Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 15 Disember 2012

Kampung Tempat Bersara


Ramai kalangan rakanku yang berhijrah ke bandar kini keberatan untuk pulang ke kampung halaman. Alasan mereka tak ada apa lagi di kampung sana. Rakan pun kebanyakan berhijrah juga. Yang tinggal cuma generasi baru yang tak dikenali & akan rasa terasing di kampung nanti.

2. Isunya kini, apa akan jadi kepada tanah pusaka. Amat malang berlaku kini dijajah orang luar yang bukan warga kita. Orang kaya adan kedudukan semakin menjajah kampung halaman. Tempat tumpah darah & kenangan apak enak nenak moyang kita jadi asing buat kita.

3. Cer cuba bayangkan tanah yang kita mampu beli di kota ini; hanya sekadar tapak rumah; bukan banglow pun hanya rumah teres. Tiap tahun cukai pintu & cukai tanah bila-bila masa akan dinaikkan.

4. Bila dah tua fikirkanlah apa aktiviti yang sesuai dilakukan. Selain berulang alik ke surau atau masjid apa lagi aktiviti hari tua. Apa nak dibanggakan jika kos hidup makin mahal nak makan KFC pun bukan selalunya mampu. Bahagia sangatkah bila nak keluar rumah pun asyik nak beralah dengan deretan kenderaan. Rumah pun terpaksa selalu dikunci kut dimasuki budak dadah yang pantang kita terleka.

5. Saat masih berkerja bolehlah kata awak tu suka kat bandar bila nanti sudah bersara tahulah betapa kosongnya dunia kota batu ini. Baguslah awak nak pencen ketika usia 60 tahun; ramai rakanku tak sempat pencen pun telah mengadap Ilahi. Sudah itu yang awak pilih dan dambakan.
— bersama Hanusi Hashim dan 5 yang lain.
Ramai kalangan rakanku yang berhijrah ke bandar kini keberatan untuk pulang ke kampung halaman. Alasan mereka tak ada apa lagi di kampung sana. Rakan pun kebanyakan berhijrah juga. Yang tinggal cuma generasi baru yang tak dikenali & akan rasa terasing di kampung nanti.

2. Isunya kini, apa akan jadi kepada tanah pusaka. Amat malang berlaku kini dijajah orang luar yang bukan warga kita. Orang kaya adan kedudukan semakin menjajah kampung halaman. Tempat tumpah darah & kenangan apak enak nenak moyang kita jadi asing buat kita.

3. Cer cuba bayangkan tanah yang kita mampu beli di kota ini; hanya sekadar tapak rumah; bukan banglow pun hanya rumah teres. Tiap tahun cukai pintu & cukai tanah bila-bila masa akan dinaikkan.

4. Bila dah tua fikirkanlah apa aktiviti yang sesuai dilakukan. Selain berulang alik ke surau atau masjid apa lagi aktiviti hari tua. Apa nak dibanggakan jika kos hidup makin mahal nak makan KFC pun bukan selalunya mampu. Bahagia sangatkah bila nak keluar rumah pun asyik nak beralah dengan deretan kenderaan. Rumah pun terpaksa selalu dikunci kut dimasuki budak dadah yang pantang kita terleka.

5. Saat masih berkerja bolehlah kata awak tu suka kat bandar bila nanti sudah bersara tahulah betapa kosongnya dunia kota batu ini. Baguslah awak nak pencen ketika usia 60 tahun; ramai rakanku tak sempat pencen pun telah mengadap Ilahi. Sudah itu yang awak pilih dan dambakan.

  • Anda, Azaddin Abd Hamid, Adibah Adib dan 3 yang lain menyukai ini.
  • Rosli Abdul Aziz Idan: Kemodenan bandar kita dah rasa. Kalau balik ke kampung pun bukannya jauh ke dalam sangat. Changkat Tualang ke Ipoh baru 45 minit. KFC di Gopeng pun ada, baru 15 minit. Ke Batu Gajah dan Malim Nawar pun dekat. Suasana kampung tenang, kalau lalu makan ikan darat, tak payah beli ikan di market. Barang2 lain kedai Kosai pun ada jual, taraf Mydin juga: semua ada.... Cuma nak hantar tuisyen anak2 jer yang susah.
  • Catatan Idanradzi anak-anak sy kira sekitar 2 tahun lagi dah bawa diri; yang bungsu tahun depam PMR ingat kalau dia dapat tinggal di asrama biarlah dia di asrama; si Anif lepas SPM mesti kena belajar jauh dari Jenaris... biarlah mereka berdikari.
  • Catatan Idanradzi sy malu nak ke kedai Kosai sbb arwah waris/keluarga banyak berhutang dengan dia; dah kasi tahu anak-anaknya agar dikit-dikit bayar kat dia; ingat kalau sy ada duit lebih pun nak ansurkan hutang tu...
  • Catatan Idanradzi Sy suka ke pasar lambak ahad di batu gajah, meriah barangan kesukaan sy seperti ulaman banyak dijual; ikut jalan lombong mmg kejap saja dah sampai...
  • Rosli Abdul Aziz Kalau kita banding pola migrasi dalaman, dari bandar ke luar bandar adalah terendah. Kos sarahidup di kampung adalah rendah. Teman ingat kalau mike ingin balik ke kampung. dah boleh mula buat persediaan dari sekarang Idan...
  • Catatan Idanradzi bajetnya masih tak cukup; ingat sebermula dengan rumah kabin sbb si lop jiran sy masih ada; boleh suruh dia tengukkan letak kabin tu sebelah rumahnya dah perhatikan lokasi kabin jika sebelah rumah lop memang menarik; adiknya mmg ada masalah dadah tapi dengornya dah masuk penjara; jadi lega sikit sekitar setahun dua... bila dah ada kabin senang nak bertanggak; rakan lama mmg tukang rumah katanya kerja di sek keb kg changkat tualang itu berita baik; mungkin dia boleh tolong buat binaan konkrik rumah pusaka tu pelan-pelan.
  • Catatan Idanradzi berulang kg ingat naik keretapi saja; letak kapcai sekitar batu gajah ada ramai waris kat sekitar sana; sbb kota bharu keretapi tak berhenti kut.
  • Rosli Abdul Aziz Hahahaha! Nostalgia pekan minggu hari Ahad. Naik basikal ikut Redang Sawa. Lepas tu tgk wayang di panggung Wah Onn...
  • Rosli Abdul Aziz Katakan mike buat rumah 3 bilik, pakai cement block, bata putih dan bumbung zink ( buat siling takut panas). Lantai tiles.....rasanya tak ler mahal sangat.
  • Catatan Idanradzi mana boleh lupa sy suka buat koleksi pisau lipat.. makan mee kari cina di batu gajah mmg sedap... tetiba heboh kononya org nampak cina tu jinjing katak; heboh satu kampung...
  • Catatan Idanradzi bumbung dah siap cikgu; cumakan kemaskan saja... ikat tiang & ikat batu bata...
  • Rosli Abdul Aziz Kedai Mee Fong.......dekat Shell. Teman pun makan si situ.
  • Rosli Abdul Aziz Arwah bapak teman ada dapat tanah dekat kilang simen. Ada juga angan2 nak buat rumah untuk santai hujung minggu. Kawan2 dikampung seronok benar dengar teman nak balik semula ke kampung....
  • Catatan Idanradzi jaman dulu gambor wayangnya merah saja tapi dah kira hebat.. setiap jumaat malan sabtu selalu ada wayang longgok di kongsi Osborne & Chappel...
  • Catatan Idanradzi Kita makin tua, jika teringin balik kampung ada bajet buatlah pondok kecil; tak mesti pindah kampung tapi cukuplah orang kata ada kampung sesekali beraya di kampung menarik juga;
  • Catatan Idanradzi macam sy rasa dah tak seronok balik meru; sejak mak mertua tak ada (pak mertua dah lama tak ada) adik beradik mila dah tak sepakat mana; kalau balik pun nak tidur di meru tu dah tak seronok mana.
  • Catatan Idanradzi Kedai Mee Fong... betul tu sedap amat mee karinya
  • Catatan Idanradzi Ingat kalau ramai semula naik keretapi bukan mustahil keretapi berhenti di kota bharu dah stesennya nampak besar; dulu mmg raya naik keretapi ke perak sampai kota bharu pesan-pesan org kg suruh arwah apak jemput di kota bharu
  • Rosli Abdul Aziz Sepatutnya stesen tu dibuka semula. Ramai dah orang di sana: Pekerja kilang simen, students SBP dan Matrikulasi.
  • Zubaidah Khalid Ina · 2 mutual friends
    Sy pun dh lame x balik kg ( tapi kg redang sawa)...x lah jauh dri ipoh....nnti lau ade mse nk ajak ank2 jengah kg redang sawa...pstu g changkat tualang pulak...tengok sek lama....tapi klau dpt g ramai2 pun best jugakan....
  • Rosli Abdul Aziz Zubaidah: Redang Sawa dah tak jauh dari Kg Pisang, stesen keretapi baru Batu Gajah. Naik ETS cepat sampai. Teman orang Changkat Legong, tapi kita semua kira sekampung ler kan?
  • Catatan Idanradzi Changkat Legong; Changkat Tualang, Redang Sawa & Bakap tu asalnya mmg rapat; apa-apa aktiviti macam ada keraian sukan kugiran atau majlis kenduri kendera pasti org yg sama akan berkunjung; Samalah Kota Bharu; Kg Lalang... bila sebut Syed Sharifah dah tentu kaum keluarga & waris kami... Anif anak no 3 tu pun dah dipulangkan dengan Tuan Syed di Changkat Legong; tak ingat nama tapi semuanya arwah Opah Bi yang punya sorehkan...
  • Catatan Idanradzi Bakap tu masih tak berpagar tapak lombongnya jadi ramai org berkhemah ngail ikan sekitar Bakap... sy mmg tak setuju sekitar Changkat Tualang Redang Sawa ada org luar bikin pagar tapak lombong tu... sy anggap ini jajahan secara TIDAK BAIK... sy perhatikan bukan jaga persekitaran kampung tapi nak jual pasir ternak itik cemarkan keindahan kg.
  • Catatan Idanradzi Sebelum Changkat Keling dengar khabar ramai orang sekitar Kopisan dapat tanah lot; terkilan sebab org sekitar kg yang dekat tak tahu pun berita agihan tanah lot ni;
  • Hanusi Hashim · 9 mutual friends
    Yeop..tkenang kg kita jiwa rasa sepi..org yg kita syg dah x mandang.yg ada cuma pusara mereka ...pun yg x selalu teman kunjungi.ingin kembali mcm zaman kecik dulu..balik sekolah terbayang masakan emak..ikan lampam masak lemak bunga kantan..g mancing ka...Lihat Lebih Banyak
  • Rosli Abdul Aziz Teman terkenang zaman dulu di kampung, duit tak ada tapi hati gembira. Kayuh basikal pergi ke Kota Bharu, beli ais kepal kedai Nya, bapak Abi, Ah Yoke dan Si Solo. Lepas tu makan mi rebus kosong 20sen tak ada telur kedai Kak bibah dan Mamak Aziz. Anak ...Lihat Lebih Banyak
  • Catatan Idanradzi Si Ifah anak Pak Neh (Mereka ni ada keturunan Raja... tu yg garang amat kut) masih niaga kat Seri Kembangan; masa sy nak nikah dengan Mila dia banyak bantu sy; ke hulu ke hilir dengan sy sampai ramai sangka Ifah ni tunang sy... Nya ni tiap bulan hantar majalah ke rumah sy; sy cukup sayang semua majalah yg emak sy beli; tapi arwah abg din & keluarganya tinggal di rumah pusaka habis semuanya punah.
  • Catatan Idanradzi Ed sementara kudrat tu ada carilah duit secukupnya; kalau dapat menabung sikit-sikit masuk ASB kalau tak suka ASB Tabung Haji lebih kurang saja; bila dah sakit macam yeop ni duit tak pernah cukupnya; anak-anak masih nak bantuan kita; mmg sekarang Mila tu banyak membantu yeop dalam urusan rumah tangga.

    Ed masih okey rumah pusaka tu biarpun kadang-kadang dipecah org; dulu khbarnya yang pecah org kita kebal juga...si Tebai tu dah masuk penjara kata si Lop abgnya dia curi pokok sentang belakang rumah yeop tu (bukan yeop punya tanah) mmg yeop pun takut tenguk besarnya lebih dari dua pemeluk. Bagus juga si Tebai tu kasi jual kalau tumbang ngepap rumah pusaka yeop mmg penyek.
  • Catatan Idanradzi Org dadah ni nak kita buat macam mana repot polis nanti masuk lokap keluar balik...

    Sementara ada rumah kampung sesekali ajaklah adik beradik berlonggok seronok juga; jangan balik sorang rasa sunyi pulak; paling tidak ada tempat bertanggak; masih ada
    kampung... kalau kita fikir pun nak balik kampung nak buat rumah cantik pun umur kita tak panjang mana; biarlah kita sekadar ujudkan tempat anak cucu kut nak rasa suasana kampung; biarlah mereka sambung kenangan di kampung jika mereka mampu; kita buat jambo saja dah cukup; minggu depan ni yeop balik kg sbb nak hantar basikal tua & basikal Chopper yeop dapat dari KK.
  • Catatan Idanradzi Ikatan hati yeop masih di sana... tapi sedihnya tak ada siapa kasi sokongan; semua kata yeop dah tua; tak larat nak tampor nyamuk lagi ni kan pula nak pulihkan dusun di kampung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan