Raya Pertama di Meru. Tak banyak panjut tahun ini. Lampu perbagai bentuk juga amat sedikit. Suram saja rasanya sekitar Bukit Kapar, aku merayap dengan anak-anak sekitar kampung mertuaku.
" Entah sampai bilalah aku perlu berkampung di Meru ini, nak balik kampung emak-ayah dah lama pergi. Wan Bi pun tak ada lagi... kalau aku terus ke Jalan Teluk Gadung rumah Yot ...lepas sembahyang ini macam mana? " Bisikku pada diri semasa di masjid Meru.
" Jangan iDAN gaduh lagi dengan Mila nanti, tentunya dia nak bawa buah tangan itu ini, kau nak pergi tinggalkan dia ke rumah Yot.. kan ke mencari gaduh namanya..! " Bisik hati kecilku.
" Betul juga.."
Masjid Meru memang padat tahun ini. Aku sampai ke masjid sekitar 8:15 pagi. Dah tak boleh masuk ke masjid, jemaah sudah ramai berdiri di muka pintu masjid. Tahun ini aku buat muka tak malu. Aku & empat orang cahayamataku redah saja jemaah di ruang tingkat atas masjid. Memang melanggar hukum betul aku ini. Dari ruang depan aku memohon jalan sampai betul-betul terduduk anak beranak di tengah ruang tengah. Duduk depan jemaah, empat beradik itu ikut sahaja. Bukannya apa memang tiap tahun di tingkat situlah aku bersembahyang Hari Raya. Mana boleh dirubah kelaziman. Rasa tak raya pula nanti.
Pernah datang lewatpun masih ada ruang kosong tapi tadak tahun ini. Padat betul tahun ini. Andaian aku betul bila habis takbir, semua jemaah berdiri, kami menyelit-nyelit minta simpati di celahan saf-saf yang kosong. Izin Allah SAW lantas ada jua ruang, malahan kami berlima boleh bersembahyang rapat sebaris.
" Afiz ... sempat tak minum tadi " Tanyaku masa di Avanza sekembali dari sembahyang raya.
" Tak!!! " Muncung. Payah senyum si Afiz ini.
" Rugilah tak dapat pahala sunat bersarapan dulu baru sembahyang sunat raya.."
"...." Afiz diam
" Itulah pesan orang tua kata kalau lepas subuh tarik selimut tidur semula memang mahal rezeki.."
Aku menguatkan lagu raya Ina Naim di mp3 modulatorku. Aku terus pulang ke Batu 8, Bukit Kapar. Jiwa memberontakku untuk ke rumah Yot seawal pagi; masih ada. Aku senyapkan saja. Memang betul dengan keyakinanku. Aku yakin kita seyogia boleh melahirkan pancaindera ke enam dalam jiwa kita jika betul-betul kita yakin & ikhlas. Kita boleh seru orang yang kita rindu dengan kuasa pancaindera ke enam itu. Pasti boleh.
Akan melekat juga rindu di hati kekasih kita. Cumanya cepat atau lambat. Kalau gagal sekalipun janganlah kecewa, anggaplah kita keturunan Nabi Noh. Sampai isteri & anak-anak ranap ditelan banjirpun masih berdegil, tiada pertunjuk Ilahi. Biarpun saban hari Nabi Noh as berdoa agar keluarganya dapat pertunjuk. 950 tahun umur Nabi Noh as. Bayangkan berapa ratus tahun dia berdoa. Tinggi sangat ke martabat kita hari ini berdoa, esok dapat!.
Entah kenapa tahun ini Mila berubah, hari raya pertama sudah membuka mulut untuk bertandang ke rumah Yot abangku yang sulung. Aku mestilah suka. Memang di masjid Meru lagi aku teringatkan Yot. Wah! kuat pancaindera ke enamku.
" Perasan tak Mila, tiap kali kita ke rumah Yot selalu sahaja hujan... "
Aku , Mila, anak-anak, Alang & Pak Alang Baru meredah gawat hujan. Lebat terlampau. Aku teraba-raba dalam kabus cermin Avanza yang kemek. Memang kerap sesat untuk pergi ke rumah Yot. Jalan Teluk Gadung ini memang agak tersorok, banyak sangat simpang & lampu isyarat yang sukar aku ini.
" Alang biasa jalan ini Along jangan risau..! " Kata-kata Mak Alang melegakan aku.
Di Meru aku dipanggil Along sebab Mila anak sulung, kalau di Desa Tualang aku dipanggil Pak Usu , lantaran aku anak bungsu tapi taklah manja.
Sementelah Mila di sebelah janganlah bertanya. Pasti sesat larat kalau ikut panduan dia. Kasilah peta besar & selengkap manapun. Pasti sesat. Bab bergaduh mencari jalan dengan Mila memang sudah lumrah. Penghujung perbalahan sesat jalan... senang saja!
" Nah awak tenguklah sendiri!.. " Hilang perkataan abang, silap-silap radang maksimun, bila Mila marah pasti akan cakap Jawa. Aku terkebel-kebellah. Aku yang buta bahasa Jawa terpaksalah berhentikan kereta. Belek-belek, pusing-pusingkan peta cari panduan, sungguh satu benda yang pelik kalau perempuan sesat jalan. Peta pun dia tak reti nak pusing-pusingkan.
" Patutnya kalau petrol pam Shell itu ada dalam peta sebelah kiri. Pusingkanlah peta itu jadi sebelah kiri, tak mestinya tenguk peta tu tegak saja; tulisan bukan ke mudah baca terbalik, berbanding kalau peta itu sudah arah terbailk!!.. ishh! "
Kalau keluar perkataan begitu waktu bertekak pasal sesat jalan. Alamatlah. Segala cuka, asam keping dan Asam Jawa melambaklah. Entah bilalah Mila itu akan boleh bercakap & ramah semula. Silap-silap kita lagi tercabar akan kesabarannya sementelah dia senyum-senyum main SMS lagi. Waduh!. Kau tanggunglah iDAN terkial-kial nak cari jalan dalam hujan lebat, kilat sambung menyambung dengan peta di tangan. Dengan guruh di dalam hati. Tangan mana nak pegang stering pun tak tahu lagi.
Sayurgia aku masih terkenang-kenang peristiwa dulu. Aku masih ingat aku gagal mengesan bumbung rumah Yot waktu dia nak angkat nikah dengan Yong Muda. Lantaran tiada pakatan dalam kesesatan antara laki-bini. Bumbungpun aku tak nampak, inikan pula rumah. Telefon bimbit Yot dia tutup. Takut ganggu nak angkat nikah kot. Telefon rumah pula asyik tak pergi, tak ada nada deringpun. Telefon saudara mara yang pergipun aku tak ada, lagipun orang kampung aku miskin. Siapalah ada telefon bimbit zaman tu. Bapaku biarpun orang kaya di Kota Bharu memang tak pernahpun dia ada telefon bimbit. Peta rumahpun tak ada. Alamat semata. Konon jaguh cari jalan. Sungguh aku terkilan sangat tak dapat tenguk Yot bernikah.
" Encik mana Taman Emas? "
" Entah!, saya tak pernah dengar nama Taman Emas itu di sini " Jawab penjual goreng pisang.
Pelik, selang beberapa minggu aku ingin menjejak rumah Yot, bila aku selamat sampai. Nampak orang yang sama, gerai goreng pisang yang sama; Betul-betul depan simpang rumah isteri muda Yot. Dalam hatiku berkata.
" Mungkin orang berniaga ini orang luar, entah-entah orang Jawa Barat... lagipun sungguh aku tak nampakpun papan tanda Taman Emas " Sekadar memujuk hati.
- bersambung
( Terpaksa balik, sudah lewat magrib sunyi sangat makmal ini )
Istilag bahasa: Panjut: Orang Perak memanggil pelita minyah tanah (sekarang dah guna minya diesel) itu adalah panjut; dibuat dari buluh atau dibeli sahaja dari kedai.
Asal di pos pada 3.11.2006 at 7:07 AM
Posted on 5.11.2006 at 7:07 AM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan