Oleh Murni Wan Omar dan Muhd Izawan Baharin
murni@hmetro.com.my
HULU KLANG: Keintiman pelakon muda, Memey dengan keluarga Norman Hakim bukan lagi rahsia, malah jelas kelihatan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, untuk prosiding kes khalwat pasangan berkenaan.
Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21, bukan saja sentiasa beriringan dengan Norman ketika berjalan masuk dan keluar mahkamah, malah kelihatan begitu mesra dengan ibu pelakon Gerak Khas itu, Kamariah Kamat, 66, hingga memanggilnya ‘mak’.
Bagi mendapat penjelasan Memey mengenai panggilan ‘mak’ itu, wartawan Harian Metro menghubunginya petang semalam.
Kata Memey, selepas kes khalwat itu, hubungannya dengan ibu Norman semakin erat, malah sering mendapatkan nasihat berhubung perjalanan hidupnya, termasuk karier sebagai pelakon.
“Pada saya bukan satu kesalahan memanggil dia mak,” katanya yang menafikan kemesraan mereka mengundang spekulasi kedua-dua pelakon itu kononnya sudah berkahwin seperti hangat digosipkan.
Memey menjelaskan Kamariah banyak memberi sokongan kepadanya supaya tabah menghadapi dugaan kes itu.
Menurutnya, dia menganggap Kamariah seperti ibunya sendiri, malah keluarganya juga mengenali rapat keluarga Norman.
“Jika ada apa-apa saya selalu merujuk kepada ibu sendiri atau ibu Norman kerana dia banyak memberi nasihat. Kadang-kadang juga kami selalu berhubung hanya sekadar bertanya khabar,” katanya yang memakai baju kurung putih berbunga serta berselendang merah jambu di mahkamah.
Sementara itu, Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 33, ketika ditemui selepas prosiding sebutan kali kedua itu, mengaku tidak menolak kemungkinan memilih Memey sebagai suri hidupnya andai ada jodoh.
“Jika sampai seru, ada jodoh dengan dia, saya terima, jangan risau kalau ada, kami akan umumkan, tiada apa yang kami mahu sorokkan,” kata Norman ketika diajukan soalan sama ada mereka akan berkahwin selepas selesai kes itu.
Ketika ini, dia berkata, mereka mahu selesaikan kes itu secepat mungkin, tetapi tiada perancangan berkahwin.
“Kami mahu memberi tumpuan terhadap karier masing-masing dalam menghadapi krisis ekonomi,” katanya.
Norman yang memakai kemeja merah putih, berseluar hitam dan bersongkok turut mempamerkan sikap ‘gentleman’ apabila membukakan pintu untuk membolehkan Memey masuk dan keluar dari mahkamah.
Ketika prosiding di dalam mahkamah, Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan 7 April depan untuk sebutan semula berikutan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hasan yang mewakili pasangan itu memaklumkan mereka sedang menunggu keputusan representasi.
Fakhrul Azman memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya sudah menghantar representasi pada 26 Februari lalu.
“Pihak kami sudah menghantar representasi kepada Ketua Pendakwaan Syarie Selangor bagi meminta mereka mengkaji dan meneliti semula pertuduhan dikenakan terhadap Norman dan Memey,” katanya.
Norman dan Memey tidak mengaku bersalah atas pertuduhan khalwat sedangkan mereka bukan mahram atau suami isteri di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Selangor 1995 untuk lelaki dan Seksyen 29(1)(b) untuk wanita, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000.
Masing-masing dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin hingga kes itu selesai.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor, Zusyarafain Yusof.
Harian Metro

Tiada ulasan:
Catat Ulasan