Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 21 Ogos 2013

Tadika turut jadi sasaran sebar Syiah

IPOH 21 Ogos - Gerakan penyebaran fahaman Syiah yang semakin berkembang di negara ini didakwa dijalankan secara licik sehingga turut membabitkan 13 buah tadika di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang selain berselindung di sebalik pusat tahfiz, sekolah agama, institusi pengajian tinggi, parti politik serta agensi kerajaan.

Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohamad Ismail mendakwa, biarpun Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 1996 telah mewartakan ajaran tersebut sebagai sesat, namun usaha penguatkuasaan di bawah enakmen agama negeri belum cukup bersepadu untuk mengekangnya.

"Syiah ini tersebar sejak tadika lagi. Ada tadika dikenalpasti berselindung di sebalik nama pusat pendidikan Islam kanak-kanak terdapat di sekitar Putrajaya dan Lembah Klang. Ada 13, berselindung di sebalik pusat-pusat tahfiz, gerakan agak licik. Sekolah-sekolah agama di Johor dan Perak juga masih ada.

"Susah untuk mengenali pengikut Syiah ini kerana mereka mempunyai senjata pegangan agama yang dipanggil taqiyah iaitu boleh berbohong. Dia akan kata saya Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya yang telah melakukan kajian terhadap fahaman itu selama tiga tahun di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah dan sesi penerangan mengenai kefahaman dan bahaya Syiah terhadap umat Islam kepada anggota dan pegawai 2 Briged di Pusat Latihan Askar Wataniah (Puswatan) di sini hari ini.

Yang turut hadir mendengar ceramah tersebut ialah Panglima 2 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Md. Dzahir Abd. Rashid.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, benteng terkuat untuk menyekat penularan fahaman Syiah ialah dengan menyedarkan masyarakat melalui pendidikan sebelum usaha penguatkuasaan bersepadu dilaksanakan oleh agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) termasuk jabatan agama Islam negeri.

Selain itu katanya, umat Islam senang tertarik kepada fahaman Syiah kerana ingin mengambil langkah mudah dalam beribadah terutamanya mengerjakan solat lima waktu.

"Apabila kerajaan mengambil tindakan, mereka bergerak secara senyap. Saya amat setuju dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menahan individu tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekitar tahun 1996," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad menasihatkan, sekiranya mana-mana orang Islam didekati oleh pengikut Syiah, mereka tidak wajar menerimanya secara bulat-bulat, sebaliknya perlu bertanya kepada orang berilmu apatah lagi perkara itu melibatkan ajaran agama.

Katanya, kebanyakan pengikut Syiah berhujah menggunakan hadis-hadis palsu yang disandarkan pada imam-imam mereka seperti meriwayatkan atas nama Abi Jaafar 'Alaihissalam', Ali 'Alaihissalam dan Husin 'Alaihissalam.

"Bagi yang faham, kalimah 'Alaihissalam itu hanya diberi kepada Nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi sahaja. Selainnya, itu adalah hadis Syiah.

"Apabila Syiah Jaafariah dikatakan sesat kerana sebahagian daripada Syiah Imam 12, pengikut-pengikut ini berselindung sebagai Ahli Bait, maksudnya imam kepada keluarga Rasulullah.

"Namun, bagi mereka, keluarga Rasulullah itu hanya khusus kepada Ali, Fatimah dan anak-anak Hussin. Walhal anak-anak Rasulullah dengan Siti Khadijah juga ada Zainab, Ruqaiyah dan Ummu Kalthum, tetapi mereka tidak mengiktirafnya," kata beliau yang turut mendakwa fahaman Syiah makin berkembang di Malaysia sejak 1979.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan