Rabu, 21 Ogos 2013
Kekasih ( Famili@Delima Merkah )
Siapa yang tidak menyintai kekasih. Kekasih adalah teduhan rindu yang amat damai untuk didekati. Jika anak bujang bercinta tentunya menepati janji & kesetiaan amat penting dalam mencapai matlamat cinta bagi pasangan kekasih. Amat gumbira bila dapat berjumpa. Asmaradana. Janji mestilah dikotakan, kesetiaan pula mestilah kekal buat selamanya. Cinta yang suci adalah cinta yang berlandaskan Agama. Tiada noda di dalamnya & bergaul mengukit lunas Agama.
Allah Azzawajalla amat menyayangi pasangan kekasih yang bercinta kerana Agamanya. Bernikah mengikut saranan Islam. Setelah bernikah saling ikhlas & jujur menyintaan pasangan. Kekasih yang jujur & tidak bertopeng dengan kepuraan tentunya akan mengeratkan jalinan dalam rumahtangga. Saling boleh berlebih kurang serta bertolak ansur tentunya akan memudahkan perjalanan kehidupan. Selalunya pasangan yang berjaya dalam kehidupan adalah lantaran persefahaman antara suami isteri yang dulunya bercinta setulusnya.
Bercinta sebelum berumahtangga tentunya amat berbeda dengan kemelut cinta semasa berumahtangga. Bercinta bagi orang bujang amat mudah untuk berlaku keretakan lantaran tiada pengikat selain dua hati. Pasangan kekasih akan sekadar menderita putus kasih & lambat laun akan mendapat penganti; berbeda dengan kemelut cinta setelah berumahtangga; Sampai berlaku perceraian. Anak-anak yang sepatutnya menjadi pengikat kasih akan menjadi mangsa. Bukan perkara kecil kini lantaran perceraian, anak-anak amat mudah terdedah dengan masalah sosial & keruntuhan akhlak. Lantaran tidak dapat menerima kehancuran cinta antara ibu & ayah mereka.
Maka dalam catatanku di situsi ini kerap amat aku melahirkan rasa terkilan di hatiku lantaran melihat pasangan suami isteri yang makin meminggirkan nilai cinta terhadap pasangan masing-masing. Cukuplah bilamana aku menghadiri majlis kenduri kahwin seperti siang tadi. Ramai suami isteri yang tidak membawa pasangan menghadiri majlis yang sepatutnya dapat merapatkan persaudaraan & kasih sayang. Jika datang berpasangan. Budaya ibu yang pergi sendirian atau ayah yang sekadar membawa anak-anak sahaja ke majlis kenduri begitu sudah dapat mencerminkan renggangnya ikatan pasangan yang namanya kekasih. Bayangan budaya ini kenalah disekat dari terusan berakar umbi di kehidupan kita.
Rebutlah peluang berjalan bersama pasangan kita, apatah lagi faktor umur yang makin singkat ini.
Begitu juga dalam mengharungi suasana harmoni dalam rumahtangga. Bertuahlah bagi pasangan yang sentiasa tinggal sebumbung dari awal pernikahan hinggalah ke akhir hayat. Di zaman kini atas tuntutan kerjaya atau mengejar cita-cita ramai pasangan yang bertindak tinggal berasing; Berjumpa di hujung minggu & hanya berkumpul semua keluarga yang selalunya sekadar dua hari dari seminggu. Jika kita menyingkap kehidupan pendatang asing ke negara kita mereka lagilah jauh berpisah dengan anak-anak suami atau isteri. Tentulah gejala perjarakan ini amat rumit & akan merenggangkan ikatan cinta pasangan kekasih jika silap mengharunginya. Bila berjauhan hanyalah kejujuran pasangan yang bakal mengekalkan kesetiaan.
Aku sendiri yang terperangkap dengan gejala perjarakan ini terkadang merasakan kekosongan yang amat sangat bilamana saat yang sedikit dapat bersama terabai begitu sahaja. Aku bercerita ini bukan dari catatan peribadi tetapi ramai lagi teman keliling yang tinggal berasing dengan suami atau isteri mereka. Amat terasa kekosongan di jiwa mereka biarpun sedalam mana cinta mereka. Apatah lagi seorang suami akan lebih tertekan bilamana isterinya pulang dengan layanan dingin.
" Jam berapa orang rumah Mus akan sampai? " Aku lihat ada kemeriah di wajah Mus. Hari ini Jumaat berbanding Isnin lalu muram amat.
" Melalui SMSnya sekitar jam 11:00 kot di sampai di Hentian Serdang " Sejak senja tadi tiba-tiba Mus muncul di makmalku.
" Habis anak macam mana? Mus ambil dulu ke atau nak ambil dengan Watie nanti? " Anak Mus baru seorang berumur setahun lebih dijaga kakak Watie isterinya yang tidak berkerja. Surirumah di Shah Alam.
" Macam mana nak pegang dia dalam kereta iDAN .. esok baru aku & Watie ambil dia "
" Tiap minggu ke dia berulang naik bas, mengapa tak kasi dia bawa kereta? "
" Kadang-kadang aku yang ke Kluang tu, jauh iDAN tak berani aku nak lepaskan dia seorang memandu jauh "
" Habis kalau kau ke sana, anak macam mana? Tak jumpalah dengan emaknya! "
" Itulah pasal, aku pening tu... " Nampak gusar wajah sahabtku Mus.
" Maaflah Mus, aku ni merisaukan kau sahaja "
Tentunya jadi dua minggu seorang emak tidak berjumpa anak. Itu cerita Mus, belum lagi cerita Eris yang telah lebih tiga tahun tinggal berjauhan dengan isteri. Terkadang bergolak terkadang nampak mereka amat bahagia. Aku rapat dengan Eris, isteri Eris Maria dulunya memang bagaikan adik kandungku sendiri. Cumanya kini bila dia jauh begitu hubungan aku dan Maria agak renggang. Memang tiada peluang yang sesuai untuk berjumpa. Jika Hari Raya pun masing-masing sibuk mengejar haluan sendiri. Apatah lagi kampung kami lain negeri, Eris di Melaka, Maria di Yong Peng; Aku pula selalunya akan berkampung di Meru Klang.
Jangan ada orang ketiga, tidak kiralah bagi pasangan kekasih yang bujang atau berkahwin. Orang ketiga yang sebagai batu api atau penangguk di air keruh. Tidak kiralah kawan sendiri, mertua atau paling bahaya orang luar. Apatah lagi jika seorang isteri yang mengadu masalah kepada seorang lelaki, suami yang mengadu masalah dengan seorang perempuan. Amat mudah akan pecahnya keintiman cinta. Kekasih yang bergelar isteri amat sifar pertimbangannya berbanding suami. Memang itu telah tersurat dalam Agama kita. 1/9 pertimbang bagi seorang perempuan berbanding 9/1 bagi seorang lelaki. Kerap pasangan kekasih berpecah lantaran adanya hubungan orang ketiga di pihak perempuan. Selalunya begitu. Lelaki paling tidak pun akan mencari jalan bermadu kasih.
Amatlah besar dosa seorang isteri jika menduakan cintanya terhadap suaminya berbanding suami; Kenapa? Cinta suci pasangan kekasih selalunya akan berakhir dengan pernikahan. Jika isteri bercinta dengan lelaki luar tentunya amat bertentangan dengan cara hidup Agama Islam. Pergaulan lelaki & perempuan dalam Islam sebenarnya tidak sebebas kini. Sebagai contoh isteri hanya boleh membenarkan tetamu masuk ke rumah atas keizinan suami. Itu amat jelas. Maka bertolak dari hukum itu. Samalah juga isteri dibenarkan keluar rumah berkerja hanya untuk mencari rezeki bukan mencari cinta.
Berurusan dengan lelaki luar adalah atas urusan kerja; itu amat jelas. Bukan urusan lain yang jauh sekali sampai menerbitkan rasa cinta. Namun ramai para isteri telah menodai kebebasan ini; menjadikan kekeruhan & pergolakan rumahtangga sebagai alasan mencari cinta lain.
Sedangkan pasangan kekasih yang sejati, perlulah menepati janji, kesetiaan yang abadi, tolak ansur yang seimbang, cinta hingga ke akhir hayat. Jodoh sebenarnya bukan mainan, isteri yang setia lagi beriman akan dipermudahkan masuk ke syurga dari mana-mana pintu jika suaminya reda akan pemergiannya ke alam baqa.
Cubalah bayangkan bagaimana runtuhnya rumahtangga yang bahagia bila ujudnya orang ketiga. Contoh terdekat adalah masalah keluarga Arwah Nasha. Bagaimana anak-anak arwah yang masih kecil ketakutan dengan ayah tirinya. Kasih sayang ayah tiri memang tidak akan sama dengan ayah sendiri. Begitu juga sebaliknya, kasih sayang ibu tiri tak mungkin sama dengan ibu sejati.
Aku teringat perbualan aku dengan Stopa seorang pengikut Tablik.
" Emak aku silap memilih pasangannya setelah ayahku meninggal.." Entah macam mana boleh terkeluar ayat itu masa kami berbual ketika membuat penyelidikan trafik sekitar Kuala Lumpur.
" Kenapa kau cakap begitu Stopa..? " Aku nampak wajahnya tenang lantaran sentiasa berzikir.
" Habis dikikisnya harta keluarga kami.. hinggakan kami adik beradik purak peranda " Semasa ayahnya ada memang Stopa dari kalangan orang berada.
" Habis tu emak kau masih lagi menyintai lelaki itu biarpun kini hidup keluarga Stopa makin susah " Sekadar ingin tahu.
" Payah iDAN, nak menyedarkan emak sendiri, lagipun kami banyak membantu emak bila sudah berkerja begini.." Huh! susah bila perempuan kian lemas dengan janji palsu lelaki.
Kes keluarga Stopa bernikah cara sah tanpa noda. Aku terkilan bilamana kalangan sahabat sendiri terjebak dengan godaan iblis yang sampai melakukan kecurangan. Tidak terasakan pun diri bersalah & diperangkap noda. Tidak takut akan hukum hudud, biarpun taat sembahyang...!. Tahu akan hukum Hudud, isteri atau suami yang berlaku curang dijatuhkan hukuman rejam sampai mati. Itu jelas... tapi nampak tidak nampak saja... langsung tidak takut malahan tambah sombong lagi ego dalam bergelumang dengan noda mereka.
Seperkara yang jelas; Isteri tidak boleh bernikah dua berbanding suami. Berbeda suami yang dibolehkan bernikah sampai empat isteri. Perkara ini yang perlu semua para kekasih berfikir kenapa Islam begitu. Kenapa agaknya ujud berbedaan hak & kebebasan cinta dari dua jantina yang berbeda ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan