"Emak & ayah pelajar hanya boleh berjumpa pada hari Sabtu & hari Ahad sahaja" Dalam hatiku berkata, kenapa pula hak penjagaan secepat kilat boleh dirampas. Sedangkan anak-anak yang masih bawah umur 18 tahun adalah hak penjagaan emak & ayah mereka.
"Kecuali kecemasan...!"
Seharusnya ayatnya berbunyi begini.
"Ibu & ayah digalakkan melawat anak-anak ketika luar waktu belajar, sebelah petang atau bila-bila masa difikirkan perlu!"
Bagi aku menghantar anak-anak ke asrama ketika bawah umur; kita hanya menganak yatimkan mereka. Dalam usia remaja begini mereka amat perlukan perhatian ibu ayah. Mereka masih perlukan suasana keluarga & kasih sayang ibu ayah. Jika selepas SPM umur akan meningkat dewasa 18 tahun itu barulah anak-anak boleh menentukan haluan sendiri. Biarlah mereka mahu belajar di mana sekali pun. Berdikari dengan cara mereka sendiri di samping bimbingan kita.
Kenapa aku mengatakan ini, lantaran aku sendiri dari kalangan pelajar berasrama penuh. Sejak Remove Class hingga Form 5. Lantaran kurang amalan disiplin & jagaan sempurna pihak asrama, kami menjadi pelajar asrama yang terbiar. Hancur & punah segala cita-cita kami. Enam tahun aku di asrama, rakan aku semuanya menjadi perbagai golongan. Ada yang pandai sampai menjadi doktor perubatan. Alim menjadi Imam masjid negeri. Ada menjadi Dekan di Universiti, Ketua Pengarah, Prof, di samping itu ada yang jadi penjual ikan di pasar, askar, ada yang digantung mati kerana menjual dadah, ada yang tak siuman masuk Tanjung Rambutan & aku sekadar menjadi Buruh & Penyair jalanan.
Yang berjaya menjadi Dekan, Doktor atau Prof lantaran sedari awal sedar diri & lari dari asrama kami yang terbiar itu. Mereka lari ke asrama yang lebih berdisplin; lebih terkawal bukan terbiar seperti asramaku. Aku hanya sedar tiga bulan sebelum mengambil MCE. Aku berhenti sekolah & minta keluar dari asrama lantaran tak tahan dengan masalah Gengsterism. Aku masih ingat aku tidak bersekolah tiga bulan sebelum aku mengambil peperiksaan penting. Titik fasal itu; sedih jika diingati. Kesilapan rasanya bukan sekadar pada diri sendiri tetapi pengaruh & amanah yang diberikan tidak dapat dilaksanakan lantaran terlampau kontrasnya tingkah laku kami di alam remaja.
"Balik kampung pula kami akan berikan jadual. Sebulan hanya boleh balik kampung dua kali..." Tambah Pengetua Sek Aziq; Bagi aku tak kisahlah mahu balik tiap minggu atau sebulan sekali; janji tekun belajar. Di rumah mahu pun di asrama jika ada kesedaran diri pasti boleh belajar & akan berjaya. Bukan sedikit pelajar asrama yang gagal. Sebagai contoh ada rakanku hanya sekadar jawatan juruteknik, asalnya dari MRSM. Ada juga anak rakanku dipecat dari MRSM lantaran pelajarannya merudum. Bukan sedikit anak-anak & rakan kerjaku yang belajar luar negara & berpangkat besar dari sekolah biasa sahaja.
Jadi kenapa Aziq dihantar ke sekolah berasrama penuh?. Jika telah menghayati jurnal aku sedari awal pasti telah tahu punca angkaranya. Bagaimana pun tak kisahlah, dari pengamatan aku Sekolah Teknik Gombak nampak teratur. Ianya tidak bercampur dengan pelajar vokasional. Selalunya jika semua jurusan teknik senang mengawal disiplin mereka. Lagipun dekat dengan Jenaris, jika MRR2 tak sesak dari sana sekitar sejam tentunya boleh sampai ke Jenaris. Tidak ada sebab Aziq tak boleh balik ke rumah atau aku & Mila boleh melawat dia di sana.
Bila Aziq tiada di rumah tinggal kami empat beranak terasa teramatlah sunyinya. Jika dia ada di rumah memanglah amat payah megawal tingkah lakunya, asyik MySpace, cit cat, mainan komputer, komik & entah perbagai lagi perkara yang melekakan. Tiada dia di rumah terasa amat sunyinya.
Posted on 4.3.2009 at 8:13 PM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan