Haziq senyap, buat tak dengar sahaja.
Memang dalam bulan puasa selalunya dari jam 4:30 pagi bila bangun sahur, aku akan mengemas rumah. Dari dapur sampailah ruang tamu. Kerja rumah nampak sahaja mudah, tapi ianya memenatkan. Habuk kalau seminggu tak dicuci memang akan nampak berdakilah semua.
Aku bungkam semula di kamar panjang, ibunya masih di atas. Jam 6:00 pagi lebih sikit, nampak Anif & Azim sudah segak memakai baju sekolahnya.
" Along ibu nak balik ini, nak salam... Anif .. Azim dah salam ayah tak? dah salam along dengan angah tak?.."
Aku sebenarnya malas nak melihat ibunya pergi meninggalkan rumah dalam dinihari begitu. Malas nak lihat Avanza itu bergerak dalam kegelapan pagi. Malas nak tutup pintu pagar; Aku menarik selimut. Mematikan diri.
Malas nak ingat-ingatkan bagaimana mata sayu Afiz masa umurnya lima tahun lalu. Memang Mila pernah tinggal berasing denganku semasa Afiz berumur lima tahun, hampir setahun kami tinggal berasingan. Puncanya hampir sama; Mila tak larat nak berulang kerja jauh. Mila sanggup sewa rumah masa itu lima ratus ringgit sewanya. Memang bagiku terlalu mahal sewa yang sebanyak itu, jika tolak dengan gajiku & keperluan dapur segala, bajet aku tidak kecukupan.
Maka aku mengambil keputusan tidak mengikut Mila tinggal di Kuala Lumpur. Dalam congakanku pasti kami akan putus wang. Bagaimana mahu tinggal di Kuala Lumpur dengan gaji yang sedikit, dengan sewa yang mahal. Mila masa itu berani tinggal di sana sebab dia punyai wang simpanan yang banyak. Pulak tu syarikatnya kasi bonos lebih dari lima bulan gaji. Duit simpannya ketika itu ada belasan ribu ringgit.
Tinggallah aku sendirian di Jenaris... malas nak fikir semua itu, pahit untuk dikenang.
Kekinian peristiwa belasan tahun lalu berulang lagi. Cuma caranya berbeda. Kalau dulu Mila pergi tanpa keizinanku, sampaikan aku curi Afiz lewat malam. Aziq kecil lagi masa itu, mesti dia tak ingat. Anif & Azim belum lahir lagi. Sekarang ini berbeda, aku yang memberikan cadangan agar dia memohon saja kuarter di Pulau Carey itu. Seyogia kami terpisah lagi. Anif & Azim memang tak tahu apa, tapi bila aku terpaksa melihat mereka terganggu tidur; Terpaksa bangun seawal dinihari. Sekitar jam 5:00 pagi lantaran tuntutan kerjaya isteri, sungguh rasa sebal di hati itu timbul. Memang tiada pilihan lain. Jika mereka pulang di petang Ahad berapa lama sangatlah mereka bersama ayah & abang-abang mereka. Ini tuntutan hidup namanya.
" Biarlah kita berumah dua, nanti kalau kita mampu miliki dua kereta, abg akan balik ke Pulau Carey hari Rabu atau sekerap mungkin... " Cadangku; agar Mila memohon sahaja kuarter syarikatnya.
Tahun ini mungkin keadaan terpaksa jumpa hujung minggu sebab Afiz akan ambil SPM. Minggu depan dia nak periksa. Aziqpun sayang nak tukar sekolah di Batu 10 itu. Ustazah yang tinggal selang berapa rumahpun tak kisah jika Aziq nak menumpang ke sekolah. Kalau dia ada hal Aziq boleh menumpang Andy Hakim THR.
" Aziqakh... tiket... tiket... diut tambang mana?.. " Andy Hakim suka bergurau begitu... cerita Aziq tatkala dia amenumpang kenderaan Andy Hakim.
" Aziq tak cerita ke yang ayah ini peminat dia? "
" Tak!!! "
" Dia pasang lagu hindustan saja ke Afiz dalam kereta dia.."
" Tak!!! "
" Habis dia pasang lagu apa?..."
" Lagu lama kot, kadang-kadang lagu P. Ramlee.."
" Isteri dia macam mana rupanya Aziq, cantik lagi ke dari ibu Aziq "
" Entah... "
" Nampak muda lagi atau lebih tua dari ibu Aziq? "
" Entah entah.. entah Aziq tak tahu lah.. ayah ini ngapa banyak sangat tanya? "
" Ayah kan ke peminat Andy Hakim tu... mestilah ayah nak tahu banyak tentang dia bilalah ayah boleh jumpa dia... seronoknya kalau ayah dapat naik kereta dengan dia!..."
" Iyer lah iyer lah iyer.. lah.." Dengus Aziq.
Memang Aziq ini bukan macam Azim, rajin bercerita. Silap tanya mesti aku akan dimarahinya. Cumanya sejak Azim tinggal di Pulau Carey, banyak sangat berubah perangai dia. Dia sudah nak ikut macam Aziq. Anif yang lebih rajin berbual dengan ayahnya.
Aku mencapai tangan Anif & tangan Azim. Emm! Senin, Thalatha, Rabu, Khamis & mungkin Jumaat malam baru akan berjumpa anak-anak aku yang dua ini. Memang membosankan. Aku menarik kembali selimut. Biarpun aku sudah hilang mengantuk. Aku dengar bunyi tapak kaki Mila. Aku tahu dia nak bersalam. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku hulur tangan & berselimut kembali. Hingga aku dengar bunyi gril pintu utama ditutup rapat baru aku bingkas bangun. Menyelak langsir kuning berbunga; Melihat ruang kereta depan sudah kosong. Pintu pagar terbuka luas tidak berkunci. Jam di dinding sudah melebihi 6:15 pagi.
Sesungguhnya aku tak boleh tidur sejak terjaga dari jam lima lebih lagi. Rutin hujung minggu, paling gerladangan. Sebak di dada itu tentulah ada. Rasa nak menangis pun ada, memang aku tak terfikir nak berjauhan dengan keluarga, berpecahnya dengan anak-anak. Azim tidak dapat sepenuhnya kasih ayahnya, abangnya. Anif yang memang rapat denganku terpaksa berjauhan dengan ayahnya.
Fikir punya fikir, huh! dah bagaikan rutin orang kini, Erispun jauh dengan anak-anak. Shaf pun sama... tapi baru tiga bulan dia dah tak tahan. Dr Bambang, Kendeh, Daud, Raihan, Akar emm! berbini dua, ish! terlalu ramai kenalan aku yang tidak tinggal sebumbung dengan keluarga. Kita serupa. Aku terpaksa telan saja suasana dinihari Senin... nak buat macam mana!.
Hidup kena diteruskan juga. Aku bergegas bangun.
Wajib basuh pinggang mangkuk yang penuh di besen dapur. Dapur nampak kotor sangat, itu depan tv itu berselerak dengan VCD, DVD & entah apa keladak lagi, pokok bunga kena siram, ikan kena kasi makan, pakaian kena rendam dalam mesin basuh; emm!... Kena sembahyang subuh dulu. Kejap lagi kena kejutkan Aziq, kemudian Afiz. Memang tak akan menang tangan buat kerja rumah. Nasiblah sekarang ada waktu anjal. Jadi aku memilih masuk kerja jam 8:30 pagi. Tepat jam lapan pagi memang aku kena keluar dari rumah, kalau tidak memang aku akan jadi Mat Rempit, kejor mesin cop jari itu. Belasah kapcai aku itu. Sampai pulas minyak ke maksimun mungkin. Kapcai terketar-ketar nak pergi tak pergi. Kena laju .. kena cepat sampai ofis.
" Huh... 8:31 lewat jugak seminit hari ini... rimas betul! "
" iDAN tak ada ke cara kita nak godam mesin cop jari ini?... kasi dia lambat sikit! " Keluh Dr Lukman Chuah. Memang dia & aku selalu bersaing kelewatannya. Kalau dulu isterinya sahaja kena cop jari.... sekarang semua pensyarahpun kena cop jari.
" Entahlah Dr Lukman .. saya belum sampai pandai menggodam mesin ini, kalau penggodam komputer memanglah pakar.." gurauku.
- Bersambung
Ada respon tentang termos merah ini... sila ke catatan Sudut Penyair iDANRADZi
Sy tertarik dengan respon dari pengunjung situs sy ini... Pasti orang yang sama yang rajin melayari situs sy ini
Anonymous
Posted on 31.10.2006 9:28 PM
Posted from Jenaris ( Siri Famili )
Untitled
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat saudara dan keluarga. Membaca dari tulisan saudara saya boleh bayangkan betapa seronok (dan mungkin ada yang tak seronoknya!) waktu-waktu begini. Secara kebetulan saya pun mula bekerja hari ini.
Sambutan Hari Raya saya agak berbeza sedikit, masalah dalaman tidak mengizinkan saya bersama keluarga, Begitulah resam anak-anak agaknya, lebih seronok dengan umi dan keluarganya dikampung, walaupun pada masa-masa lain pasti mahu bersama saya. Saya rasa anak-anak yang paling gembira dan hari Raya itu amat bermakna begi mereka, sepertimana kita banyak tahun yang silam, walau pun masa itu tiada apa berbanding sekarang. Walau apa pun Hari Raya tetap sama, cuma masa dan yang menyambutnya berubah-ubah. Salam hormat.
- Nampaknya Saudara berjauhan dengan anak-anak dan isteri di hari raya. Bagaimanapun suasana hari raya pertama telah berlalu. Selalunya suasana raya memang meriah pada hari pertama, kedua & hari raya ketiga. Selebihnya mungkin meriah kalau ada jamuan rumah terbuka....
Memang masalah beraya bersama keluarga. Kita, isteri, anak-anak & ibu ayah suatu yang amat mengembirakan. Aku semakin merindui suasana begitu bersama keluarga tapi nampaknya memang segalanya bagaikan kenangan semata. Saban tahun sejak tahun 1988 lagi aku cuma dapat berhari raya dengan keluarga isteri di Meru. Terpaksa ralitkan diri dengan suasana perkampungan Jawa, sudah kian menyukai masakan mereka seperti, lontong, pecai, kerepek malinjo & banyak lagi masakan tradisi masyarakat Jawa.
Cuma raya baru ini, emak mertua kian uzur, sakit buah pinggangnya makin tenat, batuk-batuknya memang makin galak, kerap mengejutkan tidur lena di malam hari. Malahan di hari raya mak mertuaku sekadar berbaring sahaja. Tidak lagi bertandang dari rumah ke rumah. Selalunya kami akan bertandang sampai lewat malam. Terlalu ramai kaum kerabat Mila yang perlu diziarahi. Mak mertualah yang memberi semangat ke sana ke sini. Kali ini tidak lagi. Bertandang seadanya saja. Paling jauhpun ke Jalan Teluk Gadong. Sempai juga ke Jalan Paip jumpa Paman Mila yang sudah sembuh dari sakitnya, rupanya dia banyak ilmu kebatinan yang memang banyak menyingkap alam misteri. Diwarisi dari keturunan nenek moyang Wak Ngalipan lagi.
Afiz pun nak SPM minggu depan, jadi aku memang amat mahukan dia beraya di rumah sahaja. Setidak-tidaknya dia akan membuka buku barangan sejam dua dari leka beraya di kampung. Memang tahun ini terlalu banyak perkara yang menghalang agar tidak merasai suasana hari raya. Sabtu selepas magrib telah kembali ke Jenaris. Sepanjang Ahad aku begitu lesu. Senin aku terlantar saja di rumah. Cuma baiki PC lama tapi tidak jadi-jadi. Terlalu perlahan CPUnya bila cuba dibaiki windowsnya makin tersekat. Cuba sambungkan dengan Streamyx makin mamai langsung tek bergerak.
Selasa hantar skuter lama ke kedai India di Kantan Permai. Ada kedai orang kita terlalu ramai pelanggan. Memang telah berbulan-bulan skuter kenangan dari Julius Sabah itu tidak dihidupkan. Tak tahu berapa kena dibayar upah. Barangan skuter memang selalunya lebih mahal dari kapcai biasa. Hendak dijual pun berapalah sangat lakunya. Afiz dengan Aziq terlalu ingin memakainya... tak sabar nak baiki sanggup guna duit raya!
.... kena jaga periksa pula... sampai jam 4:00 ptg dua ujian, mak datok empat jam ... nanti sambung lagi.
Asal dipos pada 1.11.2006 at 6:38 AM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan