Tiada tindakan atas Dr. M ( Siri Cerita Ceritera )
Tiada tindakan atas Dr. M -- MT UMNO putuskan bekas PM kekal penasihat agensi kerajaan
Oleh MUSTAFA KAMAL BASRI dan SADATUL MAHIRAN ROSLI
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan untuk tidak mengambil tindakan disiplin terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad berikutan tindakannya berterusan mengkritik kerajaan secara terbuka.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, bekas Perdana Menteri itu juga tidak akan dilucutkan jawatan sebagai penasihat kepada beberapa badan kerajaan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan, ini tidak bermakna Dr. Mahathir kebal daripada dikenakan sebarang tindakan jika melanggar peraturan dan perlembagaan parti.
‘‘Tidak ada sesiapa (ahli UMNO) terkecuali daripada tindakan disiplin, jika mereka melanggar perlembagaan parti.
‘‘Keputusan MT itu bukan menandakan kepimpinan parti takut untuk mengambil tindakan terhadap Dr. Mahathir, cuma buat masa ini parti tidak mahu mengambil sebarang tindakan,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO, di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Abdullah memberitahu, kedudukan bekas Perdana Menteri itu dalam agensi dan syarikat milik kerajaan termasuk sebagai Penasihat Petronas akan dikekalkan.
Dr. Mahathir juga merupakan Penasihat Proton dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Abdullah mengulas cadangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas yang mendesak kerajaan melucutkan segera semua jawatan Dr. Mahathir dalam kerajaan berikutan tindakannya berterusan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri.
Ditanya kemungkinan keputusan MT UMNO tidak mengambil tindakan disiplin terhadap Dr. Mahathir akan menyebabkan beliau berterusan melemparkan kritikan, Abdullah berkata, bekas Presiden UMNO itu perlu sedar setiap sesuatu itu ada hadnya.
‘‘Kita sentiasa mengikuti, mendengar dan mendapat maklumat tentang sebarang perkembangan,’’ ujarnya.
Sementara itu, Perdana Menteri memberi jaminan akan memberi penjelasan terhadap kritikan Dr. Mahathir secara terbuka supaya rakyat dapat mengetahuinya.
‘‘Kerajaan akan menjawab kritikan Dr. Mahathir, di mana wajar.
‘‘Kita akan beri jawapan secara terbuka seperti yang dilakukan oleh Dr. Mahathir iaitu mengkritik secara terbuka supaya semua rakyat dapat memahaminya,’’ jelasnya.
Mengenai penerimaan rakyat terhadap penjelasan yang diberikan kerajaan setakat ini, Abdullah berkata, sehingga ini tiada kajian yang dilakukan untuk mengetahui reaksi rakyat.
‘‘Bagaimanapun, setakat maklumat yang ada, kerajaan maklum bahawa rakyat menerima penjelasan yang telah dibuat,’’ ujarnya.
Mengulas surat jemputan daripada Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) bagi mengadakan pertemuan kedua beliau dengan Dr. Mahathir, Abdullah berkata:
‘‘Saya tak dengar apa-apa cerita daripada Mubarak, tapi sekiranya ada permohonan untuk mengadakan pertemuan tersebut, itu spekulasi, tidak ada jawapan daripada saya.’’
http://www.utusan.com.my/
- Tun Dr. Mahathir Mohamad memanglah kebal sejak dulu. Krtikan dia tentunya ada asasnya. Politik tanpa krtikan bukanlah demokrasi namanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan