Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 21 Ogos 2013

Dengar jeritan kuat

Genting Highlands: “Saya melihat bas berkenaan tiba-tiba terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung,” kata Ahmad, 29, saksi kejadian sebuah bas henti-henti yang membawa 52 penumpang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands menghala Kuala Lumpur, petang semalam.
Menurutnya, dia juga melihat pemandu bas itu cuba melakukan brek kecemasan berdasarkan kesan brek, namun gagal sebelum bas itu melanggar tebing batu dan terjunam dalam kejadian jam 2.45 petang itu.

Katanya, ketika kejadian, dia mengekori bas berkenaan dan dalam perjalanan turun dari puncak Genting Highlands dengan ahli keluarganya. Keadaan cuaca juga baik dan tidak berkabus.

Beliau berkata, sebaik mengambil selekoh tajam di lokasi kejadian, bas itu terbabas sebelum melanggar tebing batu dan terjunam.

“Apa yang saya lihat, pemandu bas itu cuba mengawal basnya itu daripada terjunam ke dalam gaung, namun gagal mungkin disebabkan muatannya yang terlalu ramai dan berat.

“Saya juga mendengar jeritan kuat penumpang sebelum dentuman kuat apabila bas itu terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 60 meter,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, beberapa orang awam yang turut menyaksikan kejadian itu segera menghubungi pihak berkuasa sebelum beberapa jentera bomba datang untuk melakukan operasi menyelamat.

“Orang awam kemudian diarahkan keluar daripada kawasan berkenaan bagi memudahkan operasi menyelamat dilakukan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan