HULU KLANG: “Kita tunggu dan lihat sajalah,” kata pelakon Muhaizat Ahmad Mustapha, 37, atau Ako Mustapha (gambar) selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, menetapkan 21 April ini untuk keputusan kes khalwatnya dengan seorang jurusolek.
Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad dalam keputusannya menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie, Zuri Zabuddin Budiman memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau baru dilantik dan sehubungan itu memerlukan masa menyediakan rayuan bagi meringankan hukuman.
Wan Mahyuddin dalam keputusannya juga membatalkan waran tangkap yang dikenakan terhadap Ako selepas pelakon itu gagal hadir ke mahkamah untuk kali keempat.
Ia berikutan, selepas waran tangkap dikeluarkan, Ako datang menyerah diri ke mahkamah pada 20 Januari lalu dan membuat pengakuan bersalah serta dikenakan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.
Mengikut fakta kes, Ako ditangkap ketika berdua-duaan dengan Anang Sagunting yang bukan mahramnya sehingga menimbulkan syak melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan