Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Isnin, 6 November 2006

Kenapa Terputus Cinta Yot ( MMms 4 )


Memang payah untuk aku melupakan tiap kali berkunjung ke rumah Yot ada saja halangan. Dari tak dapat melihat Yot akad nikah hinggalah selalu amat sesat larat tiap kali ke sana. Yong Muda aku panggil Yong juga, bekas isteri Yot yang pertama Yong Yah aku panggil Yong juga. Memang kalau di Perak yang sulung jika anak lelaki dipanggil Yoep yang perempuan pula Yong. Nama panggilannya Yong Muda di pejabat ialah Zaaba. Dia isteri kedua Yot setelah berpisah dengan isteri pertamanya Yong Yah. Yong Muda berkerja di Kuala Lumpur.

Kalau dulu berulang alik dari Klang ke Kuala Lumpur dengan kereta memang mudah, sebab Yot memang kena mengambil bas ke KLIA di Pejabat Pos Besar dekat bangungan Dayabumi, tetapi sekarang Yong Muda terpaksa menaiki bas kemudian komuter. Kadang-kadang anak saudaranya Amar menghantar dia. Yong Muda memang memiliki kereta sendiri, dia berkongsi membeli kereta tersebut dengan Yot. Cumanya dia tidak pandai memandu.

" Abang Along cam ke jalan nak pergi ini..? " Tegur Mak Alang menganggu hayalanku.

" InsyaAllah... sudah kerap kali sesat, selalu sangat sesat hafal kot jalannya "

" Lebat sangat hujan ini... nampak ke jalan? "

" Kita kena perlahan-lahanlah, memang berkabus amat jalan ini "

Mak Alang yang lebih banyak bercakap, dia duduk di bangku tengah; Mila yang duduk di sebelahku senyap saja. Tentunya dia juga melayan lamunannya. Alahai memang pun Mila macam itu. Tak banyak berbual. Apatah sejak dia tinggal di Pulau Carey ini. Banyak sangat perlakuannya merisaukan aku.

Bab berbual dengan aku satu hal. Amat kurang. Jika ke Jenaris suka mengurung diri sendirian di kamar atas. Telefon bimbitnya pun terlalu banyak SMS sesat. Amat jarang mahu berjauh dengan telefon bimbitnya. Malahan banyak sangat panggilan yang tidak dikenali. Terkadang sikap terlalu percaya aku kepada kebebasan Mila menggunakan telefon bimbit boleh membuatkan dia sesat dengan pengaruh luar. Pernah aku terpaksa menghentikan khidmat nombor telefon bimbitnya lantaran terlalu banyak masuk talian dari khidmat ON DAPAT & entah apa lagi. Bermula dengan khidmat membeli nada deringl sahaja; kemudian bertali arus datang perbagai SMS yang terkadang menyedut duit dari akaun telefon bimbitnya.

Seyogia aku bagaikan pening sendirian bila memandu begini. Tiada kawan berbual terpaksa melayan fikiran sendiri ketika memandu. Lalu laguan dari mp3 modulator banyak menemani aku. Bilamana telah bosan dengan lagu-lagu di mp3 modulatorku itu aku selalu buka FM Klasik Nasional. Terkadang Asyik FM lain dari yang lain.

Aku terbayang wajah Yong Yah. Rasanya sudah lebih dua tahun tak jumpa dia. Akupun sudah lupa bila kali terakhir ke rumahnya di Kampung Nakhoda, Selayang. Kalau tidak silap aku paling akhir pergi beraya dengan Kak Nomie dan anak-anaknya dua tahun lalu. Masa itu kereta Wira Mila sangkut di pekan Selayang Baru. Termasuk longkang. Sangkut dalam hujan juga. Asyik hujan sahaja bilamana raya. Masuk longkang & hari pula hujan. Bauangkan. Nasiblah ada ramai yang tolong angkat kereta. Masing jadi badang, selamat kereta itu.

Anak Yot dengan Yong Yah ada tujuh orang. Yang sulung si Ju kawin dengan anak Zami Ismail, Pak Uda pelakon yang kerap di TV itu. Abang kepada Mat Rock. Aku cuma sekali dapat berbual dengan Pak Uda masa Ju nak nikah. Aku jadi saksi untuk isi borang nikah di Pejabat Agama bersama Pak Uda yang jadi wali anaknya. Suami Ju nampak lebih kacak dan putih orangnya berbanding Mat Rock.

Sesungguhnya aku amat payah menerima kenyataan yang Yot dan Yong Yah boleh berpisah, sedangkan anak mereka ramai. Cinta merekapun bukan cinta sebarangan. Penuh dengan ceritera & onak durinya. Masa mereka berpisah pun anak mereka sudah besar-besar. Malahan sudah bercucu. Ju anak yang sulung masa itu telah ada seorang anak. Ju memang tinggal bersebelah sahaja dengan emaknya. Kampung Nakhoda laksana tanah setinggan. Bertaburan & rapat-rapat. Tapi rumah Ju cantik dan selesa jika dibanding dengan rumah Yot. Rumah Ju dibina cantik, di ruang tanah Yot juga.

" Dah sampai dah ni... Macam mana ini Mila, lebat sangat hujan ni.! " Aku cuba menganggu lamunan Mila isteriku.

" Payung banyak kan kat belakang tu..! "

" Ayahnya sudah keluarkan dari kereta ini, semak sangat.. " Jawabku perlahan.

" Hah baguslah tu " Sergah Mila.

" Satu dua ada kot.. Aziq tolong cari kat belakang tu " Selalunya aku suka suruh Aziq dalam banyak hal.

" His.. Aziq saja yang kena cari... " Sudah agak memang itu ayat Aziq, dia memang pantang kena suruh buat kerja. Maka itu aku suka suruh dia.

Bagaikan nak bergaduh emaknya bergilir-gilir mengirinigi anak-anaknya keluar kereta dengan dua buah payung. Ada kereta yang menghalang di depan rumah teres kepunyaan Yong Muda. Lantas basah kuyup Mila lantaran cuba menyelamatkan si Azim & Anif dari dibasahi hujan. Budak-budak memang suka hujan. Memanglah payah nak memayungkan dua beradik yang macam kembar itu.

" Aziq kemudian iyer.. tolong ayah tenguk-tenguk nak cari tempat letak kereta... "

Tak habis cakap Aziq sudah meluru lari dalam hujan lebat. Kemudian nampak dia ambil payung dari ibunya, kembali ke kereta.


Hujan ooo Hujan kenapa kau tak turun... gara-gara si kodok takutkan ular kot tu yang panggil hujan ... menjadi-jadi lebatnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan