Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 21 Ogos 2013

Lapan mangsa nahas bas stabil

 
\Pasukan Bomba dan Penyelamat bersama Jabatan Pertahanan Awam berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan bas ekspres yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 3.6, Jalan Genting-Kuala Lumpur, semalam. - Gambar ihsan BOMBA 
 
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Lapan mangsa kemalangan bas Genting Highlands yang dihantar ke Hospital Selayang petang ini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Mereka termasuk dua beradik iaitu Nur Syamimi Ja'afar, 25, dan Nur Fathiah Ja'afar, 21, dari Paka, Terengganu yang bercuti di pusat peranginan itu.

Turut stabil ialah pelancong dari Bangladesh Rashidah Buyah, 50, dan dua anaknya, Raawnok Arefin, 14, dan Rezyan Arefin, 24.

Mangsa lain adalah seorang warga tempatan, Nurul Quraitul Aini Md. Jali, 19, yang kini dalam keadaan kritikal namun masih stabil.

Turut kritikal adalah Nur Fridil Gusman, 23 dari Indonesia manakala seorang lagi dari negara itu, Andri Purwadi, 25, juga dilaporkan stabil.

Sementara itu Pengarah Hospital Selayang, Dr. Siti Zaleha Mohd. Salleh berkata, kesemua mereka menjalani pembedahan malam ini.

Katanya, pihak hospital berkemungkinan akan mengambil masa selama seminggu untuk menyelesaikan semua pembedahan melibatkan mangsa.

"Tiga mangsa berada dalam keadaan kritikal manakala lima lagi semi kritikal namun kesemuanya stabil.
"Semua mereka sedang dalam proses untuk dimasukkan ke wad masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang malam ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan