Tak habis cakap Aziq sudah meluru lari dalam hujan lebat. Kemudian nampak dia ambil payung dari ibunya, kembali ke kereta.
Avanza yang kemek pintunya aku letakkan di depan rumah jiran abg Yot, aku tak pasti jiran Yot itu cina atau Melayu, sementelah aku tidak pernah nampak pun penghuni rumah itu. Rumah lot tepi itu memang cantik diubahsuai sudah tak macam bentuk rumah teres.
" Yong mana Yot ni tak nampakpun dia..." Aku tertanya Yot setelah aku makan kuih raya dengan oren F&N.
" Ada kat atas tu, kejap lagi dia turunlah tu.." Yong Muda semeja dengan Mila & anak-anakku.
Aku, Pak Alang & Amar semeja dekat dengan TV. Jet Li tengah berkungfu di TV. Jadi leka Pak Alang & Amar. Tak berbualpun. Aku sekadar menumpang sembang Yong Muda dengan Mila.
" Degil sangat dia Mila, tak mahu mahu berpantang. Kadang-kadang bila petang orang tak di rumah dia senyap-senyap ke kedai beli nenas. Nenas bukan ke bisa. Dia beli sebiji letak dalam peti ais. Yong bising bila tenguk dia makan nenas tu... Bisa nenas tu ...lagipun kan ke nenas itu banyak air.. " Yong bercerita tentang kedegilan Yot, Mila nampak betdiri depan kipas angin mengibas-ngibas baju rayanya yang memang basah.
" Memang Yong ... Yot tu memang degil ... sama macam dia dengan Yong Yah dulu... macam perangai apaknya.." Bisik aku dalam hati. Malas nak pecah tembelang Yot. Aku nampak Mila senyum-senyum saja.
" Habis tu... kalau Yong kerja siapa hantar dia ke klinik untuk hemodialysis itu.. " Sejak Yot makin teruk sakit dia diabetesnya simdromnya merebak ke buah pinggang pula.
" Anak buahnya si Amarlah yang selalu antarkan "
Aku nampak Yot turun dari tangga. Kelihatan dia makin sihat, mukanya nampak kemerahan. Aku bersalaman dengan Yot, dia menghulur tangannya kepada Pak Alang. Pak Alang terkecoh-kecoh meletakkan rokoknya di mangkok habuk rokok.
" Pak Alang... suaminya Alang adik Mila tu.." Aku memperkenalkan Pak Alang kepada Yot.
" Selamat Hari Raya " Pak Alang memberi salam kepada Yot.
Kuala Lumpur terlalu banyak mengoyak-rabakkan cintaku
Pak Alang senyum, Yot membalas senyum tapi memang dia jenis pendiam. Langsung tak pandai berbual. Yot mengadap TV. Leka juga macam Pak Alang & Amar tenguk Jet Li. Tak bersuara langsung kalian mereka. Aku memerhati wajah Yot. Rambutnya sudah botak, emmm belum lagi 56 tahun. Teringat akan arwah Apak yang botak macam Yot. Memang Yot miliki wajah yang seiras dengan wajah Apak. Cuma kulit Yot agak lebih putih berbanding arwah Apak. Kalau Yot guna kacamata arwah Apak pasti akan jadi Mat Sheih Junior. Gelaran Apak di kampung memang Mat Sheih. Aku memang terkejut bila lorong ke rumah pusakaku di kampung telah diturap tar & terpampang papan tanda Lorong Mat Sheih.
" Yot tak cadang nak beraya ke mana ke?.."
"( Ngeleng-ngeleng kepala)" Yot dengar tak dengar saja pertanyaanku.
Memang masalah rancangan TV bila musim hari raya banyak yang menarik. Ganggu majlis sahaja. Selalunya tetamu yang berkunjung raya terkadang jadi tak tertumpu berbual lantaran TV. Ypng Muda tak habis-habis bercerita. Yot diam saja.
" Minumpun dia tak mahu kawal Mila, jangan nampak air atas meja, semua hendak diminumnya .."
" Dahaga sangat dia agaknya Yong... "
" Tembikai memang amat pantang, kalau dia minum sahaja memang nampak penat sangat jadinya.." Cerita Yong.
" Mila emaknya ada ke lebih dua tahun dia cuci buah pinggang.. " Aku menyampuk Yong Muda berbual.
" Lebih dah ayah... "
" Macam mana Yot bila dah cuci buah pinggangnya... Yong, tak penat ke dia, kalau emak Mila mahu ambil masa satu ke dua jam tidur. Lepas tidur baru nampak cergas.."
" Dia okey saja iDAN, elok berjalan cumanya tak berani nak biarkan dia naik bas, pelupa! dia macam pelupa sikit.."
" Bayarannya macam mana Yong? "
" Itukah masalahnya iDAN, nasiblah dia boleh klim pencen dia, kalau tak mana dia nak nak korek duit sekali pergi tentunya R200 lebih, selang tiga atau empat hari kena cuci.. "
Emak mertuaku nasiblah ada seorang anaknya kerja kerajaan. Angah adik kepada Mila. Guna tuntutan perubatan dia.
" Socso tak guna iDAN, nak buat tuntutan bukan main susah, nasiblah bos tempat kerja itu ramai kenal orang atas-atas ini. Dia yang banyak bantu tentang tuntutan perubatan Yot kau tu iDAN "
Yot memang sejak asal kerja di Pejabat Pos. Kerani bahagian kaunter. Kerap kali juga bertukar bahagian kerja hinggalah dia kerja di bahagian bungkusan. Bahagian bungkusan Pejabat Pos Besar di Dayabumi itu telah berpindah ke KLIA. Itulah sebabnya Yot terpaksa berulang alik dengan bas dari Dayabumi ke KLIA. Tetapi dia terpaksa pencen awal sebab sakitnya. Biarpun Pejabat Pos telah diswastakan, namun mereka punyai opsen untuk mendapatkan pencen. Mungkin kerana perkhidmatan yang lama telah diambil kira. Yot masih 55 tinggal lagi setahun untuk pencen.
" Ada buat klim Socso sakit Yot ini iDAN, tapi sampai sekarang senyap saja... sudah tak harapkan sangat klim tu.. berulang alik ke klinik tu banyak juga nak guna duit iDAN "
Memang beruntung Yot dapat isteri kedua Yong Muda ini, dia orang yang berjawatan dan memang jauh berbeda dengan Yong Yah. Aku terkenang masa Yot dalam keadaan kucar-kacir rumahtangganya. Memang aku rasa tak larat nak dengar aduan Yong Nah pasal perangai Yot.
" Yot kau tu Dan buat muka sadin saja kalau tak ada beras ke, tak ada lauk ke kat dapur tu. Kadang-kadang Yong bawa nyanyi-nyanyi sambil berbasikal ke pasar borong tu.." Cerita Yong Yah masa aku berkunjung ke rumah Yot di Kampung Nakhoda Selayang.
Yot selalu tak cukup duit semasa bersama dengan Yong Yah...
SELESAI
Nota 2010
Yot kebetulan mendapat pencen separuh setelah Pej Pos diswastakan. Klim untuk bayaran hospital pula mendapat bantuan 100%. Lagipun Yong Muda adalah staf kerajaan. Jadi tak jadi masalah untuk kos rawatan Buah Pinggangnya. Socso jangan harapkan sangat; seantero Malaya tahu untuk buat tuntutan apa pun teramatlah payah. Banya sangat cikadaknya. Yang pasti jika pekerja swasta dia nak juga potongan setiap bulan. Kerajaan perlu memandang serius perkara ini.
Mila pula tak lama di Pulau Carey menjelang sekitar setahun; kompeninya kena bergabung lagi. Mila menjadi mangsa. Berpindah kerja di Damansara. Kami kembali bersama.
Posted on 7.11.2006 at 10:07 PM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan