Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 4 November 2006

Jenaris (MMms)


Dinihari, Anif begitu liat ingin meninggalkan bantal busuknya. Jam dinding baru menunjukkan jam 5:43 pagi. Azim anak yang tak banyak kerenah, mencapai tuala menuju bilik air atas. Membuka paip pemanas. Menggosok gigi.

“ Tak adapun ibu tualanya…” Sungut Anif.

“ Itu yang tergantung itu, pakai saja yang mana-mana, cepat kita dah lambat ni..”

Aku mengalih tidur, mengiring di bahu kiri pula. Bahu kanan terasa bagaikan dibekam. Sengal. Tidur mengiring ke kanan sunat tapi lantaran badanku yang semakin berisi membuatkan tak termampu aku sepanjang malam mengiring ke kanan. Aku nampak Mila sudah membentang sejadah. Ingin sembahyang subuh. Lampu kelimantang terlalu terang menyilaukan mataku. Aku akan sakit kepala tiap kali kalau terjaga dengan silauan terang lampu. Aku bangun perlahan-lahan dengan mata yang masih mengantuk berpindah markas tidur ke kamar panjang bawah. Lepak di cadar bunga berlatar hijau. Memang nyaman tidur di kamar panjang ini dengan dua kipas angin berputar laju. Bersama Afiz bersama Aziq.

Afiz memang liat untuk bangun paling awalpun boleh dikejutkan sekitar jam 6:15 pagi. Itupun terkadang lewat ke sekolah lantaran sudah dikejutkan dari kamar panjang sambung pula tidur di kamar atas. Aziq lagilah bermasalah, pasti tiga peringkat dikejutkan barulah boleh bangun. Aziq kena awal bangun sebab dia selalunya menumpang ustazahnya ke Sekolah Agama Batu 10. Masalah utama Aziq ialah paling lama di bilik air. Lima belas minit di bilik air bawah itu biasa; memang biasa. Belum lagi di bilik air atas. Bilik air bawah selalunya untuk gosok gigi atau buang air sahaja. Sebab tiada pemanas air. Memang bilik air atas jadi tumpuan. Aku pula ikut cuaca, kalau rasa sejuk sangat baru guna bilik air atas. Jika rasa panas memang aku suka di bilik air bawah sahaja. Curahan air lebih laju.

“ Ya .. Allah budak ni… tak mandi lagi… tiap pagi macam ini, cepatlah Anif…”

Sayup aku terdengar suara Mila menahan sabar di tingkat atas.

“ Ayahnya boleh sambung tidur, tak ingat nak subuh ke?… Afiz bangun cepat sudah enam lebih ni… roti ada bawah tudung saji tu, ibu dah sediakan telor separuh masak. Cepat bangun tak tergesa-gesa nanti nak sarapan perbagai…” Desah Mila. Tiba-tiba saja sudah muncul di bilik panjang.

Aku teringat Avanza Mila yang masih belum dipanaskan enjin. Selalunya aku yang rajin tulis kilometer di buku log. Selalunya jika Mila berulang-alik dari Jenaris ke Pulau Carey memang sehari dalam 157 km. Bilamana sudah tinggal berasing begini memang aku tidak tahu berapa kilometer sehari Mila menggunakan Avanzanya. Ada baiknya aku tulis buku log itu.

Aku mencapai kunci pintu, emmm lampu luar sudah terpasang pintu telah dibuka, pintu pagar juga telah terbuka luas. Tentunya Mila memang bangun awal. Aku menghidupkan enjin.

“Isk… kasarnya bunyi enjin kereta Mila ini, aku nampak semua barangan telah tersusun di dalam Avanza. Jam berapa Mila telah bangun…” Aku berbisik dalam hati.

“51511” Aku melihat meter Avanza, nampak bersih dalam Avanza Mila. Semalam aku memang bising. Terkejutpun ada.

“ Hampir 18 tahun tak pernah ibu nak vakum kereta, apa pulak mimpinya ibu Anif tu… cuba tanya ibu Anif…” Bisik aku pada Anif.

Anif terkedek-kedek melihat ibunya vakum Avanza. Memang aku yang selalunya membersihkan kereta Mila, sejak pakai Charade lagi. Seingat aku kami mula memakai kereta sejak tahun 1988. Memang jarang sekali Mila membasuh kereta.

“ Ngapa!?… syak yang bukan-bukan ke? takkan nak biarkan kereta tu macam bakul sampah… kalau tiap hari Mila tak suruh India di opis tu cuci kereta Mila tu memang macam belacan kotornya… awak tu bangun tidur makan, bangun tidur makan…!” Tetiba Mila datang menyerangku. Entah bagaimana Anif cakap sampai ibunya datang menyerang. Malas nak fikir kisah semalam. Sudah lazimnya Mila lantang begitu.

“ Isk takkan baru sesekali basuh kereta, penat kemas rumah sudah nak mengamuk, hari-hari dari subuh sampai jam lapan abg kemas rumah tak kisahpun” Bukanlah nak mengungkit.

“ Tanya Aziq.. lama kan Aziq tak basuh pinggang mangkuk”

Haziq senyap, buat tak dengar sahaja.

Memang dalam bulan puasa selalunya dari jam 4:30 pagi bila bangun sahur, aku akan mengemas rumah. Dari dapur sampailah ruang tamu. Kerja rumah nampak sahaja mudah, tapi memang memenatkan. Habuk kalau seminggu tak dicuci memang akan nampak berdakilah semua.



Perasan tak ada botol macam botol aladdin ... itu adalah kenangan yang masih cantik dari Arwah Opah Bi (Opah kepada AC Mizal )

Asal dipos pada 29.10.2006 at 10:17 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan