Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 21 Ogos 2013

Selamatkan mangsa dahulu! (Genting Maut)

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan tidak mahu terus menuding jari kepada mana-mana pihak yang berkait dengan insiden bas Genting sebaliknya akan memberi tumpuan kepada usaha membawa keluar mangsa terperangkap serta yang perlu diselamatkan.

Pemangkunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau masih menanti laporan penuh kejadian sebelum siasatan lanjut kes itu dijalankan.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi dan memberi jaminan kepada mereka bahawa kita akan lakukan apa saja untuk mengenal pasti punca dan siapa yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, pihaknya sudah mengarahkan agensi di bawah kementerian termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyiasat serta meneliti punca sebenar kejadian.
FotoSULTAN Pahang Sultan Ahmad Shah melihat mayat mangsa kemalangan bas terjunam ke dalam gaung, semalam.

“Agensi-agensi dari pelbagai kementerian telah pun ke lokasi kejadian dan biarlah mereka melaksanakan tanggungjawab menyelamat terlebih dulu.

iDAN : Takziah buat keluarga yang kehilangan orang yang dicintai.

 Mangsa dakwa bas usang
PETUGAS bomba mencari mangsa-mangsa kemalangan sebuah bas di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, semalam. - Gambar ihsan BOMBA 
 
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas bas ulang-alik di Genting Highlands petang ini mendakwa bas itu berada dalam keadaan kurang memuaskan untuk membawa penumpang.

Zaid Ismail, 25, teman lelaki kepada salah seorang mangsa yang terselamat memberitahu, teman wanitanya ada memaklumkan bas berkenaan dalam keadaan usang dan kurang disenangi untuk dinaiki dia dan adiknya.

Katanya, teman wanitanya itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, yang terselamat bersama adiknya, Nur Fathiah, 21, juga memberitahu, dia menyedari tayar bas itu telah haus dan berasa kurang senang sepanjang perjalanan turun ke ibu negara.

"Nur Syamimi dan adiknya, Nur Fathiah sepatutnya menaiki bas pada pukul 1.30 petang tetapi ketinggalan dan terpaksa menaiki bas itu pada pukul 2 petang.

"Menurutnya, dia memang berasa kurang senang dan tidak sedap hati menaiki bas berkenaan kerana ternampak tayar bas itu botak selain keadaannya kurang memuaskan.

"Malah Syamimi sendiri memberitahu, dia berharap perjalanannya cepat sampai ke destinasi apabila bas itu berhenti secara tiba-tiba sebelum kemalangan itu berlaku.

"Tidak sangka, perasaannya yang kurang senang sebelum bas itu bergerak itu rupa-rupanya petanda bas itu akan terlibat dalam kemalangan," katanya.

Nur Syamimi dan Nur Fathiah antara lapan penumpang bas itu yang dirawat di Hospital Selayang dan mereka kini dalam keadaan stabil.

Sementara itu, salah seorang mangsa nahas bas Genting Highlands yang terselamat dalam tragedi semalam sempat menceritakan detik-detik cemas dilalui kepada majikannya.

Shyed Ali Haider Shyed Haider, 46, pekerja warga Bangladesh yang mendapat status penduduk tetap menceritakan detik cemas kepada majikannya, Siti Rahamutun Yusof yang sempat melawatnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang ini.

Melalui cerita mangsa yang disampaikan oleh Siti Rahamutun, mangsa membawa empat saudaranya untuk bercuti di Genting Highlands dan merasai pengalaman menaiki kereta kabel.

Menurutnya, mangsa mendakwa bas tersebut gagal dikawal kerana dipandu melebihi had laju dan brek gagal berfungsi dengan baik.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan