Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 2 November 2006

Arni rindu 2 puteri ( Siri Cerita Ceritera )


Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad dan Zaid Salim

KUALA TERENGGANU: Bekas isteri Awie, Arni Nazira, 28, menitis air mata ketika meluahkan perasaan kerinduan terhadap dua anaknya, Puteri Aleeya Antasha, 6, dan Puteri Aleefa Antasha, 3.

“Ibu mana tak sayangkan anak. Saya yang mengandung dan membesarkan mereka. Kini, hanya perbualan telefon mampu melepaskan rindu ini,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Sangsura di sini, semalam.


Arni dan Awie atau Ahmad Azhar Othman, 38, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan pada 16 Oktober lalu.

Dalam perceraian itu, Arni, seorang pelakon dan penyanyi, dikatakan menyerahkan penjagaan dua anak mereka kepada Awie yang mengaku turut mendirikan rumah tangga dengan seorang model, Rozana Misbun, 20-an, lebih setahun lalu.

Bagaimanapun, status penjagaan anak itu menjadi tandatanya apabila Arni terus menutup mulut ketika dikaitkan dengan kerelaannya menyerahkan kepada Awie.

“Mengenai hal anak dan perkara lain, saya rasa tidak mahu memberikan sebarang penjelasan buat masa ini dan menanti masa sesuai untuk berbuat demikian.

“Saya bersyukur kerana dapat beraya dengan mereka pada Aidilfitri keempat di rumah nenek saya di Kuantan sebelum mereka dihantar semula kepada Awie pada Aidilfitri keenam di Kuala Lumpur,” katanya yang masih terkejut dengan keadaan yang yang berlaku.

Arni berkata, dia meminta izin untuk mengambil anaknya di rumah keluarga Awie di Kuala Lumpur sambil ditemani ibu dan bapanya.

Dia menggunakan dua hari yang singkat itu untuk bermesra dengan mereka selain membawa berjumpa dengan saudara-mara di Kuantan.

“Sebenarnya, ibu dan bapa saya banyak memberi sokongan ketika menghadapi saat getir seperti ini,” kata anak sulung tujuh beradik itu yang kini mengambil sikap berdiam diri.

“Saya tidak mahu mengambil sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kecelaruan,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Anuar Jaafar, 52, bersyukur kerana harapan untuk beraya dengan cucu kesayangan dimakbulkan Allah.

“Doa untuk mendakap dan beraya dengan mereka dimakbulkan walaupun ibu dan bapa mereka berpisah beberapa hari sebelum Aidilfitri,” katanya.

Anuar berkata, walaupun singkat, Aidilfitri kali ini cukup bermakna kerana kehadiran Arni dan dua cucunya itu memang dinantikan selepas kemelut perceraian yang berlaku.

“Saya juga gembira melihat Arni ceria melayani dua anaknya dan kami sekeluarga walaupun dia mungkin masih memikirkan isu perceraian itu,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keputusan Arni menyerahkan dua puteri kesayangan kepada Awie, Anuar berkata, hati bapa memang menyedari kesedihan Arni.

“Saya tidak mahu campur tangan kerana dia mungkin tahu mana yang baik untuk dirinya,” katanya.

iDAN
Menulis

Ceritanya sama yang kerap aku lafazkan. Anak-anak akan jadi mangsa bilamana terjadinya perceraian. Ceritanya sama bagaimana aku terkadang sampaikan mahu melarang & mengharamkan semua perceraian, tapi semua tahu agama mengizinkan Islam mengizinkan. Mana boleh kita nak langgar agama. Ceritanya sama saja bagaikan masih terasa hangatnya airmataku ketika umurku lima tahun.

" Mana emak... apak... emak pergi mana apak " Rengetku ketika kehilangan emak waktu umurku sekecil itu.

Apak sudah buat laporan Polis isterinya dua orang hilang!, lari dari rumah, lantaran dia nikah lagi satu. Aku mengejar jejak emak malam buta di Malim Nawar, pergi ke rumah Cek Peah di Kampung Durian Sekah. Emak hilang, emak entah pergi mana. Emak lari dengan Cek Peah.

Itu imbasan cerita dulu, tentunya cahayamata Arni juga sebak dada. Menangis hiba dengan perpisahan emak ayah mereka.

Kita sekadar tahu perasaan Arni, bagaimana perasaan anak-anak dia. Apa Awi nak cakap dengan anak dia. Nak kata ke emaknya si Arni tu jahat maka itu ayahnya Awi tak boleh lagi tinggal bersama. Tak boleh lagi tidur sebantal. Maka itu Awi kawin lagi.

Ceritanya sama bagaimana Dr Bambang, berpisah dengan anak bungsunya di Bandung. Anak nangis-nangis di telefon bimbit. Emak pedih rasa. Ayah menahan sebak dada. Anak bagaimana?. Masyarakat keliling pula kata apa. Media memang mendedahkan, cerita sensasi. Tapi hati-hati yang terluka nak diletak di mana?.

Tapi boleh rujuk, payah kita temui bab rujuk dalam dunia artis; Perceraian untuk mengajar, mendidik pasangan agar kembali berbaik, boleh rujuk sampai dua kali perceraian. Barulah timbul masalah talak 3. Masalahnya mahu ke pasangan bercerai rujuk semula, apatah lagi kalau sudah ada orang ketiga; Si jantung hati yang melekat di rahang nafsu-nafsi. Payah!. Memang tidak akan timbulnya istilah rujuk itu.

Kita tak mengambil iktibar kenapa Islam mengadakan rujuk itu. Itu kita tak ambil tahu. Malahan ada yang sampai nak jatuhkan talak tiga sekali gus. Marah sangatlah tu..mana ada kitab izinkan begitu. Tak pernah terfikir pasal anak-anak bila telah berbalah. Tak mahu menatap mata jernih anak-anak. Bagusnya kita, masing-masing menuduh pasangan kita mementingkan diri sendiri, bagus; Memang bagus bercerai-berailah kita, rumahtangga itu bagaikan masjid bagi pasangan berkahwin. Bagus! robohkanlah masjid itu. Robohkan. Memang Tuhan kita tak marah! fikirlah macam itu. Sumbat fikiran macam itu. Hidup hanya sekali kan... Nak buat apa susahkan diri, peningkan otak itu nak betrbaik semula...Nak buat apa cari jalan damai. ..; Biar bertambah ratusan lagi ibu tunggal di negara Islam ini. Huh!. kljq2lxdj2xdyift... aku bosan sangat nah hayati semua ini.

TV3 bagaikan jadi media kawin cerai, tadi Ghandi mengadu pada aku.

" iDAN itu TV3 tak ada cerita lain ke?, cerita kawin cerita cerai, kawin cerai suka sangat cerita macam tu..." Bising dia di depan Stor Ana.

Memang berita itu yang orang kita syok, nak buat macam mana. Mungkin semalam ada kes Ajai dengan Nurul kot. Aku tak menonton berita TV3 semalam. Lewat balik lepak di makmal; kena kurung di hujan.

" Kalau tenguk Ajai tu macam baik sangat, kenapa dengan Nurul...apa masalah mereka memang kita tak tahu... dah artis namanya lagi bercerai lagi glamour!.." Sungutku... Anapun mengakuinya.!

Cuba bilang di dunia artis kita berapa ramai sudah jadi ibu tunggal. Peminat hiburanpun nak ikut juga. Bagus! memang negara kita akan pecah rekod ibu tunggal teramai di dunia... eloklah macam itu.

Titik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan