Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 2 November 2006

Saya mohon maaf ( Ceritara )


Saya mohon maaf – Surayud Kerana dasar-dasar tidak bertolak ansur di selatan Thai oleh kerajaan lalu

PATTANI 2 Nov. – Perdana Menteri Thailand, Surayud Chulanont memohon maaf kepada penduduk Islam di selatan Thai hari ini kerana dasar-dasar tidak bertolak ansur yang diambil oleh kerajaan lalu.



SURAYUD Chulanont menyatakan sesuatu kepada pemimpin penduduk Islam dalam pertemuan sempena lawatan beliau ke selatan Thai di Pattani, semalam. – AFP.

Dasar sedemikian dilihat oleh banyak pihak telah memarakkan pergolakan di tiga wilayah selatan Thai.

Ketika berucap kepada 1,000 pemimpin dan penduduk Islam di sini, Surayud berjanji untuk menyiasat kehilangan penduduk Islam sejak pemberontakan pemisah bermula pada awal 2004 di samping menyingkirkan pegawai kerajaan yang korup dan menyalahgunakan kuasa di selatan Thai.

“Saya datang ke sini untuk memohon maaf kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan masa lalu dan masa kini,” kata Surayud sambil memohon bantuan untuk menamatkan keganasan yang telah meragut 1,700 nyawa.

“Saya datang ke sini hari ini untuk menemui semua orang dan menyatakan, ‘salah saya, saya minta maaf’,” kata Surayud yang mengaku bahawa sebagai bekas ketua tentera, beliau telah gagal menentang dasar-dasar kekerasan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Insiden Tak Bai, dengan lima orang dibunuh oleh tentera dalam satu demonstrasi di depan balai polis, dikritik masyarakat antarabangsa apabila 78 penduduk tempatan lain ditimbun atas satu sama lain di belakang sebuah trak tentera pada bulan puasa, 25 Okt, 2004.

Ramai pemimpin tempatan menganggap tragedi itu serta insiden Kerisik menyebabkan meningkatnya keganasan di tiga wilayah selatan iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat, namun kerajaan Thai tidak menghukum mana-mana pegawai yang terlibat.

Surayud turut melahirkan hasrat untuk mendekati golongan muda Islam dalam usaha untuk menamatkan pergolakan di selatan Thai sejak tiga tahun lalu.

Surayud, bekas komander tentera yang dilantik sebagai Perdana Menteri sementara pada 1 Oktober lalu berikutan rampasan kuasa 19 September, berucap kepada lebih 1,000 guru, pegawai tempatan, pelajar dan penduduk kampung Islam di sebuah hotel di sini.

Sambil mengakui bahawa salah laku sesetengah pegawai kerajaan telah memarakkan semangat puak pemisah di selatan Thai, Surayud berkata, beliau mahu ‘kakitangan awam yang baik bekerja di sini dan mereka yang jahat disingkirkan dari rantau ini.’

“Saya sendiri mahu menemui golongan muda di rantau ini dan saya mahu awak membantu membetulkan tanggapan sesetengah golongan muda yang mungkin telah diperdayakan,” katanya dalam perhimpunan yang disiarkan ke seluruh negara itu.

“Tidak ada perkara lain yang mengatasi keikhlasan saya untuk menyelesaikan masalah ini dan saya mengharapkan kerjasama daripada seluruh masyarakat, termasuk golongan muda,” katanya.

“Inilah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.”

Junta tentera Thai dan Surayud telah menyatakan keutamaan mereka adalah untuk menghentikan keganasan di selatan sambil berjanji untuk mendengar rungutan penduduk Islam dan menangani kezaliman yang dikatakan menjadi punca pemberontakan.

Kerajaan baru juga melahirkan kesediaan untuk berdialog dengan puak pemberontak.

– AP

iDAN Menulis


Saya memang meilhat VCD tentang keganasan yang dilakukan oleh pihak kerajan Thai di Tak Bai. Memang tiada langsung nilai kemanusiaan & rundingan yang dapat dilihat. Manusia yang namanya Orang Islam diperlakukan macam binatang. Dihumban di trak bagaikan nangka busuk, kemudian keluarga menunggu di rumah cuma dihadiahkan dengan jenazah.

Memang perbalahan antara kaum, agama & dendam sejarah yang berlaku di bumi ini terkadang kita manusia bertindak jauh lebih ganas & kolot dari binatang. Kenapa iyer terkadang manusia sanggup menyembelih manusia. Berbunuhan sesama manusia saban hari berlaku. Kita terlalu rakus dengan kuasa, harta & terkadang cuma berpunca dari perempuan. Sikap kita yang sering tak senang melihat orang lain senang, dengki lagi kianat menjadikan kita manusia paling hina di dunia & akhirat nanti.

Kejadian di Selatan Thai memang boleh berlaku di mana-mana pelusuk dunia jika kemanusiaan kita semakin sifar. Tiada kemanusiaan. Kita makin fakir fikir untuk mencari jalan damai. Berjihat dengan kekerasan bercampur aduk dengan berjihat dengan nafsu yang terkadang sampai melupakan nilai ukhwah & dakwah. Mana ada simpati lagi.

Memang inilah namanya manusia, yang memang lahir ke dunia inipun lantaran tidak dapat mengawal nafsu & akibat melanggar pantang larang Allah Azzawajalla. Maka itu kita kena ada imam atau ketua yang baik lagi soleh bagi memandukan kita ke arah Al Quran & Sunnah. Jika kita sendirian & punyai ketua sendiri yang rakus lagi leka dengan kemewahan memang tambah melaratlah kita. Senang sangat para dajalnya syaitan menyesatkan kita.

Apakah ertinya pohon maaf ini?, kepada waris mereka yang pergi dengan peristiwa Tak Bai ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan