Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 1 Mac 2009

Teman lelaki peralat jururawat ditahan (Ceritera)


KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama memperalatkan seorang gadis sebagai pemuas nafsu, seorang lelaki akhirnya ditahan polis, susulan laporan dibuat mangsa Rabu lalu, mendakwa suspek mengugut akan mendedahkan gambar bogelnya.

Difahamkan, suspek menggunakan gambar tidak bermoral itu sebagai senjata untuk mengugut gadis terbabit yang bekerja sebagai jururawat selepas meminta untuk memutuskan hubungan mereka berikutan tidak tahan sikap suspek yang panas baran.

Dalam kejadian jam 6 petang Khamis lalu, suspek berusia 24 tahun ditahan polis selepas dia muncul di kondominium didiami mangsa di Setapak di sini dipercayai untuk bertemu gadis itu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan kejayaan pihaknya menahan lelaki terbabit.

Katanya, ketika kejadian, suspek yang tidak sedar dia memasuki perangkap pergi ke rumah mangsa dipercayai untuk berbincang serta menyelesaikan masalah mereka.

“Hasil pemeriksaan kami turut merampas beberapa keping gambar tidak bermoral mangsa daripada suspek.

“Dipercayai semua gambar berkenaan diambil suspek tanpa pengetahuan mangsa dan digunakan untuk mengugut gadis itu,” katanya.

Difahamkan mereka saling mengenali sejak 2007 dan mangsa mendakwa sepanjang tempoh itu suspek memaksanya melakukan hubungan seks beberapa kali.

Mangsa yang tidak tahan diperlakukan demikian meminta memutuskan hubungan.

Zakaria berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes terbabit.

Berita Harian

Pasangan peras ugut
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Mereka bagaikan ‘pasangan iblis’ apabila bijak menggunakan laman sembang di Internet untuk memerangkap lelaki miang yang kemaruk seks sebelum menyamun serta mengugut mangsa menyerahkan wang tunai hingga mencecah RM50,000.

Episod penipuan pasangan suami isteri itu bermula dengan si isteri menggunakan kata-kata manis dan berunsur lucah untuk menggoda mangsa, terutama di kalangan lelaki muda berduit ketika bersembang dalam tempoh tertentu.

Apabila semakin intim di alam siber, mangsa akan diajak berjumpa di lokasi tertentu.

Dalam pertemuan itu, wanita terbabit berpura-pura meluahkan perasaan kononnya dia kehausan seks disebabkan sudah lama tidak dilayan suami.

Dia menetapkan temujanji kedua dengan mangsa di hotel untuk bermadu kasih.

Ketika mereka bertemu di bilik hotel, si suami tiba-tiba muncul lalu mendakwa wanita itu isterinya.

Dengan wajah bengis dan garang, si suami berlakon seolah-olah bengang dengan tindakan isterinya bermain kayu tiga dengan lelaki lain.

Dia juga menuduh mangsa cuba menggoda isterinya.

Si isteri pula akan turut berlakon dengan mendakwa mangsa yang dikenali melalui laman sembang memaksanya melakukan hubungan seks.

Akibatnya, lelaki itu dibelasah sebelum barang berharga miliknya seperti wang, jam tangan, telefon bimbit dan wang tunai dirampas.

Sebelum meninggalkan mangsa, pasangan suami isteri itu mengugut mangsa untuk menghebahkan perbuatan curangnya kepada orang ramai.

Untuk menutup rahsia memalukan itu, mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai upah menutup mulut.

Mangsa yang terpedaya dengan drama pasangan itu akan menuruti kehendak mereka.

Tipu muslihat pasangan iblis itu diceritakan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong di sini, semalam.

Chong mendedahkan setakat ini, dia menerima tiga kes membabitkan pasangan terbabit.

Katanya, dalam satu daripada aduan itu, mangsa mendakwa terpaksa membayar RM50,000 kepada pasangan berkenaan bagi mengelak rahsianya terbongkar.

“Perbuatan dan perancangan pasangan terbabit begitu licik hingga mangsa tidak menyedari mereka sebenarnya ditipu,” katanya yang percaya ramai lagi menjadi mangsa mereka.

Dia meminta mangsa lain tampil untuk melaporkan kegiatan penipuan pasangan itu.

Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan