Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 31 Mac 2009

The University Of Nottingham (Singgahsana)


Aku tidak pasti siapa yang rajin membuka jurnal ini nun jauh di UK... The University Of Nottingham. Boleh dikatakan saban minggu dia rajin klik ke jurnalku ini. Mungkinkah kalangan tutor atau pensyarah dari Fakulti Kejut. Aku harapkan peminat aku ini tidak sampai terkilan apa yang kutulis. Memang benar dalam semua golongan ada masalahnya. Tak kira kita berada di mana.

Aku menyinggung dunia pensyarah bebaru ini lantaran kes yang bagiku bukan lagi kes terpencil. Rasanya saban tahun ada saja kedengaran masalah yang berbangkit lantaran sikap pensyarah kita yang makin dipersoalkan. Apatah lagi pelajar yang rapat dengan aku mengadu ada kalangan pensyarah yang menjadikan pelajarnya bagaikan jambunya. Selalu dapat markah tinggi lantaran tips yang diberikan kepada pelajar tersebut sering tepat.

Ada juga pelajar yang mengadu pensyarah yang baru dapar Dr tak pandai mengajar. Mereka perpaksa mencari bahan sendiri tiap kali masuk ke kos yang diajar. Ada pula pensyarah yang terlampau mengejar status; mahu cepat jadi Prof muda & asyik dengan penyelidikan. Malahan ada pensyarah yang sanggup tinggalkan pelajarnya lantaran dapat tawaran lebih baik. Maka tak hairan sampai ada pelajarnya bunuh diri lantaran pastinya berkait rapat dengan pembelajarannya. Aku memang pernah mempersoalkan apa rasionalnya RU ini. Aku yang terpinggir untuk berkhidmat selama 30 tahun pun amat berhubung kait dengan RU ini. Ruang makmalku diroboh untuk ruang penyelidikan.

Jika juruteknik yang tinggal berkhidmat mahu dibenci cubalah usik pelajar PhD atau master yang memang menjadi keutamaan pensyarah kini. Silap-silap akan ditukarkan bagi makan lembu di ladang. Pelajar peringkat Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (PhD) memang menjadi semakin manja lantaran kekinian kehadiran mereka akan mencecah 50% dari pelajar di kampus.

Tak ada ruginya menjadi seorang yang bijak pandai tetapi merendah diri. Tak ada ruginya menghormati jasa orang tua-tua lantaran tanpa mereka mana mungkin Fakulti Kejut itu boleh membangun. Bagiku pelajar tempatan anak bangsa sendiri seharusnya kita bangunkan. Asalnya keujudan universiti pun lantaran pelajar ini. Para graduan inilah yang bergadai bergolok mahu menimba ilmu. Kenapa ada sifat terlampau mementing diri sampaikan tidak lagi menjadi manusia normal. Syarat untuk menuju ke puncak pun semakin ketat. Maka memang akan jadilah masalah moral lantaran tak tahu lagi membahagikan masa antara wawasan diri, keluarga & masyarakat.

Perlulah diingat kerja sebagai pensyarah itu bagaikan Cikgu yang menjadi cermin masyarakat. Jangan sebab nila setitik satu tasik kejut habis tercemar. Amanah & jujurlah. Sebab kita ini hamba yang makan gaji; selalu ingat apa ertinya makan gaji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan