Friday, August 19, 2011
Semasa 14 - Kolej YPC-iTWEB (1)
Setelah
sekian lama memohon, akhirnya ia dapat direalisasikan, apabila dua buah
meja Ping Pong, jenis Challenger, dibeli dari Gold Meda Sportl, Tmn
Miharja. Setelah belaku tawar menawar dengan tuan punya, Ling Ting Sik.
Dalam komuniti Ping Pong, siapa yang tidak kenal beliau, yang pernah
mewakili Selangor dan negara di era Peong Tak Seng. Di era itu kami yang
mewakili Ping Pong non-Chinese untuk negeri Selangor (saudara Ahmad
Nordin, Zainol dan saya) pernah menginap didalam bilik darjah disebuah
sekolah, yang disusunkan meja-meja untuk dijadikan katil, lainlah
pemain-pemain sekarang yang bertilamkan empuk dan berbilik aircon,
bertaraf 3 star.
Itu adalah sedikit nolstagia lampau, kembali dengan ketibaan peralatan yang dibeli oleh kolej mengandungi dua buah meja, dua net, 10 partition, 8 bat yang untuk beginner serta 200 biji bola, keseluruhan berharga RM2,800.00 yang pasti ia cukup buat permulaan untuk mengerakkan sukan ini. Sesampainya peralatan ini, maka, biasalah, banyaklah "expert-expert" yang muncul, termasuk semua yang tidak pernah pegang bat, tetapi tidak lama, kerana ia telah diambil alih oleh yang lebih pro pula. Cabaran untuk mempopularkan sukan Ping Pong dikalangan pelajar-pelajar kolej, adalah yang paling mencabar dengan satu pendekatan perlu dicari. Semua ini akan dicatitkan dari segi perkembangannya, adakah ia berjaya atau...faham-fahamlah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan