Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 1 Mac 2009

Tragedi asmara (Ceritera)


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

SUNGAI BULOH: Gelora liar seorang gadis kacukan yang cuba melepaskan nafsu bersama kekasih di dalam keretanya berakhir dengan tragedi apabila mangsa dirompak sekumpulan penjenayah sebelum dirogol beramai-ramai hingga hampir pitam.

Mangsa berusia awal 20-an sebelum itu dikatakan berdua-duaan di dalam kereta bersama ‘buah hatinya’ yang berusia 23 tahun di kawasan sunyi sekitar Sungai Buloh, kira-kira jam 6 pagi semalam.

Sumber polis berkata, ketika asyik memadu kasih, muncul sekumpulan tiga lelaki yang sebelum itu asyik memerhatikan aksi ‘panas’ mereka.

Menurutnya, kumpulan lelaki terbabit bersenjatakan parang menggertak mangsa dengan parang menyebabkan mangsa sedang berpelukan dalam keadaan separuh bogel terkejut.

“Dalam kejadian itu, mangsa dan pasangannya diugut menyerahkan barang berharga dimiliki termasuk wang dan telefon bimbit.

“Gadis terbabit yang ketika itu dalam keadaan separuh bogel dipercayai mengundang rasa ghairah lelaki terbabit mengambil kesempatan daripada peluang yang terhidang,” katanya.

Menurutnya, mereka bertindak mengikat tangan dan kaki teman lelaki mangsa sebelum meninggalkannya di tempat kejadian.

“Sejurus itu, lelaki terbabit melarikan gadis berkenaan dengan kereta ke kawasan sunyi jauh dari lokasi pertama. Sejurus sampai ke kawasan berkenaan, mereka bertindak memperkosa mangsa bergilir-gilir.

“Mangsa cuba melawan bagaimanapun diugut dicederakan dengan parang sebelum dirogol berulang kali,” katanya.

Menurutnya, selepas selesai meratah mangsa, mereka mengarahkan mangsa masuk semula ke dalam kenderaan sebelum ditinggalkan di bahu jalan sekitar Sungai Buloh.

“Kejadian rogol berkumpulan itu menyebabkan mangsa mengalami cedera ringan ditubuh. Mangsa segera membuat laporan polis berhubung kejadian rompak dan rogol berkenaan.

“Siasatan sedang dijalankan bagi memburu kumpulan penjenayah berkenaan yang disyaki terbabit beberapa kes samun dan melarikan kenderaan mangsa sebelum ini,” katanya.

Kejadian seumpama itu pernah dilaporkan berlaku apabila seorang gadis berusia 18 tahun yang berhajat melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya dalam kereta di kawasan tersorok akhirnya diculik sebelum diperkosa beramai-ramai.

Difahamkan, mangsa diperkosa bergilir-gilir tiga lelaki yang menyamar anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, pasangan terbabit yang menaiki sebuah kereta Honda dikatakan menuju ke arah Empangan Klang Gate di Taman Melawati, Hulu Klang.

Bagaimanapun, mereka yang berada dalam keadaan mencurigakan ditahan tiga lelaki mengugut membawa pasangan berkenaan ke balai polis kerana didakwa berkelakuan sumbang.

Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan