Hanusi Hashim: Yeop punya pun cantik.aku tau yeop pun bolih buat tapi yeop selalu dedo badan.aku tak sampaihati nak dera yeop lagi.
Yeop Rindu: Selalu kalau apa-apa mesy di ofis (sebelum pencen) juga di taman perumahan hingga kini... mmg yeop tak hadir; SEBAB tak mahu jadi AJK...yeop tahu yeop mmg ada SEDIKIT kebolehan buat kerja sumbangan di sudut ICT atau grafik tapi bila dah berusia mmg yeop tak terdaya. Sebab tu ada ketika yeop tercatatkan di FB juga blog apa yg yeop rasa.
(tak pernah yeop berselindung dengan perasaan yeop)
Sayang kepada KCT amat mendalam di hati yeop sbb tu biarpun yeop jarang balik ke kg tapi matlamat utama yeop bersara mahu memulihkan tanak pukasa di KCT tu; mahu balik ke kampung. Sbb darah Md Sesh yang mengalir di tubuh yeop ni masih mengatakan sampai ke akhir hayat apak tu tak pernah jual tanah di mukim teja.Dapat yeop selamatkan barang sedikit tanah apak itu sudah cukup untuk anak-anak.
Ujudnya MaPES juga ujudnya FB ini yeop mmg satu langkah amat baik; harap jika pun tak sempat yeop berkampung di dunia nyata KCT; yeop tetap bahagia dapat berkumpul di dunia MAYA bersama orang kampung yeop di KCT yang semuanya yeop sayangi.
Yeop Rindu: dedo badan ni mmg biasalah ed sebab yeop dah makan sakit kronik ni sekitar LAPAN tahun semalam doktor tu tukar lagi ubat macam tambah dos sbb gula dalam badan tak berganjak...
yeop anggap doktor ni SENAK... 6 - 7 mmol/L tu dah cukup baik bagi org setua yeop ni... yeop serba salah sbb kebanyakan pesakit macam yeop ni tak boleh bertahan sampai ke 10 tahun... (kecuali kena serang awal usia). Ada ketika yeop tak larat nak ikut jadual makan ubat sempurna; sebab yeop dapat rasa buah pinggang tua ni tak mampu nak terima sampai 5 ke 7 jenis ubat sekali gus!
Sejarah ubat kimia ini jika terlebih dos akan mudah menyerang Buah Pinggang. Sebagai contoh Yot (abg sulung yeop) hanya sekitar tiga tahun dia makan ubat doktor yang diambil dari hospital kerajaan. Buah pinggang Yot habis rosak. Dua kemungkinan pertama mestilah akan dikatakan sebab tak kawal pemakanan kedua yeop syak kesan ubat yang di makan. Contoh kedua rakan yop Dzuan; dia banyak makan ubat tahan sakit. Sekitar tahun lalu terpaksa buat dialasis.Sebaya yeop.
Bila dah dapat sakit kronik; bukanlah nak mengatakan yeop ni mempersoalkan takdir. Tapi apa yang yeop perhatikan jangan sampai terleka. Ramai rakan yeop pergi tak ambil banyak masa; seminggu atau dua tiga minggu diserang masalah gula akan mengakibatkan NYAWA. Terbaru isteri Pak Ya Pahang sekitar tiga minggu diserang bisul; Ana Tajul sekitar dua minggu berpunca luka di kaki; Wak Lan tak tahu dia ada diabetes tak makan ubat; sekitar seminggu pening strok & pergi.
Maksudnya jika telah ada sakit kronik kena sentiasa berwaspada. Jangan stres jangan lagi menjadi manusia biasa jika mahu panjang usia. Yeop impikan panjang usia sebab ada beberapa lagi impian & cita-cita yeop tak kesampaian; bukan impian nak kahwin lagi tapi ianya masih menjadi rahsia.
Rabu, 10 Julai 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan