Sabtu, 6 Julai 2013
KCT tercinta
Beginilah besarnya POKOK TUALANG; bayangkan bagaimana sukar nenek moyang kita terokai KCT; kita pula senang-senang gadai; jual & kasi tinggalkan tempat kelahiran nenek moyang kita. Di bandar rumah kita tak besar mana (yeoplah punyai rumah kecil... orang lain mungkin okey besar & selesa). Kampung kita yang besar & permai kita abaikan.
2. Pokok besar ni asalnya pasti tempat jin melayang; ngilainya sampai ke Bakap; hinggapnya sampai ke Kubur Pedas. bayangkan di sinilah nenek moyang kita memulakan hal hidup
3. Jangan biarkan KCT tinggal kenangan; yeop berbangga kepada warga kampung kita yang masih menyayangi kampung; Masih bermastautin di sana. Piliharalah keindahan kampung kita. Bersatulah jangan kasi orang luar jajah bumi kita. Biarpun seinci; cukuplah orang jajah kampung kita dengan nilai wang ringgi. Sebab nak ambil hasil bumi bijih timah kita. Hutan & dusun yang masih ada janganlah kita teroka buang pokoknya. Sayangilah khazanah alam yang masih ada. Kelapa sawit tu bagi yeop cuma punca pendapatan; jangan terlalu ingin nak kaya dengan hasil kelapa sawit; ada rahsia terlindung di sebalik kelapa sawit ini yang kita tak didedahkan. Lebih baik simpan hutan asal tanaman hidup asal berupa herba. Simpan hutan yang ada, herba dusun pelbagai buahan tempatan perlulah. Manggis sebagai contoh penuh khasiat untuk pesakit kronik.
4. Doktor pakar pemakanan yang jaga yeop bila yeop sakit kronik baru pecahkan RAHSIA; minyak kelapa sawit yang kita guna tu jangan pakai berkali-kali, ianya akan TEPU; akan jadi racun dalam badan. Susu Pekat itu dibuat dari minyak kelapa sawit adalah RACUN yang takkan dapat dipecahkan gulanya. Biarpun disuntik insulin dari luar. Insulin yang ada dalam badan tidak dapat pecahkan gula di susu pekat ini. Maka pesan kepada emak ayah atau rakan-rakan yang ada diabetes/kencing manis jangan sesekali minum teh tarik mamak atau apa jua minuman taruh susu pekat. Ianyanya RACUN. Akan pendek umur. Akan tersekat injap akan pecah salur darah bila gula melonjak naik. Buah pinggang akan hancur.
5. Gula normal dalam badan 6-7 mmol/L jika telah naik ke paras 8 mmol/L kena berjaga-jaga jika naik ke 11 mmol/L ianya kena makan ubat; jika naik ke 15 mmo;l/L luka tak akan baik... jika telah 20 mmol/L boleh strok dan maut padahnya.
6. Sebab tu yeop benci kelapa sawit; ramai rakan yeop degil tak mahu dengar cakap yeop. Bangga sangat nak tanam kelapa sawit. Musibahnya habis MATI warga KCT malahan seantero Malaya kian pendek umurnya.Umur tak sampai 50 tahun dah bergela arwah. Tak semestinya mati sebab kelapa sawit tapi kita silap guna minyak kelapa sawit; cer bayangkan mereka yang jual goreng pisang atau berniaga ayam goreng; apakah minyaknya diguna sekali dua; masih bersih tidak bertukar warnanya. Sebab itu jika orang tua kita kena skit kronik macam yeop pasti doktor nasihatkan guna minyak sayur; makan ikan dibakar; Kurangkan makan makanan berlemak & berminyak.
7. Pembalasan Allah ramai kalangan bos Kak Mila di Sime Darby mati mengejut serangan jantung atau masalah dalam badan sebab mereka yang rompak tanah negara kita tanam kelapa sawit. Kak Milah memang kerja perladangan di Sime Darby. Orang barat lama dah tahu bahayanya minyak kelapa sawit ini; tapi kita tutup rahsia bahayanya minyak kelapa sawit ini. Takut tak laku. Kita kata orang barat nak sabotaj barangan kita; tapi kenapa ketika yeop dah nak dekat ke hujung hayat lain pula saranan doktor pakar pemakanan nasihatkan. Kenapa dia larang yeop teringin nak minum teh tarik mamak yang punca bahaya adalah susu pekat dari kelapa sawit ini?.
8. Patutnya pokok Tualang nan ujud di kampung kita yang perlu dikekalkan biar kampung kita hutan banat & tempat orang ambil madu tualang. Ianya sebagai simbol penat lelah nenek moyang kita buka KCT. Banyak pokok herba seperti sentang yang masih tersembunyi 1001 khasiatnya; Ianya tumbuh liar di kampung kita; kecil daunnya boleh buat ulam besar kayunya boleh buat balak. Kenapa sayang sangat kelapa sawit tu. Asam gelugur buahnya penuh khasiat boleh jadi ramuan untuk merawat mereka ada darah tinggi. Daunnya boleh buat ulam di pasaran sekupang sehelai harga pucuk daun gelugur ini. Dulu kampung kita ada sawah padi; tanah ini sesuai untuk jagung yang minyaknya gerenti selamat digunakan berkali-kali. Kita boleh betulkan keadaan ini jika kita mahu. Tapi nampaknya yeop jadi benci & terkilan sikap kita mengejar duit laba malahan membiarkan orang luar jajah KCT kita sampai tanah Ayor Hangat kini ditanam kelapa sawit oleh orang Indon bersama apek muslim yang anjingnya menghambat yeop tatkala yeop mahu menebus semula tanah nenek moyangku ini.
9. Sebab itu yeop sering bermimpi roh nenek moyang kita gelisah kepanasan di Kubur Pedas sana melihat kita gadai tanah berebut curi pokok berharga yang mereka tanam sejak beratus tahun lalu. Pernah yeop terfikir nak jual tanah yang ada sebab yeop terkilan melihat tanah pusaka kami diceroboh orang; siang berniat malamnya yeop terkejut terjaga di dinihari dek tengkingan arwah apakku (Md Sesh). Dia antara warga KCT yang kekal tak berjual tanah. Sebab itu yeop memang tak HALALkan biarpun seinci siapa jua rampas atau lelong tanah milik apakku. Akta tanah patutnya melindungi pemiliknya bukan memerangkap pemiliknya.
10. Mereka yang tak kena sakit kronik juga tak pergi seminar pemakanan oleh doktor pakar pasti sukar nak percaya bahawa minyak kelapa sawit ini ibarat racun yang membunuh dalam senyap. Apatah lagi mereka dari nenek moyang ibu ayah juga diri sendiri yang bergantung dengan kelapa sawit. Peneroka yang bergantung dengan kelapa sawit. Memang takkan percaya isu yang yeop uar-uarkan ini.
Awak tak percaya yang susu pekat itu adalah racun bagi pesakit kronik; terpulanglah... Awak nak agongkan amat kelapa sawit ada yeop kisah. Awak sanggup tebang hutan yang penuh herba juga tumbuhan yang 1001 guna tak siapa nak larang pun. Duit segalanya duit maka usia kita akan benarlah sekadar 60an paling tua... 50an dah tinggal kenangan. Tak percaya hari-hari minumlah teh tarik jangan bersenam untuk pecahkan lemak tepu yang dihasilkan oleh kelapa sawit ini. Degil amat dah kena batang hidung baru oada. Awak jangan mimpi nak jadi warga emas jika terus berkompromi dengan kelapa sawit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum :)
BalasPadam