BANGKOK - Suasana di luar Stadium Supachalasai
sebelum perlawanan Thailand dan Malaysia petang semalam, cukup meriah
dan harmoni tanpa sebarang kekecohan di antara penyokong kedua-dua
pasukan.
Berbeza dengan perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Rajamangala
yang sunyi tanpa kehadiran ramai penyokong, Supachalasai yang pernah
menjadi stadium nasional negara itu satu ketika dahulu, dipenuhi oleh
majoritinya penyokong Thailand.
Kira-kira satu jam sebelum perlawanan bermula pukul 7.00 petang waktu
tempatan, sorakan dan kibaran bendera gergasi daripada penonton
Thailand memeriahkan suasana sambil turut diikuti penyokong Malaysia
yang hadir.
Kehadiran kira-kira 800 peminat setia Harimau Malaya di luar stadium
langsung tidak diganggu oleh rakyat Thailand malahan sempat bergambar,
membuktikan semangat setiakawan dua buah negara yang berjiran itu cukup
utuh.
Wakil Ultras Malaya yang sempat ditemui, Redzuan Ahmad, berkata,
sikap penyokong Thailand wajar dipuji kerana tidak melakukan sebarang
provokasi dan ramai penyokong Malaysia berasa selamat berada di sini.
"Kami penyokong Malaysia yang kebanyakannya baru tiba semalam dan
hari ini. Sejak berada di Bangkok tidak wujud sebarang masalah dan
kebanyakan mereka menyambut dengan baik.
"Berbanding dengan penyokong Indonesia dan Singapura, rakyat di sini nampak lebih sporting dan menganggap kami seperti sahabat.
"Kami bebas berada di luar stadium dan ramai juga yang berbual-bual
dengan kami di samping sempat bersalaman sesama sendiri," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan