Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 29 Disember 2012

JPJ Permohonan UbahSuai


UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ


Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri kesetabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:

  • Pemasangan "air spoiler'' dibahagian hadapan dan belakang.
  • Pemasangan ''side skirt'', ''aerofoil'' dan ''door visor'' pada kereta.
  • Pemasangan ''protecting guards'' pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
  • Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiotor,bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu.
  • Pengubahsuaian kecil dan melebarkan jarak tayar atau penahan lumpur.
  • Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (samaada jenis keluli atau fibreglass)      pada bahagian hadapan dan belakang.
  • Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
  • Pemasangan para bumbung.
  • Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
  • Pemasangan sun roof diatas bumbung.
  • Pemasangan sportlight atau lampu halogen (berwarna putih atau kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada.

Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.

Contohnya:-

    Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.

    Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.

    Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps.

    Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.

    Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.

    Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.

    Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung.

  • Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan
  • Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  • Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
  • Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
  • Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
  • Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.

Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.

UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ

Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-

    Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
    Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
    Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
    Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
    Pengubahan ke atas sistem brek.
    Pengubahan ke atas sistem steering.
    Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
    Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
    Penukaran enjin.



borang permohonan untuk meluluskan pengubahsuaian

(DIBERI PERCUMA)
______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

Tarikh :

Kepada :

Pengarah
Bahagian Teknik,
Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62620 PUTRAJAYA.

Tuan,

Permohonan Menambah Penumpang/Memasang Kanvas/Tambah Pagar Sisi/Iklan/Bawa Bot/Surf Board/Bawa Tangga/Tambah Tangki Minyak/Gear Manual @Auto/ _________________________________________________________

No. Pendaftaran : _______________________________
Model : _______________________________
Jenis Badan : _______________________________

Berikut disenaraikan syarat-syarat untuk permohonan yang tersebut diatas:-

Salinan Kad Pendaftaran

Salinan Lesen Perniagaan

Salinan Permit LPKP

Lakaran Menunjukkan Saiz Dan Berat

Lakaran Saiz

__________________________________


Sekian, terima kasih.

Tandatangan : ____________________________
Nama/Cop Syarikat : ____________________________
____________________________
____________________________
Nota : Yang Berkenaan

* Hendaklah ditaip

MODIFY KETA? ISI BORANG NIH.


PROSUDER TUKAR ENJIN
prosedur:

a. sblm konbet, kene hantar
    surat ke jpj putra jaya bahagian teknikal (kawal selia), memohon utk
    tukar engine.. 1.3 sohc ke pada engine yg diingini lah...

b. jpj putrajaya bah. teknikal (kawal selia) akan kuarkan surat kelulusan atau tak lulus...

c. kalau lulus, ko bleh teruskan buat konversion...

d. bila dah siap kete konbet, kene bawak kete ke mana2 jpj terdekat utk dipandu uji...

e. kalau lulus, jpj akan keluarkan surat lulus.,..

f. bawa surat jpj lulus nih tadi ke jpj putrajaya (kawal selia) dan
   dapatkan lagi satu surat dari mereka, dan dalam surat tu akan berbunyi
   lebih kurang macam ni la ayat dia " sila bawak kenderaan tuan ke
   puspakom utk pemeriksaan"...

g. bawak kete pegi mana2 puspakom
    utk test atas alat2 komputer pula, macam side slip, headlight, braking,
    chasis n sebagainye... bayaran: rm40 sahaja...

h. kalau lulus,
    sila ke jpj ke kaunter isik borang 6a kalau tak silap (lupe dah) utk
    potong no. engine lama pada geran... kalau roadtax masih hidup, kene
    isik borang lagi satu, utk refund balance roadtax 1.3 tuh... so
    biasanye benda ni makan 3 hari utk selesai.. dan dia akan suruh cabut
    cukai jalan 1.3 asal elok-elok, dan bagi kat dia.... kalau cukai jalan dah mati,
    kena tunggu dalam 30menet - 1jam je utk setelkan pemotongan no. enjin    lama...

i. lepas tu pergi ke ajen insuren utuk buat insuran baru
   (tambah dalam rm50-70 la) utk dapatkan insuran baru dengan no. engine
   baru...

j. pergi balik jpj dengan insuren ni tadi utk dapatkan cukai jalan.

F.A.Q:

a.  sblm konbet, kena hantar surat ke jpj putra jaya bahagian teknikal
     (kawal selia), memohon utk tukar enjin.. 1.3 sohc ke pada engine yg
     diingini lah...

Soalan : Kena bawa dokumen apa untuk memohon tukar enjin ni? Surat kastam? Resit
beli hafkat? Mesti beli hafkat dulu ke sebelum memohon surat kawal selia..

ini bukan nak apply surat kawal selia... ini memohon nak tukar henjin je...
kira '0' lagi takde apa-apa... just kita bagitau "saya memiliki satria 1.3 dengan no engine 4g13p bla bla bla, dan ingin memohon untuk menukarkan enjin nya kepada 4g62 dohc atas sebab enjin lama dah kong" <--- br="br">cth ayat, tak payah dokumen apa-apa

b.   jpj putrajaya bah. teknikal (kawal selia) akan kuarkan surat kelulusan atau tak lulus...

Soalan : Macamana nak tau kete kita akan lulus ke tak lulus? Takut dia lulus
tak lulus ikut mood je..Rugi je kang kalau dah bayar deposit hafkat..

dia akan luluskan kalau permohonan kita masih dalam had yg dibenarkan, cth
yg tak dibenarkan ialah 1.3 ---> 1.8, atau cc yg melampau2, atau
jenis engine yg tak sama langsung...

c.  kalau lulus, ko bleh teruskan buat konversion...

d.  bila dah siap kete konbet, kene bawak kete ke mana2 jpj terdekat utk dipandu uji...

e.  kalau lulus, jpj akan keluarkan surat lulus.,..

Soalan : Kalau dah conbert, dia tak luluskan macamana lak? Biasanya, apa yang menyebabkan JPJ tak luluskan di peringkat ini?

ok, kat jpj nih, diorang test drive kete kita, make sure suspension n
braking mantap... kalau 2-2 nih ok, memang takde masalah utk lulus....

f.  bawak surat jpj lulus nih tadi ke jpj putrajaya (kawal selia) dan
    dapatkan lagi satu surat dari mereka, dan dalam surat tu akan berbunyi
    lebih kurang macam nih la ayat dia " sila bawak kenderaan tuan ke
    puspakon utk pemeriksaan"...

Soalan :
Khidmat runner boleh digunakan lagi ke? Dengarnya, sampai ke Parlimen
complaint pasal runner..Ahli parlimen bidas runner boleh potong
barisan, boleh kasi lepas apa-apa conversion..Boleh pakai runner lagi
ker? Boleh beritahu runner yang dikenali..? Mesti ko kenal, orang kuat
Front Liners mesti ada ramai contact..

tak payah pakai runner, kalau konversion yg kita buat masih dalam had yg dibenarkan.. save duit, cuma masa la akan rugi sket.. sbb bnyak prosedur... runner still bleh pakai..

g.  bawak kete pegi mana2 puspakom utk periksa atas alat-alat komputer pula, macam side slip, headlight, braking,   chasis n sebagainye... bayaran: rm40 sahaja...

Soalan : Adakah surat puspakom ni laku di JPJ..? Kalau puspakom tak luluskan, kena tukar balik enjin lama? Atau dia tak usik dah pasal enjin? Chasis ada kaitan dengan enjin, kan? Dia usik pasal disc brake je ke, apa ke, benda-benda kecil tu je?

dah tentu2 surat puspakom yg jpj nih nak tengok sblm potong no. engine lama.. make sure buat copy utk setiap result, sbb jpj akan simpan yg ori....kat puspakom nih, dia chek kita punye brek, suspension, lampu tinggi, chaisis, side slip tapi semua pakai mesin, yg masa kat (b) tu kat jpj, diorang test drive je...

kalau tak lulus kat sinih, kita kene la repair ape yg tak lulus tuh, maybe brake ke, henbrek ke, tak perlu tuka balik engine lama... sbb jpj putrajaya dah kuarkan surat kawal selia... tapi kalau chasis kantoi ada potong body ke, kena sita la hehehhe...

ko kene tau beza test kat jpj ngan test kat puspakom... permohonan tu pon kene tau... ringkasan:

step:
1. mohon kat putrajaya nak tuka henjin

2. kalau putrajaya cakap boleh, baru pi cari hafkat, carik wokshop, dan buat konversion...

3. kete dah siap konbet, bawak pegi jpj negeri, utk test drive... bawa surat kelulusan/kebenaran dari jpj putrajaya tu sekali...

4. kalau lulus, diorang (jpj negeri) kuarkan surat "kereta ini selamat" dan lulus...

5. bawak surat lulus daripada jpj negeri nih utk ke jpj putrajaya utk dapatkan surat kawal selia...

6. jpj putrajaya kuarkan surat kawal selia... bawak surat nih pegi puspakom pula...

7. kat puspakom, tunjukkan dia surat kawal selia (jpj putrajaya) dan buat test atas mesin...

8. kalau lulus, pergi jpj negeri bawak result, surat beli henjin apo semua utk potong no. enjin...


TITIK.

Jumaat, 28 Disember 2012

Tabiat ke neraka


Ketika menziarah laman blog kawan2,ummi terjumpa satucatatan yang boleh dijadikan panduan untuk ummi dan insan2yang melawat ke blog ummi yang bernama WANITA....
Catatan itu bertajuk Tabiat ke neraka: 
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khususuntuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruhmereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". 
Seorang wanita lalubangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian?
Adakah sebab kami ini kufur?'  
Rasulullah SAW menjawab,
"Tidak.Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: 
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan:Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata,
"Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
(WAH! CELUPAR SUNGGUH WANITA .....)
Contoh 2:
Sedang memasak, gas habis. Kita mungkin berkata 

"Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis. " Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur
I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya olehseorang suami yang kurang faham isteri.
Rasulullah SAW berkata,
"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri ,jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi disuatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,
 "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak". 
(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, 

"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", 
maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana iadapat menyelamatkan
kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalanistighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk). "Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.

Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari.
Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari.
Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kitamenjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
b. Sabda Rasulullah SAW :
"Siapa yang melazimkan amalan istighfar,akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"
c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. 

Sedekah juga termasuk: 
1. Tuturkata / percakapan yang baik.Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayatbaginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.
Suatu hariRasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril,
"Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya" .
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga
Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang." 
SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT - Sabda yang bermaksud :
" Apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu
SEDEKAH JARIAHNYA,
ILMU YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN
DANANAK SOLEH YANG MENDOAKAN UNTUKNYA. "
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

SUAMI TERKEJUT LIHAT ISTERI BERLAKON FILEM SEKS


Seorang lelaki Mesir, Ramadan telah pergi ke sebuah cafe internet dan membuka laman laman porno buat pertama kali dalam hidupnya hanya sekadar ingin mencuba. Namun apa yang disaksikannya sangat mengejutkan apabila heroin filem lucah itu adalah isterinya sendiri. Tidak menunggu lama, lelaki itu segera pulang ke rumah untuk bersemuka dengan kecurangan itu.

Pada mulanya wanita itu menafikan dia berlakon filem lucah dan meminta suaminya menunjukkan filem itu. Namun tidak lama kemudian isteri curang itu mengaku juga kesalahannya. Menurut isterinya, dia tidak pernah mencintai Ramadan walaupun mereka mendapat 4 anak sepanjang 16 tahun perkahwinan mereka.

Bukan itu sahaja, wanita ini turut mengaku melakukan aksi mesra itu dengan bekas kekasihnya.
"Saya melihat ada 11 filem lucah yang dilakonkan oleh isteri saya. Isteri saya mengaku masih cintakan kekasih lamanya kerana mereka masih sama-sama muda berbanding saya yang sudah tua.Sebelum masuk ke laman porno itu, perkahwinan saya bahagian saja" Kata Ramadan pada akhbar tempatan di wilayah Dakhalia.

Ahad, 16 Disember 2012

Pasukan Israel Dobrak Sekolah Palestina, Pukuli Guru dan...

Minggu, 16 Desember 2012, 09:08 WIB

Pasukan Israel Dobrak Sekolah Palestina, Pukuli Guru dan...
Pasukan tentera Israel.

REPUBLIKA.CO.ID, Sepasukan serdadu Israel mendobrak masuk sebuah sekolah menengah di desa Taku, Timur kota Bethlehem dan menyerang para murid dan staf pengajar.  Kantor berita PIC (Palestinian Information Center) melaporkan dari keterangan sejumlah sumber lokal, beberapa murid syok akibat penyerangan tiba-tiba dan tanpa pemberitahuan itu.

Di lokasi kejadian, pasukan Israel yang barbar memukuli kepala sekolah ketika berusaha menanyakan alasan mereka menyerang sekolahnya. Dilaporkan juga, serdadu Zionis biadab memukuli sejumlah siswa dan guru sebelum meninggalkan sekolah. Tidak ada yang ditangkap dari insiden ini.

Pakar Asia Tengah: Rusia Menjadi Negara Islam di Tahun 2050





RUSIA – Para pakar yang berkonsentrasi pada wilayah Asia tengah, memprediksikan Rusia akan berubah menjadi negara Islam di sekitar tahun 2050 nanti. Mereka berharap negara seperti Mesir terus merangkul negara-negara persemakmuran Rusia yang berpenduduk muslim yang mencintai serta menjaga nilai-nilai Islam dan budaya Arab. Dari negara mereka telah lahir para ulama ternama di berbagai bidang ilmu keislaman, seperti Imam Bukhari dan Tirmizi, serta ulama lainnya yang banyak memberikan pengaruh dan kontribusi kepada dunia Islam.

Muhammad Salamah, spesialis Asia Tengah dan negara persemakmuran Rusia dalam seminar di Markas Kebudayaan Abdul Mun’im Al Showi di Kairo dengan tema, “Negeri Imam Bukhari dan Kekayaan yang Terpendam di dalamnya” mengatakan, puluhan pengkaji akademisi di Rusia telah menyimpulkan, berdasarkan perkembangan yang terlihat dari negara-negara muslim pecahan Uni Soviet ini, maka pada tahun 2050 nanti negara Rusia diprediksikan akan menjadi bagian dari negara Islam.

Perkembangan itu secara signifikan terjadi di Rusia, dari segi populasi misalnya, jumlah muslim di Rusia kini mencapai 25 juta jiwa, yaitu 20% dari jumlah total penduduk. Para cendikiawan gereja Ortodox yang berada di negeri itu pun dikabarkan merasa khawatir, melihat perkembangan Islam yang begitu pesat, mereka bahkan menyebut Islam sebagai agama yang mengancam esksistensi agama mereka di sana.

Salamah kemudian menambahkan, sejak 20 tahun lalu dirinya terus mengamati perkembangan Islam di Rusia, semenjak muslim di sana berada di bawah pemerintahan yang komunis dan mengalami masa-masa pengekangan, seperti dilarangnya membawa mushaf al-Qur’an, masjid-masjid ditutup, hingga akhirnya sekarang, muslim Rusia telah mendapatkan hak-hak mereka dengan baik. Dan Islam pun kini menjadi agama kedua di negeri itu.

Salamah kemudian bercerita tentang upayanya menyebarkan Islam, ia mendirikan sebuah Universitas Islam di Moskow, dan mengajarkan tentang apa itu agama Islam, termasuk kepada para politisi senior negeri itu, diantaranya adalah Pladimar Putin, Perdana Menteri Rusia sekarang.

Dubes Mesir untuk Tajikistan; sebuah negara muslim pecahan Uni Soviet kemudian menceritakan akan semangatnya nilai keislaman di sana, diantaranya dengan diadakannya perayaan hari kelahiran Imam Abu Hanifah pada tahun 2009 lalu, pemerintah setempat kemudian mengundang para ulama dari berbagai negara anggota OKI yang dipimpin langsung oleh Syeikh Al Azhar, mereka kemudian dijamu langsung oleh Presiden Tajik, Ali Rakhmonov. (eramuslim.com)

Sabtu, 15 Disember 2012

Bait Cinta iii

Aku tak tau
Kenapa makin hari aku makin sayang sama awak
Aku makin takut kehilangan awak
Aku ingin terus bersama awak

Tak henti kumenangis
Tak henti hatiku bersedih
dan tak henti kumeratapi waktu yang tersisa
Hanya untukmu
Tapi ku tak tau sampai bila ini terjadi

Seandainya awak tau
Ku tak ingin awak pergi
Meninggalkan ku sendiri bersama bayangan awak

Memang kita telah jauh rasanya
Memang kita sudah tak bersama
Jika memang kita ditakdirkan tuk bersama selamanya
Cinta takkan ke mana..

Lelahmu jadi lelahku juga
Bahagiamu.. bahagiaku pasti
Berbagi, takdir kita selalu
Kecuali tiap kau jatuh hati

Andai awak ada di sini
Ku kan selalu menjaga dan mencintai awak
Andai awak tercipta untukku
Kan kurangkai kisah terindah hanya untukmu
Aku Cinta Awak

Satu yang kuminta yakini dirimu
Hati ini untukmu
Semua yang kulakukan untukmu
Lebih dari sebuah kata cinta untukmu

kurindukan pagi-pagiku saat kau bangunkan aku dari pulas tidurku dengan alunan merdu manja sapamu….
kurindukan siang-siangku saat kau teduhkan jiwa yang letih dengan sejuk tatap matamu…
kurindukan malam-malamku saat kau mengajakku ke dalam indah taman mimpi yang kau rajut dengan tulus

kasihmu…

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita
menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi
membangkitkan semangat...

Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu
keperluan karena hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Karena itu jagalah cinta yang
dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim...

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Yang buta adalah
bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan...

Saat bertemu aku tak peduli
Saat kau pergi aku selalu menanti
Apakah ini namanya cinta
Adakah kau merasakan hal yang sama

Untuk apa bicara cinta
Jika hatimu tak terbuka
Untuk apa bicara cinta
Jika matamu tak bercahaya
Untuk apa bicara cinta
Jika itu akan membuatmu terluka
Bagiku, dirimulah sang cinta

Saat bertemu aku tak peduli
Saat kau pergi aku selalu menanti
Apakah ini namanya cinta
Adakah kau merasakan hal yang sama

Ke manakah kan kucari ketenangan hati
Ketika kau beranjak pergi
Karna hingga saat ini kau belum juga kembali
Kemanakah ku temukan jatidiri
Ketika semua penantian ku tiada bererti..

Aku tau bahwa semua yang hidup pasti mati,
tapi aku sangat yakin awak tak akan terganti sayang...

kalau awak ajak aku melompat baring, aku tak ikut! Aku memilih turun ke bawah untuk menangkapmu.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu!? Jangan
mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak,
berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.

Bila mungkin sekarang aku merasakan betapa aku semakin mencintai awak itu bukan berarti gombal
ataupun berlebihan, karena tak terbiasa ku pungkiri itulah yang sebenar-benarnya terjadi saat ini. I
cinta awak sayang.

Tak pernah kau sadari besarnya
cintamu
Sampai tiba perpisahan
Aku terhenyak, aku takut
Maafkan ketololanku
Aku perlu kamu

Mekar mawar yang kau tanam
di hatiku
Begitu wangi semerbak
Lambangkan segala sayang
dan cinta
Hanya untukmu seorang

Bait Cinta ii

Cinta Itu adalah anugrah terindah dari Tuhan, Aku bersujud dan berdoa pada Tuhan, dan Akhirnya kutemukan Anugrah terindah itu yaitu Kamu.
  
Kebahagiaanku belum sempurna tanpa dirimu di sisiku.
  
Apapun yang kulakukan tidak membuatku bahagia, kecuali jika aku melakukan sesuatu hal untukmu.
  
Terima kasih sayangku kamu telah membuatku bahagia selama ini, untuk itu aku akan setia di hatimu hari ini dan sampai kapanpun.
 
Selama nafas ini masih ada, selama jantung ini masih berdenyut, aku akan mencintaimu dan membahagiakanmu.

Memilikimu adalah hal yang terindah dalam hidupku.

Wajahmu tidak membuatku takluk, senyummu juga tidak bisa membuatku tersipuh, kecuali ketulusanmu mencintaiku yang membuat hatiku bertekuk lutut di hatimu.
  
Aku tidak mencari kecantikanmu ataupun harta milikmu, yang kubutuhkan adalah ketulusanmu mencintaiku.
  
Kamu boleh berbangga hati memilikiku, karena akulah lelaki setia stok terakhir di dunia ini.

Aku menangis memilikimu, bukan karena aku sedih memilikimu, karena aku bangga mempunyai kekasih sepertimu hingga hati ini terharu.

Sebenarnya aku tidak pernah memilihmu, tapi cintalah yang memilihmu menjadi kekasihku.

 Seseorang tak akan pernah menyadari dalamnya rasa cinta sampai tiba saat perpisahan.

Aku bisa menemukan kamu di tengah keramaian dengan telinga dan mata tertutup. Itu karena aku mencari dengan hatiku.

Mekar mawar yang kautanam di hatiku, tercium wangi semerbak. Lambangkan segala sayang dan cinta, hanya untukmu seorang.

Cinta tidak pernah sendiri. Cinta selalu mendua cinta adalah kau dan aku.

Maafkan. Kau boleh lakukan apa saja untuk membalasku, mencaci, memaki, tapi jangan pernah tinggalkan aku.

Sepanjang nafasku masih berhembus, aku akan terus menjaga, menyayang dan melindungi satu-satunya kekasih hatiku.

Lambat tapi pasti, merasuk ditengah keraguanku. Aku rasa aku jatuh cinta padamu.

Tidak ada yang mampu membuat hati ini tersentuh, kecuali dirimu sayang, karena kamulah bidadari terindah dalam hidupku.

Kamu bukanlah yang pertama untukku, tapi kamu yang terakhir bagiku.

Jangan biarkan api asmara kita padam oleh tiupan badai cemburu. Kuingin cinta kita seperti bara yang makin benderang oleh hembusan angin.

Jika kau pernah rasakan hidup sendiri, tak kan mau lagi kaurasa untuk kedua kali. Karena ketika bersamamu, yang kurasa adalah hidup.

Berusaha melupakanmu, sama sulitnya dengan mengingat seseorang yang tak pernah kukenal.

Cintai aku seperti aku mencintai dirimu. Sepenuh hati, tanpa paksaan dan tanpa kecurigaan.

Aku pernah jatuhkan setetes air mata di selat Sunda. Di hari aku bisa menemukannya lagi, itulah waktunya aku berhenti mencintaimu.

Bait Cinta

Dicintai dan disayangi kamu adalah anugerah terindah yang tuhan berikan padaku.

Mencintai kamu butuh waktu beberapa detik, Namun melupakanmu butuh waktu ku seumur hidup.

Mungkin Tuhan sengaja memberi kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan pemberian dan hikmah di balik pemberian tersebut.

Aku ingin meraih kembali cintamu menjadi kenyataan. Saat diriku dalam siksaan cinta, dirimu melenggang pergi tanpa pernah memikirkan aku.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Jika esok pagi menjelang,
akan aku tantang matahari yang terbangun dari tidur lelap nya..
Karena hanya sinar aku lah yang kelak akan mampu menghangatkan dingin nya hatimu.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi selalu kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hingga kan kita tidak nampak pintu lain yang telah pun terbuka untuk kita.

Buat apa berlari dalam kelam? Sedang kabut pun tak mau menyibak. Biarlah semuanya berlalu, mimpi pun aku tak inginkan. Meskipun rindu ini tercipta untukmu.

Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan karena hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Karena itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Aku tidak tau sampai kapan usiaku, tapi aku yakin cintaku selamanya untukmu.

Walaupun hari ini kau mengukir luka di hatiku. Aku akan tetap mencintai kamu seperti aku mencintai kamu kemarin.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.

Saat bertemu, aku tak peduli. Saat kau pergi, aku selalu menanti kamu. Apakah ini namanya cinta?

Teman yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahwa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah kita rasai.

Kau datang di saat ke egoisan akan cinta tengah mendera. Membawa cahaya dan kedamaian, membuatku tidak mudah menyerah untuk merengkuh kisah cinta bersamamu.

Saat bertemu aku tak peduli
Saat kau pergi aku selalu menanti
Apakah ini namanya cinta
Adakah kau merasakan hal yang sama

Di dunia ini cuma ada 5 orang yang aku cintai, Ibuku, Ayahku, Saudara kandungku, Teman-temanku dan yang terakhir adalah kau. kenapa kau kuletakkan pada urutan yang terakhir? karena aku ingin kau menjadi Cintaku yang terakhir dan tak ada cinta yang lain selain cinta terakhirku pada dirimu

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangan nya dan juga benar bahwa kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.

Bila Tuhan masih memberiku kesempatan untuk hidup lebih lama,
aku hanya ingin lalui itu denganmu sayang.

Untuk apa bicara cinta
Jika hatimu tak terbuka
Untuk apa bicara cinta
Jika matamu tak bercahaya
Untuk apa bicara cinta
Jika itu akan membuatmu terluka
Bagiku, dirimulah sang cinta

Dalam hati aku menanti, kuserahkan hati sebagai tanda ketulusan cinta.

Ia cuma mengambil masa satu minit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Penderitaanku adalah bayangan gelap bagi dirimu, saat kesetiaan menjadi alasan untuk mencampakanku! Aku takkan lari dari cintamu yang selalu memasungku.

Mekar mawar yang kau tanam
di hatiku
Begitu wangi semerbak
Lambangkan segala sayang
dan cinta
Hanya untukmu seorang

Jangan pandang kepada kecantikan karena ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan karena ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang.

Tak pernah kau sadari besarnya
cintamu
Sampai tiba perpisahan
Aku terhenyak, aku takut
Maafkan ketololanku
Aku butuh kamu

Cinta bermula degan senyuman, mekar degan ciuman dan berakhir degan tangisan.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

DEMAM 4


Malam tadi aku tidur di kamar atas sendirian. Cuba tukar angin tidur malam. Masih tak ketentuan sebab suasana tingkat atas agak panas biarkan aku telah pasang kipas penyedut udara panas siling.

2. Mimpi malam pula setaraf dengan IGAUAN yang tak menentu. Macam ada pesta di mana aku ikut rombongan. Apabila mahu pulang bas telah menunggu barangan yang aku beli di pesta masih bersepah di kamar sewa. Tak sempat kemas & aku lihat ada tukang agih-agihkan barangan kepunyaan yang aku sayang ke orang lain.

3. Demam satu hal kecil tapi mimpi, igauan rasa tak selesa menjadi satu kesakitan yang tak larat nak ditanggung. Tapi aku masih boleh bangun biarpun badan rasa tak kebah. Kehidupan memang begini bila telah tua. Jika diserang sesuatu penyakit akan ambil masa untuk kembali pulih. Selalunya pasti sekitar seminggu dua. Redakan saja.

4. Maka itu aku memilih bersara awal; bayangkan jika badan tak sihat sampai seminggu dua bagaimana mahu menghadapi tugasan. Ini satu petanda yang hidup ini telah tak mengizinkan aku menjadi manusia normal. Penyakit kronik yang sentiasa menghantui diri jangan silap sikit. Silap makan atau terkena hujan sekalipun boleh membawa akibat didera sakit yang agak panjang.

5. Bila melihat ada orang telah berusia sekitar 70an masih sihat & cergas bergerak; ianya satu rahmat yang perlu disyukuri. Rata-rata kita kini sukar mencapai usia 70an. Bagi mereka yang telah pun ke ambang Warga emas. Telah masuk ke usia 50an adalah dinasihati banyak muhasabah diri. Jangan ada sikap ego hebat & lupa diri.

Dunia sebenarnya telah pun mengucapkan Selamat Tinggal dengan awak tetapi awak yang tak sedar diri masih lupa diri masih tak sedar yang KUBUR sudah berkata mari.

Harimau Malaya TAK Mengaum Lagi

Kalau aku jadi pengadil malam tadi aku tabur kad banyak-banyak; biar separuh pemain hilang jadikan perlawanan 7 sebelah; dah main tak bagus mana Harimau Malaya nampaknya kena bulu Gajag Putih... emm asyik bertahan saja macam dah dapat 3 jaringan; asyik nak nyiku dan bersilat lagi; aku hanya suka Mat Yo & Apek; eloklah Apek bermoney moon... Mat Yo pula dia nampak putih jadi merah padam tapi tetap ligat menyerlah; tak apalah tak dapat masukkan gol sebab sentiasa dihimpit 5 main lawan. Aku memang tabit dengan Mat Yo

Bagulslah Apek tak main kalau tak jadi bahan kritikan si Datuk Rajagopal a/l Krishnasamy kita tu lagi; bila Harimau Malaya kalah mesti Apek yang salah; 10 pemain lagi okey ajer. Cer fikirkan bila Harimau Malaya kalah malam tadi siapa pula yang salah?; mesti pengadil pula yang SALAH. atau padang macam bendang.
Kalau aku jadi pengadil malam tadi aku tabur kad banyak-banyak; biar separuh pemain hilang jadikan perlawanan 7 sebelah;  dah main tak bagus mana Harimau Malaya nampaknya kena bulu Gajag Putih... emm asyik bertahan saja macam dah dapat 3 jaringan; asyik nak nyiku dan bersilat lagi; aku hanya suka Mat Yo & Apek; eloklah Apek bermoney moon...  Mat Yo pula dia nampak putih & ligat menyerlah; tak apalah tak dapat masukkan gol sebab sentiasa dihimpit 5 main lawan..

Bagulslah Apek tak main kalau tak jadi kritikan si Datuk Rajagopal a/l Krishnasamy kita tu; bila Harimau Malaya kalah mesti Apek yang salah; 10 pemain lagi okey ajer. Cer fikirkan bila Harimau Malaya kalah malam tadi siapa pula yang salah?; mesti pengadil pula yang SALAH.


  • Catatan Idanradzi bagi sy tenguk bola ni mmg kita mahukan pasukan kita MESTI menang tapi kes Harimau Malaya ada beberapa pemain yang sy suka tak turun ke padang termasuk Apek pun Wan Zack yang cedera... tiada pemain idola tentu kita nak nonton pun rasa hambar; samalah kes seperti Safee Sali yang hanya bermain beberapa minit akhir (taraf kecergasan kurabg kut) ianya amat membosankan. (Safee Sali pun satu hal bila bermain hampir sepenuh masa banyak sangat melepaskan peluang yang tersaji).
  • Imran Salleh yg buat kalah smlm strategi king out...takder masalah masa main 10 org tu...tp dia still tak masukkan defen tgh CB ganti fadhli shas...just letak pemain kesayangannye amar rohidan DM utk bekap defen...dah kena dua bijik daghi nak masuk defen CB...mn nak tahan serangan thai klo 3 pure defen je tggl...sib baik keeper cemerlang...semua gol berpunca dr defen yg lemah...dan midfield yg tak membantu pertahanan dan serangan...sapiq rahim kapten dan amar rohidan baik tak payoh main...penumpang dlm team je
  • Catatan Idanradzi keeper cemerlang... tak dapat dinafikan banyak bola bahaya di tolong selamatkan kalau tak kita lagi diaibkan.. alahai nak tunggu piala ni tak silap dua tahun lagi... tak sempat abg ni tenguk entah abg pun tak ada...
  • Imran Salleh klo msia main jgn harap le nak mng abg idan oi...yg mng kap sblm nih nasib je pasey team lain...thailand...indon...singapore...vietnam tgh merudum...ms tu msia n mynmar naik..klo ikut prestasi dan rengking fifa thailand..singapore jauh tarafnya dr msia...tgk keputusan frenly sblm AFF pun dah tau pasukan msia tak ke mana...ngan bangla pun seghi lwn indon aghi tu nasib je pasey dpt gol awal...klo idok awey2 dah bungkuih...hehehe
  • Catatan Idanradzi malaysia dengan filipina akan berlawan atau kira mata saja untuk tempat ketiga...? tenguk raking fifa tu mmg kita sekitar 10 tangga di bawah thailand... ada negara miskin kecik pula tu jauh lebih hebat dari malaysia rakingnya...
  • Imran Salleh mn de lwn dah..buat bazir duit je nak main home dan away...hehehe
  • Catatan Idanradzi malawi penduduk cuma sekitar 15 juta... kita tak masuk PATI sekitar 28 juta hampir separuh ganda .. malawi boleh tempat ke 101 mungkin bangsa mereka beso-beso banyak negro kut... kita patutnya makan jamu sbb org brazil tak beso mana pun hebat main bola..
  • Catatan Idanradzi tenguk bola ni mmg sedap kalau pasukan kita sokong tu hebat... menang lagi... ini perak pun dah jatuh tak tahu nak sokong mana...
  • Imran Salleh brazil jiwa diorg bola...termasuk aprika...klo demer main bola bgs bleh buat income beso kalohkan gaji org kaya sn...msia nih main bola suka2...ari nih main bgs...esok main out mcm tak gheti main bola...fitness tak jaga...mcmana nak maju
  • Catatan Idanradzi si safee pun sy tenguk asyik buang bola bayangkan dari 5 peluang belum tentu satu pun gol...
  • Imran Salleh safi tu dah lemau lepas ke indon...ader le tu yg tak kena..padahal ms main liga msia bkn main gerunnye
    kata bantu :
    sy = saya
    ader = ada
    klo demer = kalau mereka
    ari nih = hari ini
    sbb= sebab
    idok awey2 = tidak awal-awal
    payoh = payah

Kampung Tempat Bersara


Ramai kalangan rakanku yang berhijrah ke bandar kini keberatan untuk pulang ke kampung halaman. Alasan mereka tak ada apa lagi di kampung sana. Rakan pun kebanyakan berhijrah juga. Yang tinggal cuma generasi baru yang tak dikenali & akan rasa terasing di kampung nanti.

2. Isunya kini, apa akan jadi kepada tanah pusaka. Amat malang berlaku kini dijajah orang luar yang bukan warga kita. Orang kaya adan kedudukan semakin menjajah kampung halaman. Tempat tumpah darah & kenangan apak enak nenak moyang kita jadi asing buat kita.

3. Cer cuba bayangkan tanah yang kita mampu beli di kota ini; hanya sekadar tapak rumah; bukan banglow pun hanya rumah teres. Tiap tahun cukai pintu & cukai tanah bila-bila masa akan dinaikkan.

4. Bila dah tua fikirkanlah apa aktiviti yang sesuai dilakukan. Selain berulang alik ke surau atau masjid apa lagi aktiviti hari tua. Apa nak dibanggakan jika kos hidup makin mahal nak makan KFC pun bukan selalunya mampu. Bahagia sangatkah bila nak keluar rumah pun asyik nak beralah dengan deretan kenderaan. Rumah pun terpaksa selalu dikunci kut dimasuki budak dadah yang pantang kita terleka.

5. Saat masih berkerja bolehlah kata awak tu suka kat bandar bila nanti sudah bersara tahulah betapa kosongnya dunia kota batu ini. Baguslah awak nak pencen ketika usia 60 tahun; ramai rakanku tak sempat pencen pun telah mengadap Ilahi. Sudah itu yang awak pilih dan dambakan.
— bersama Hanusi Hashim dan 5 yang lain.
Ramai kalangan rakanku yang berhijrah ke bandar kini keberatan untuk pulang ke kampung halaman. Alasan mereka tak ada apa lagi di kampung sana. Rakan pun kebanyakan berhijrah juga. Yang tinggal cuma generasi baru yang tak dikenali & akan rasa terasing di kampung nanti.

2. Isunya kini, apa akan jadi kepada tanah pusaka. Amat malang berlaku kini dijajah orang luar yang bukan warga kita. Orang kaya adan kedudukan semakin menjajah kampung halaman. Tempat tumpah darah & kenangan apak enak nenak moyang kita jadi asing buat kita.

3. Cer cuba bayangkan tanah yang kita mampu beli di kota ini; hanya sekadar tapak rumah; bukan banglow pun hanya rumah teres. Tiap tahun cukai pintu & cukai tanah bila-bila masa akan dinaikkan.

4. Bila dah tua fikirkanlah apa aktiviti yang sesuai dilakukan. Selain berulang alik ke surau atau masjid apa lagi aktiviti hari tua. Apa nak dibanggakan jika kos hidup makin mahal nak makan KFC pun bukan selalunya mampu. Bahagia sangatkah bila nak keluar rumah pun asyik nak beralah dengan deretan kenderaan. Rumah pun terpaksa selalu dikunci kut dimasuki budak dadah yang pantang kita terleka.

5. Saat masih berkerja bolehlah kata awak tu suka kat bandar bila nanti sudah bersara tahulah betapa kosongnya dunia kota batu ini. Baguslah awak nak pencen ketika usia 60 tahun; ramai rakanku tak sempat pencen pun telah mengadap Ilahi. Sudah itu yang awak pilih dan dambakan.

  • Anda, Azaddin Abd Hamid, Adibah Adib dan 3 yang lain menyukai ini.
  • Rosli Abdul Aziz Idan: Kemodenan bandar kita dah rasa. Kalau balik ke kampung pun bukannya jauh ke dalam sangat. Changkat Tualang ke Ipoh baru 45 minit. KFC di Gopeng pun ada, baru 15 minit. Ke Batu Gajah dan Malim Nawar pun dekat. Suasana kampung tenang, kalau lalu makan ikan darat, tak payah beli ikan di market. Barang2 lain kedai Kosai pun ada jual, taraf Mydin juga: semua ada.... Cuma nak hantar tuisyen anak2 jer yang susah.
  • Catatan Idanradzi anak-anak sy kira sekitar 2 tahun lagi dah bawa diri; yang bungsu tahun depam PMR ingat kalau dia dapat tinggal di asrama biarlah dia di asrama; si Anif lepas SPM mesti kena belajar jauh dari Jenaris... biarlah mereka berdikari.
  • Catatan Idanradzi sy malu nak ke kedai Kosai sbb arwah waris/keluarga banyak berhutang dengan dia; dah kasi tahu anak-anaknya agar dikit-dikit bayar kat dia; ingat kalau sy ada duit lebih pun nak ansurkan hutang tu...
  • Catatan Idanradzi Sy suka ke pasar lambak ahad di batu gajah, meriah barangan kesukaan sy seperti ulaman banyak dijual; ikut jalan lombong mmg kejap saja dah sampai...
  • Rosli Abdul Aziz Kalau kita banding pola migrasi dalaman, dari bandar ke luar bandar adalah terendah. Kos sarahidup di kampung adalah rendah. Teman ingat kalau mike ingin balik ke kampung. dah boleh mula buat persediaan dari sekarang Idan...
  • Catatan Idanradzi bajetnya masih tak cukup; ingat sebermula dengan rumah kabin sbb si lop jiran sy masih ada; boleh suruh dia tengukkan letak kabin tu sebelah rumahnya dah perhatikan lokasi kabin jika sebelah rumah lop memang menarik; adiknya mmg ada masalah dadah tapi dengornya dah masuk penjara; jadi lega sikit sekitar setahun dua... bila dah ada kabin senang nak bertanggak; rakan lama mmg tukang rumah katanya kerja di sek keb kg changkat tualang itu berita baik; mungkin dia boleh tolong buat binaan konkrik rumah pusaka tu pelan-pelan.
  • Catatan Idanradzi berulang kg ingat naik keretapi saja; letak kapcai sekitar batu gajah ada ramai waris kat sekitar sana; sbb kota bharu keretapi tak berhenti kut.
  • Rosli Abdul Aziz Hahahaha! Nostalgia pekan minggu hari Ahad. Naik basikal ikut Redang Sawa. Lepas tu tgk wayang di panggung Wah Onn...
  • Rosli Abdul Aziz Katakan mike buat rumah 3 bilik, pakai cement block, bata putih dan bumbung zink ( buat siling takut panas). Lantai tiles.....rasanya tak ler mahal sangat.
  • Catatan Idanradzi mana boleh lupa sy suka buat koleksi pisau lipat.. makan mee kari cina di batu gajah mmg sedap... tetiba heboh kononya org nampak cina tu jinjing katak; heboh satu kampung...
  • Catatan Idanradzi bumbung dah siap cikgu; cumakan kemaskan saja... ikat tiang & ikat batu bata...
  • Rosli Abdul Aziz Kedai Mee Fong.......dekat Shell. Teman pun makan si situ.
  • Rosli Abdul Aziz Arwah bapak teman ada dapat tanah dekat kilang simen. Ada juga angan2 nak buat rumah untuk santai hujung minggu. Kawan2 dikampung seronok benar dengar teman nak balik semula ke kampung....
  • Catatan Idanradzi jaman dulu gambor wayangnya merah saja tapi dah kira hebat.. setiap jumaat malan sabtu selalu ada wayang longgok di kongsi Osborne & Chappel...
  • Catatan Idanradzi Kita makin tua, jika teringin balik kampung ada bajet buatlah pondok kecil; tak mesti pindah kampung tapi cukuplah orang kata ada kampung sesekali beraya di kampung menarik juga;
  • Catatan Idanradzi macam sy rasa dah tak seronok balik meru; sejak mak mertua tak ada (pak mertua dah lama tak ada) adik beradik mila dah tak sepakat mana; kalau balik pun nak tidur di meru tu dah tak seronok mana.
  • Catatan Idanradzi Kedai Mee Fong... betul tu sedap amat mee karinya
  • Catatan Idanradzi Ingat kalau ramai semula naik keretapi bukan mustahil keretapi berhenti di kota bharu dah stesennya nampak besar; dulu mmg raya naik keretapi ke perak sampai kota bharu pesan-pesan org kg suruh arwah apak jemput di kota bharu
  • Rosli Abdul Aziz Sepatutnya stesen tu dibuka semula. Ramai dah orang di sana: Pekerja kilang simen, students SBP dan Matrikulasi.
  • Zubaidah Khalid Ina · 2 mutual friends
    Sy pun dh lame x balik kg ( tapi kg redang sawa)...x lah jauh dri ipoh....nnti lau ade mse nk ajak ank2 jengah kg redang sawa...pstu g changkat tualang pulak...tengok sek lama....tapi klau dpt g ramai2 pun best jugakan....
  • Rosli Abdul Aziz Zubaidah: Redang Sawa dah tak jauh dari Kg Pisang, stesen keretapi baru Batu Gajah. Naik ETS cepat sampai. Teman orang Changkat Legong, tapi kita semua kira sekampung ler kan?
  • Catatan Idanradzi Changkat Legong; Changkat Tualang, Redang Sawa & Bakap tu asalnya mmg rapat; apa-apa aktiviti macam ada keraian sukan kugiran atau majlis kenduri kendera pasti org yg sama akan berkunjung; Samalah Kota Bharu; Kg Lalang... bila sebut Syed Sharifah dah tentu kaum keluarga & waris kami... Anif anak no 3 tu pun dah dipulangkan dengan Tuan Syed di Changkat Legong; tak ingat nama tapi semuanya arwah Opah Bi yang punya sorehkan...
  • Catatan Idanradzi Bakap tu masih tak berpagar tapak lombongnya jadi ramai org berkhemah ngail ikan sekitar Bakap... sy mmg tak setuju sekitar Changkat Tualang Redang Sawa ada org luar bikin pagar tapak lombong tu... sy anggap ini jajahan secara TIDAK BAIK... sy perhatikan bukan jaga persekitaran kampung tapi nak jual pasir ternak itik cemarkan keindahan kg.
  • Catatan Idanradzi Sebelum Changkat Keling dengar khabar ramai orang sekitar Kopisan dapat tanah lot; terkilan sebab org sekitar kg yang dekat tak tahu pun berita agihan tanah lot ni;
  • Hanusi Hashim · 9 mutual friends
    Yeop..tkenang kg kita jiwa rasa sepi..org yg kita syg dah x mandang.yg ada cuma pusara mereka ...pun yg x selalu teman kunjungi.ingin kembali mcm zaman kecik dulu..balik sekolah terbayang masakan emak..ikan lampam masak lemak bunga kantan..g mancing ka...Lihat Lebih Banyak
  • Rosli Abdul Aziz Teman terkenang zaman dulu di kampung, duit tak ada tapi hati gembira. Kayuh basikal pergi ke Kota Bharu, beli ais kepal kedai Nya, bapak Abi, Ah Yoke dan Si Solo. Lepas tu makan mi rebus kosong 20sen tak ada telur kedai Kak bibah dan Mamak Aziz. Anak ...Lihat Lebih Banyak
  • Catatan Idanradzi Si Ifah anak Pak Neh (Mereka ni ada keturunan Raja... tu yg garang amat kut) masih niaga kat Seri Kembangan; masa sy nak nikah dengan Mila dia banyak bantu sy; ke hulu ke hilir dengan sy sampai ramai sangka Ifah ni tunang sy... Nya ni tiap bulan hantar majalah ke rumah sy; sy cukup sayang semua majalah yg emak sy beli; tapi arwah abg din & keluarganya tinggal di rumah pusaka habis semuanya punah.
  • Catatan Idanradzi Ed sementara kudrat tu ada carilah duit secukupnya; kalau dapat menabung sikit-sikit masuk ASB kalau tak suka ASB Tabung Haji lebih kurang saja; bila dah sakit macam yeop ni duit tak pernah cukupnya; anak-anak masih nak bantuan kita; mmg sekarang Mila tu banyak membantu yeop dalam urusan rumah tangga.

    Ed masih okey rumah pusaka tu biarpun kadang-kadang dipecah org; dulu khbarnya yang pecah org kita kebal juga...si Tebai tu dah masuk penjara kata si Lop abgnya dia curi pokok sentang belakang rumah yeop tu (bukan yeop punya tanah) mmg yeop pun takut tenguk besarnya lebih dari dua pemeluk. Bagus juga si Tebai tu kasi jual kalau tumbang ngepap rumah pusaka yeop mmg penyek.
  • Catatan Idanradzi Org dadah ni nak kita buat macam mana repot polis nanti masuk lokap keluar balik...

    Sementara ada rumah kampung sesekali ajaklah adik beradik berlonggok seronok juga; jangan balik sorang rasa sunyi pulak; paling tidak ada tempat bertanggak; masih ada
    kampung... kalau kita fikir pun nak balik kampung nak buat rumah cantik pun umur kita tak panjang mana; biarlah kita sekadar ujudkan tempat anak cucu kut nak rasa suasana kampung; biarlah mereka sambung kenangan di kampung jika mereka mampu; kita buat jambo saja dah cukup; minggu depan ni yeop balik kg sbb nak hantar basikal tua & basikal Chopper yeop dapat dari KK.
  • Catatan Idanradzi Ikatan hati yeop masih di sana... tapi sedihnya tak ada siapa kasi sokongan; semua kata yeop dah tua; tak larat nak tampor nyamuk lagi ni kan pula nak pulihkan dusun di kampung...