Kredit untuk blog TokEngkuHitam, pemilik asal cerita.
Pengalaman
zaman sekolah Tok dulu memang banyak yang bermakna. Tok dulu menyertai
pasukan pengakap sekolah. Boleh kata banyak juga aktiviti perkhemahan
yang tok dah sertai, salah satunya perkhemahan dan aktiviti mendaki
Gunung Ledang melalui Asahan Melaka. Tok telah menyertainya sebanyak 2
kali.
Banyak juga pengalaman semasa melakukan perkhemahan dan
mendaki gunung Ledang melalui asahan ini, kerana bagi tok mendaki Gunung Ledang dari arah ini adalah lebih sukar dan mencabar daripada mendaki
dari arah Tangkak Johor. Tapi pengalaman yang melibatkan mistik ni yang
meninggalkan kesan mendalam pada diri Tok.
Pada hari pertama
perkhemahan kami tu, kami telah berkhemah di kaki Gunung Ledang
(Asahan). Pada waktu senja di kawasan perkhemahan tu, dah terbau
semerbak bau kemenyan. Semua dah tertanya siapa yang membakar kemenyan,
setelah diselidik memang tiada siapa yang membakarnya. Lalu cikgu tok
telah mengarahkan tok untuk memagar kawasan perkhemahan tu. Binggung
juga masa tu macamana nak pagarkan kawasan tu, lalu cikgu tok kata buat
lah apa yang tok tahu. Lalu tok terfikir nak guna garam kasar, sebab
garam kasar memang banyak dibawa.
Jadi
tok jalankan apa yang telah diarahkan oleh cikgu tok dengan sedikit
bacaan yang tok tahu seterusnya menaburkan garam tersebut di sekeliling
kawasan perkhemahan tersebut. Pada malam tersebut tiada apa-apa yang
berlaku, kami pun dah tidur awal sebab keesokan harinya nak mendaki ke
gunung botak. Rupa-rupanya tok diberitahu oleh cikgu tok selepas balik
dari perkhemahan tersebut bahawa bau kemenyan tersebut datang dari kubur
lama orang asli tidak jauh dari tapak perkhemahan tersebut. Mereka dah
tahu lebih awal hanya tak nak memberitahu lebih awal takut ada peserta
yang panik.
Keesokkan nya kami mendaki ke Gunung Botak untuk
berkhemah disitu sebelum mendaki ke puncak Gunung Ledang. Gunung Botak
ni merupakan kawasan lapang berbatu sikit dan berhampiran itu ada sungai
yang mengalir serta di atas sikit dari gunung ini ialah Gunung Runduk.
Selepas memasang khemah di kawasan tersebut dan mencari kayu untuk
membuat kayu api bagi memasak dan membuat unggun api agar tidak
kesejukkan pada malam tersebut. Pada malam tersebut Tok ditugaskan dari
jam 12 tengah malam hingga 2 pagi untuk mengawal kawasan perkhemahan,
selepas tu akan dikawal oleh kawan tok pulak.
Bila sampai masa
tok mengawal kawasan perkhemahan tersebut, tinggal lah tok di unggun api
sambil makan apa yang ada untuk mengelakkan mengantuk. Lebih kurang jam
1 pagi, tok macam terdengar bunyi gelak ketawa beberapa orang perempuan
di kawasan air terjun di sebelah kawasan perkhemahan tersebut. Mula-mula tu
tok tak endahkan sebab tok ingat tu bunyi air terjun tersebut, makin
lama makin kuat bunyi perempuan gelak ketawa perempuan tu dan kedengaran
juga air dikocak-kocak seperti mereka mandi manda sambil bermain air
sesama mereka. Mulalah berdiri bulu roma tok, nak jengah ke kawasan air
terjun yang gelap tu terasa juga takut.
Makin
lama makin kuat kedengaran gelak ketawa tersebut seperti mereka
menghampiri tok. Lalu tok terus masuk ke khemah dan mengejutkan sahabat
tok. Bila dia sedar tok minta dia dengar apa yang tok dengar, bila
sahabat tok ni dengar je bunyi gelak ketawa tu, terus dia suruh tok
tidur dan dia pun terus tidur. Apa lagi tok terus tidur la. Esok pagi
baru dia cerita bahawa dia dengar gelak ketawa tu terlalu dekat dengan
kawasan khemah kami, tu yang dia terus tidur dalam ketakutan. Menurut
Cikgu tok, pada perkhemahan yang lepas-lepas memang ada yang terjumpa
orang perempuan tua dikawasan tersebut. Tok mendengar cerita bahawa
seorang anggota pengakap perempuan telah sembahyang Asar di atas batu
di tepi sungai. Pada masa memberi salam pada tahiyat akhir dia telah
terpandang seorang perempuan tua sedang memandang ke arahnya.
Bila
selesai solat dia melihat pada tempat orang tua tu kelihatan tetapi
tidak menemuinya lagi. Di perkhemahan di masa lain di kawasan tersebut
ada peserta terjumpa 2 biji mata yang bernyala seperti api di kawasan
sungai tersebut pada waktu Maghrib. Mungkinkah tempat itu adalah tempat
Puteri Gunung Ledang bersiram bersama dayang-dayangnya. Fikir-fikirkan
lah.
....................................................................................................................................................................................................
Penanggal.
Menurut
nenek tok, penanggal ni adalah manusia yang salah menuntut. Asalnya
mereka ni ingin menuntut ilmu untuk mencantikkan rupa paras, tetapi guru
mereka telah memberikan penanggal ini tanpa mereka sedari. Sebab itu
kalau nak menuntut tu pastikan guru itu adalah yang baik dan kita tahu
teras ilmunya.
Penanggal ini suka menghisap darah orang baru
lepas bersalin dan suka memakan uri perempuan yang lepas bersalin tu.
Menurut ceritanya bila orang yang mempunyai ilmu penanggal ini
mengetahui ada orang nak bersalin, mereka akan membuat pemujaan sehingga
kepala mereka akan tanggal dan membawa sekali isi perut lalu terbang ke
rumah orang yang nak bersalin ini. Biasanya ilmu ini dipunyai oleh
golongan perempuan saja. Semasa ingin menanggalkan kepala, mereka akan
tidur menangkup. Sedikit demi sedikit kepala mereka akan tanggal. Sebab
itu kalau ada orang yang tahu seseorang tu memelihara penanggal dan
ingin membuktikan benar atau tidaknya, bila penanggal itu keluar dari
rumah, terbalikkan badannya agar terlentang. Bila penanggal ini masuk ke
dalam badannya, maka mukanya akan mengadap ke belakang.
Orang
yang mempunyai ilmu penanggal ini biasanya mempunyai ilmu perabun iaitu
ilmu yang menyebabkan orang tak boleh nampak dirinya. Sebab itu kalau
penanggal ni menghisap darah tidak akan kelihatan pada orang ramai,
tahu-tahu saja darah perempuan bersalin itu akan tumpah dengan
banyaknya. Oleh itu kebanyakan orang kampung dahulu menggantungkan duri
mengkuang di bawah rumah setentang dengan tempat perempuan yang nak
bersalin. Dengan meletakkan duri mengkuang ini, penanggal ini akan
menjauh kerana takut isi perutnya akan tersangkut pada duri mengkuang
tersebut.
Menurut
ceritanya sesiapa yang mempunyai ilmu penanggal ini, mempunyai satu
tempayan cuka. Kegunaannya apabila selesai menghisap darah, isi perut
nya akan direndam didalam cuka tersebut bagi mengecut isi perut tersebut
sebelum masuk ke badannya seperti asal.
Mungkin di Semenanjung
kisah penanggal ini sudah kurang didengar, tetapi tahun lepas masa tok
pergi ke Sabah, kisah penanggal ini masih diperkatakan. Ada yang
menceritakan kepada tok masa di sana. dia telah melihat penanggal yang
diperkatakan beberapa hari sebelum tok sampai ke Sabah. Begitulah
syaitan dan jin berada dimana-mana saja kerana jumlah mereka lebih ramai
daripada manusia itu sendiri. Amalkan ayat-ayat suci AlQuran dan
mintalah perlindungan Allah dari kejahatan makhluk seperti ini.
...................................................................................................................................................................................................
Tentang mimpi.
Masa tok kecil2 dulu banyak yang tok mimpikan. Ada mimpi yang baik ada mimpi yang tak elok. Kebanyakkannya adalah mimpi hantu.
Mimpi
yang selalu kerap datang masa dulu ialah mimpi seorang saudara tok
meninggal dunia. Kemudian mayatnya seperti diletakkan di kelas di
sekolah tok. Mayatnya diletakkan didalam keranda seperti org cina. Tak
tahu lah kenapa tok mimpikan perkara ni. Mimpi ni asyik berulang-ulang
sampai 3 minggu rasanya. Kadang-kadang rasa takut nak tidur pun ada.
Yang pelik tu, yang tok mimpikan tu masih hidup sampai sekarang. Itulah
mainan syaitankan.
Lagi
satu mimpi yang berkenaan hantu ni masa tok umur dalam 10 tahun, yang
mana tok telah bermimpi di kejar pontianak. Perghhh bila tidor
berpeluh-peluh seperti betul-betul di kejar hantu. Kebetulan masa tu tok
sedang menghafal ayat-ayat untuk menghalau makhluk halus ni. Mungkin
sebab tu ujian ni datang. Lama juga mimpi macam ni, tapi lama kelamaan
bila guna ayat-ayat yang dihafal tu, semua hantu dalam mimpi tu
menjauhkan diri.
Dua tiga tahun lepas tok bermimpi menjumpai
hantu di bilik air di pejabat tok. Tapi tok rasa bukan mimpi tapi
gangguan sebabnya di tempat keje tok tu orang selalu jumpa yang
bukan-bukan. Ada yang pernah kena sakat, tengah buat keje dalam jam 8
malam tu, tiba-tiba terjengul budak depan meja dia. Tersengih jer
mukanya. Dua tiga kali pandang baru dia hilang, apa lagi member pun
cabut balik rumah la.
Lagi satu bila nak balik dari buat over
time tu ada pulak jumpa perempuan baju putih dengan rambut mengerbang
panjang tengah mengadap kat mesin punch card tu. Tak jadi lah punch card
dia orang tu terus lalu tempat lain. Yang tok mimpi masa tu tok balik
lambat dalam jam 8 malam pergi bilik air, masa tu tak jumpa apa-apa
hanya bulu roma jer meremang. Rupa-rupanya dia ikut tok balik rumah. Tu
yang jam 12 tengah malam mengigau member tu nak menghampiri tok, sempat
juga tepis-tepis sebelum bangun dari tidur tu. Yang tok mimpi tu yang
baju putih tu lah. Suka sangat nak mengacau orang benda-benda ni.
Kadang-kadang
kita perlu sentiasa berhati-hati walau dimanapun kita berada kerana
makhluk halus ni berada di mana-mana. Patut lah orang dulu-dulu kalau
lalu pada satu-satu tempat tu minta izin dengan ucapan anak cucu
tumpang lalu. Betul lah anak cucu sebab umur diaorang tu beratus-ratus
tahun dan yang beribu-ribu tahun. Fikir-fikirkan lah yer apa yang tok
ceritakan. Jadi jangan pandang belakang bila malam-malam hari tu, takut
terkehel tengkuk tu nanti hehehehehe
mimpi satu petanda 2
Mimpi
lagi kan. Begitu lah mimpi sebenarnya membawa banyak petanda pada tok.
Banyak sekali mimpi yang tok alami di masa kecil dan ianya berhenti pada
umur tok 14 tahun. Sehinggalah dua tahun yang lepas barulah tok
mendapat mimpi semula.
Ada dua mimpi yang yang paling bermakna
dalam hidup tok semasa kecil dulu. Kira-kira umur tok 8 tahun tok telah
bermimpi pergi ke hujung kampong dan telah menemui seorang tua yang
lengkap berpakaian hitam seperti pahlawan zaman silam. Dalam mimpi tu
tok telah disapa oleh pahlawan itu dan tok pun menghampiri beliau. Dalam
mimpi tu tok telah diserahkan sebilah keris yang semuanya serba hitam,
dari hulu, sarung dan bilahnya semuanya hitam. Tapi tok tak berapa ingat
luk nya berapa. Keesokkannya tok telah bercerita kepada mak tok
mengenai mimpi yang telah tok alami. Emak tok telah menemui nenek tua di
kampong yang pandai menafsirkan mimpi tu. Menurut tafsiran beliau orang
tua yang berpakaian hitam tu adalah moyang dari keturunan tok dan keris
tu sebagai tanda bahawa ia akan menjaga tok daripada dalam diri tok
sendiri.
Satu lagi mimpi yang tok alami, tok telah dibawa ke tepi
pantai yang dapat tok kenali tetapi berbeza keadaannya dengan keadaan
yang nyata. Dalam mimpi tu tok telah dibawa oleh seorang perempuan tua
ke dalam sebuah pondok usang kayu yang beratap rumbia. Dalam mimpi tu,
orang tua ni telah menunjukkan kepada tok bagaimana untuk mengurut orang
yang terseliuh dan melegakan urat-urat badan yang tersimpul. Beberapa
hari juga lah tok bermimpi perkara yang sama.
Selepas mendapat
tafsiran mimpi ini, baru lah tok mengetahui bahawa nenek tua itu ingin
mengajar tok cara-cara mengurut orang. Orang tua yang mengajar tok itu
dengar cerita pernah hidup dulu dan menjadi tukang urut yang handal di
kawasan tersebut. Betul atau tidak, itu hanya menurut penceritaan mulut
ke mulut orang tua-tua dulu. Memang selepas tu tok ada kelebihan serba
sedikit mengurut tetapi tidak pandai sangat.
Tidak semua mimpi
itu membawa makna dan tidak juga semua mimpi tu tidak bermakna. Jadi
makna yang sebenar itulah yang kita perlu cari. Renungkan dan fahami lah
maksudnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan