Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 13 Disember 2012

Harimau Malaya 10 bertempur 11 Gajah Putih

Fadhli meninggalkan padang selepas dilayang kad merah oleh Lee Min Hu, semalam.  
 
Fadhli meninggalkan padang selepas dilayang kad merah oleh Lee Min Hu, semalam.
Saya kesal kerana jadi punca kekalahan pasukan; Maafkan saya: Fadhli

"Saya minta maaf kepada rakan sepasukan dan seluruh rakyat Malaysia. Saya sendiri tak tahu kenapa pengadil membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada saya," kata pemain pertahanan Harimau Malaya, Fadhli Shas.

Dia dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-44 selepas berlaku pergeseran dengan pemain Thailand, Datsakorn Thonglao susulan kekasaran ketika perebutan bola 50-50 di udara.
Fadhli, 21, dikatakan tidak beraksi secara kasar, namun pengadil dari Korea Selatan, Lee Min Hu dilihat begitu 'baik hati' melayangkan kad kepada pemain negara.


"Pada mulanya saya cuba mencabar bola di udara tetapi disiku pemain nombor 7 (Datsakorn). Selepas itu, saya cuba bertanya kepadanya dan saya tak tahu kenapa pengadil beri kad kuning buat kedua-dua pemain.

"Memang sangat kecewa kerana dibuang padang dan saya cukup kesal kerana menjadi punca kekalahan pasukan," kata Fadhli ketika ditemui selepas perlawanan.

Saya tak tahu

Ditanya kemungkinan pengadil berkenaan 'terlupa' yang dia sudah menerima kad kuning pertama pada minit ke-7 dan sepatutnya hanya memberi amaran lisan kepadanya dan Datsakorn pada insiden itu, Fadhli berkata: "Saya pun tak tahu nak kata apa. Cukup kecewa dengan keputusan pengadil."
Selepas ketiadaan Fadhli, Thailand akhirnya berjaya merobek gawang Malaysia sebanyak dua kali menerusi Teerasil Dangda minit ke-60 dan Theerathon Bunmathan, empat minit kemudian.

"Saya yakin jika 11 lawan 11, kita masih mampu untuk menyaingi Thailand, tapi apabila main 10 orang, memang susah. Saya minta maaf sekali lagi kepada rakan sepasukan dan rakyat Malaysia," katanya.

iDAN: Main bola kena bersabar jangan pula nak gaduh-gaduh. Jika telah berlaku pergeseran jangan tunjuk panas baran. Pengadil punyai hak mutlak nak kasi berapa banyak kad; apa dia hairan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan