Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 15 Disember 2012

DEMAM 4


Malam tadi aku tidur di kamar atas sendirian. Cuba tukar angin tidur malam. Masih tak ketentuan sebab suasana tingkat atas agak panas biarkan aku telah pasang kipas penyedut udara panas siling.

2. Mimpi malam pula setaraf dengan IGAUAN yang tak menentu. Macam ada pesta di mana aku ikut rombongan. Apabila mahu pulang bas telah menunggu barangan yang aku beli di pesta masih bersepah di kamar sewa. Tak sempat kemas & aku lihat ada tukang agih-agihkan barangan kepunyaan yang aku sayang ke orang lain.

3. Demam satu hal kecil tapi mimpi, igauan rasa tak selesa menjadi satu kesakitan yang tak larat nak ditanggung. Tapi aku masih boleh bangun biarpun badan rasa tak kebah. Kehidupan memang begini bila telah tua. Jika diserang sesuatu penyakit akan ambil masa untuk kembali pulih. Selalunya pasti sekitar seminggu dua. Redakan saja.

4. Maka itu aku memilih bersara awal; bayangkan jika badan tak sihat sampai seminggu dua bagaimana mahu menghadapi tugasan. Ini satu petanda yang hidup ini telah tak mengizinkan aku menjadi manusia normal. Penyakit kronik yang sentiasa menghantui diri jangan silap sikit. Silap makan atau terkena hujan sekalipun boleh membawa akibat didera sakit yang agak panjang.

5. Bila melihat ada orang telah berusia sekitar 70an masih sihat & cergas bergerak; ianya satu rahmat yang perlu disyukuri. Rata-rata kita kini sukar mencapai usia 70an. Bagi mereka yang telah pun ke ambang Warga emas. Telah masuk ke usia 50an adalah dinasihati banyak muhasabah diri. Jangan ada sikap ego hebat & lupa diri.

Dunia sebenarnya telah pun mengucapkan Selamat Tinggal dengan awak tetapi awak yang tak sedar diri masih lupa diri masih tak sedar yang KUBUR sudah berkata mari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan