Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 9 Disember 2012

Harimau Malaya Jangan JINAK Lagi.

Malaysia di tangga ke 163  Manakala Thailand 152  dalam penilaian FIFA taklah sejauh mana hebatnya mutu pasukan Gajah Putih berbandang Harimau Malaya. Tadi aku lihat kita boleh main & hampir mengalahkan Thailand. Cumanya kita tak ambil peluang yang banyak tersaji. Penat mahu bawa bola ke kawasan penalti tetapi tiada penyudah.

2. Separuh masa pertama kita boleh kata seimbang dalam bab serangan ke pintu gol Thailand & dapat menyumbat satu gol pendahuluan. Tetapi rentak permaian pasukan Harimau Malaya bagaikan gerun & takut dengan tarian Gajah Putih di separuh masa kedua. Asyik bertahan tak mungkin boleh menyelamatkan pintu gol kita. Terlalu bertahan di depan pintu gol musibahnya silap sedikit sahaja Thailand dapat sasaran mereka. 1-1 tentunya akan memberikan lebih peluang ke akhir sebab Khamis nanti kita akan bertandang ke negara Thailand.

3. Kita perlukan kekuatan mental & jangan sesekali melepaskan peluang yang ada. Ketika bermain di negara orang tanpa tumpuan penuh pastinya kita kecundang. Jika kita bertahan & penyudahnya mengecewakan pastilah matlamat mahu mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki ini akan hanya menjadi kenangan.

4. Harimau Malaya nampaknya kena lebih mengaum mengendap mangsa tanpa belas kasihan. Dari minit awal hinggalah ke akhir kena terus menyerang sampai habis tenaga. Jangan lagi diulangi bila dapat gol sebiji bak dapat 5 gol pendahuluan. Tak guna bertahan sebagai pasukan yang gagah jika cuma memiliki gol pertama. Membosankan. Lemas.

5. Kena ingat bola itu bulat lagi bergolek; takkan mungkin lawan akan memboloskan pintu gol sendiri; udah tu kenapa mesti menunggu lawan memberi bola mudah untuk kita menjaringkan gol. Cara menghantar bola pendek oleh pasukan Thailand nampaknya membuatkan mereka nampak lebih teratur permainannya. Kita berharapkan larian laju & sepakan jarak jauh terpaksa asyik mengejar bayang bola sahaja. Tanpa kesudahan.

Harimau Malaya jangan berlakon jinak lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan