hasil perkenalan singkat itu, mangsa dan kekasih barunya bersetuju membuat temujanji sebelum berakhir dengan hubungan ranjang.

“Ketika asyik melayani nafsu songsang, mangsa tidak menyedari telefon bimbit miliknya itu dicuri lelaki berkenaan.

“Mangsa menyedari kehilangan telefon bimbitnya itu mempunyai pelbagai kandungan ‘bahaya’ berasa bimbang sebelum membuat satu laporan polis,” katanya.

Menurutnya, sehari selepas membuat laporan polis, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek, kira-kira jam 2.15 petang.

“Suspek mengugut menyebarkan gambar dan klip video di dalam telefon bimbit mangsa melalui Internet supaya kegiatan mangsa diketahui umum termasuk keluarga dan rakan pejabat.

“Bagaimanapun suspek membuat tawaran dengan meminta mangsa membayar RM4,000 jika tidak mahu gambar berkenaan disebarkan,” katanya

Difahamkan, suspek mengugut supaya mangsa membayar wang ‘tebusan’ berkenaan sebelum Isnin ini

Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan