Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 3 Julai 2014

KOLEJ TEKNOLOGI YPC iT-WEB :)

Tuesday, 2 July 2013

      Halloooo !!! i'm here back . Aku rasa dah lamaa gilaaa tak update blog ni walaupun memang banyak cerita nk tulis tp malassss je . huhuhu . -,- aku mcm tak berapa nak active blog sangat laa sekarang sebab dah study and terlampauu buzy gilaaa . Nasib aku tak gilaa . :D Pada 20 may 2013 , aku telah mendaftarkan diri di kolej teknologi YPC iT-WEB *haaa penuh-2 nama kolej tu aku taip* . :P Aku ambil cost faoundation in business to degree . Actually aku dah sebulan dah kat kolej ni, baru je update . haha . Entah ape mimpi tah malam ni tetiba nak update blog. *pape tah kan*. Tahu takk boringg gilaa kalau belajar dengan bahasa inggeris ni , majority semua subjek berbahasa inggeris . *what this* --".

      Nasib baik laa aku faham gak sikit-2 bahasa inggeris ni , kalau tak ape jadah lecture cakap pun aku tak tau . hmm . Baru 2 minggu masuk kolej dah dapat assigment , ohh shitt . Dah laa aku tak tau nak buat mcm mana , taram je laa mana yg boleh buat tu . Nasib baik membe-2 ramai ajar , yang aku takot tak boleh score subjek principles of accounting and business statistics . Gilerrrrr susahhh , disebabkan ni lahh aku benci gilaa dengan math . huh dengan assigment belambakk , dengan pelajaran semuaa kene rush , exam mid term dgn result yg boleh membuat mata aku banjir *menipu je banjir* haha . memang aku stress gilaa . 

      Kalau tau lerr mcm ni , baik aku ambik graphic design mcm abg aku je . lullll . -,- tpp takpe la , kalau dua-2 ambil bidang same pun tak best jugak , mostly aku dpt cuba benda baru , and insyaallah aku cuba untuk bawak cost ni dengan baik dan cuba dapatkan markah untuk final exam sem 1 yg lagi 3 minggu ni *mampus aku* T_T....... TAKPE ZAI BOLEHHH !!!!! yang penting , 'semangat dan usaha'. chaiyokkkk chaiyokkk , hihi okaylah setakat ni dulu alkisah me gadis bintang , chau chin chauu . bye-2 . ;)

gambar ni gambar aku dengan "BUBU" iaitu teddy bear kesayangan aku . omeyyy kan . :* sayang sangat dengan bubu sbb selalu lepas aku balik kolej mesti cari bubu dulu . bubu selalu teman aku tido and time aku sedih dan gembira . ;)


Sunday, April 3, 2011

MAJLIS PERASMIAN KAMPUS BARU KOLEJ TEKNOLOGI YPC IT-WEB


Usaha gigih Yayasan Pendidikan Cheras atau YPC untuk memperkasa pendidikan anak bangsa, berada di atas landasan yang betul dan ada proses kesinambungan. 10 tahun yang lalu, YPC telah dilancarkan di Stadium Badminton Kuala Lumpur Cheras oleh pemimpin terbilang Negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 23 Ogos 2001 ( ketika itu Tun sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke empat).

Bangunan Kampus Kolej YPC IT-WEB yang baru

Masa begitu pantas berlalu. Hari ini YPC sudah menjangkau usia 10 tahun. Perasmian kampus baru Kolej Teknologi YPC iT-WEB atau ringkasnya Kolej YPC merupakan satu mercu tanda Yayasan Pendidikan Cheras, satu peristiwa penting lagi bersejarah, satu impian dan satu kebanggaan seluruh warga YPC serta tenaga penggerak kolej.

Perasmian Kampus Baru Kolej YPC

Majlis perasmian kampus baru Kolej YPC telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2011 dalam suasana yang gilang-gemilang. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled  Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi, Y.B. Senator Datuk Raja Nong Chik selaku Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Penaung Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail selaku Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee selaku Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras dan Pengerusi Kolej YPC, Dr. Noel Robert selaku Ketua Eksekutif Kolej YPC, Ahli-ahli Lembaga YPC serta 600 orang tetamu jemputan.


Yayasan Pendidikan Cheras dan Kolej YPC, mempunyai matlamat yang selari dengan Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam melakukan transformasi khususnya dalam bidang pelajaran, dan meningkatkan pendapatan rakyat menerusi pendidikan dan latihan.

Salah satu isu penting yang sering dibahaskan, dalam konteks masyarakat warga kota ialah berkenaan kemiskinan bandar. Isu, masalah dan cabaran kemiskinan bandar, berkait rapat dengan taraf pendidikan yang rendah. Peningkatan tahap dan taraf pendidikan, serta penguasaan ilmu adalah senjata utama untuk membasmi kemiskinan bandar.

Kemiskinan sesebuah keluarga di bandar, boleh di atasi, jika anak-anak mereka diberi peluang untuk berjaya dalam pendidikan dan mampu mengubah nasib keluarga untuk keluar daripada garis kemiskinan. Dalam konteks ini, Kolej YPC menyediakan kursus-kursus yang mempunyai nilai kebolehpasaran. Suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif. Inilah peluang pendidikan yang perlu direbut oleh pelajar dari golongan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah. Yuran pengajian dibiayai oleh PTPTN. Kos pendaftaran di Kolej YPC tidak membebankan pelajar. Kolej juga menawarkan Biasiswa Utusan-YPC serta lain-lain skim bantuan yang menarik.         

Para tetamu yang hadir
  
Buat masa ini Kolej YPC hanya boleh keluarkan sijil dan diploma sahaja. Untuk kursus Ijazah pula, Kolej YPC perlu mengadakan kerjasama dengan universiti luara negara dan Ijazah dikeluarkan oleh universiti luar negara. Program kerjasama dengan universiti luar negara menelan belanja yang amat tinggi. Ramai pelajar Kolej YPC terpaksa menamatkan pengajian di peringkat Diploma dan mencari peluang pekerjaan, walaupun sebenarnya mereka berminat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah.

Oleh sebab itu, selewat-lewatnya pada tahun 2015 Kolej YPC akan memohon untuk mendapatkan status ‘Kolej Universiti’ supaya Kolej YPC dapat mewujudkan program Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang ‘tersendiri’. Tambahan lagi, lebih banyak kursus akan ditawarkan dengan kos berpatutan dan mampu dibayar oleh pelajar. Juga selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai warga yang berilmu dan berpendidikan atau Malaysian “as knowledge workers”.

Bersama YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan