Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 28 Oktober 2011

Pati Delima

Jenama Gulsan antara produk terdapat di pasaran terbuka
jangan beli di pasaran jualan MLM amat mahal sedangkan patinya sama, satu lagi jenama yang
terdapat di pasar raya besar ialah Yamada, lebih murah dari jenama Gulsan.

Antara khasiat delima yg dikenalpasti dan teruji ialah:-

[01] Menyihatkan fungsi jantung dan hati, melancarkan kerja-kerja mengepam darah utk keperluan sel-sel badan.

[02] Menguatkan daya tahan tubuh utk melawan serangan penyakit.

[03] Melancarkan peredaran darah.

[04] Mengeluarkan angin dan asid dalam badan (mencegah penyakit gastrik dan kanser usus ).

[05] Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan.

[06] Menyingkirkan lemak berlebihan, melangsing badan.

[07] Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan.

[08] Membuang asid urik dlm sendi utk meredakan penyakit gout.

[09] Mengelak rasa mual (semasa hamil), melega masalah pening kepala.

[10] Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (mengelak kesakitan senggugut).

[11] Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yg lebih kemas.

[12] Dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (utk suami-isteri).

[13] Merapatkan rahim, menyuburkan rahim = kembali dara. Di samping memelihara kesimbangan cairan pd vagina (mencegah kekeringan vagina).

[14] Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam.

[15] Menurunkan paras glukosa dlm darah, membantu pesakit kencing manis.

[16] Menghapuskan kahak, mereda penyakit batuk.

[17] Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua ~ jangan lupa hadiahkan pati delima ini utk bonda kesayangan anda (dapat mengurangkan risiko penyakit jantung).

[18] Anda hamil? Ambil lah pati delima ini utk menambah-cantik-gebu kulit bayi anda, di samping membantu proses tumbesaran janin..

[19] Awet muda.. amal dari sekarang.. tenguk lah dlm 10 tahun lagi (kalau umur panjang), anda pasti menghargai dan bersyukur.. InsyaAllah..

[20] Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah.

[21] Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yg tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh drpd rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf.

[22] Lain-lain khasiat delima ialah mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas badan dan demam, membunuh cacing dlm usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah, mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.

Buah delima, antara ciptaan Allah yg banyak memberi manfaat utk kesejahteraan hidup manusia.. Alhamdulillah...

iDAN:

Saya sedang mengamalkan makan pati delima ini; nampaknya kesannya amat baik untuk kesihatan. Jika anda ingin mencuba jangan beli melalui jualan MLM atau melalui internet; ianya terdapat banyak di pasar terbuka. Saya dapat harga yang patut & jika mahu maklumat sila e-mel saya atau telefon saya. Jangan lupa makan goji bagi menambah kesan herba buat diri anda.

KHASIAT BUAH DELIMA

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan” AL-ANAAM :99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Kebanyakan budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan juga mengeluarkan toksin dari badan. Pati Buah Delima kini boleh didapati dalam pelbagai produk seperti jus dan kapsul.

Delima adalah antara pokok yang terdapat di syurga. Kenapa tidak mencubanya; jika rajin ke Carre Four cuba cari jenama Yamada; ianya lebih murah & diperah dengan seratnya sekali; mmg lagi sedap jika anda mencubanya. Kasi tahu aku jika jumpa jenama Yamada ini, aku hanya pernah jumpa di Carre Four Ampang. Hingga kini aku masih tercari-cari jenama ini.

5 ulasan:

  1. Blok belakang KAMDAR Prima Saujana Kajang ada sebuah kedai jual barangan Timur Tengah... cuma RM14 sebotil gambar di atas.

    BalasPadam
  2. terima kasih,..info yg trbaik buat sya....:D

    BalasPadam
  3. Menyusukan baby bole x minum pati delima ni

    BalasPadam
  4. Lagi bagus sebab bayi akan mendapat khasiat pati delimanya terima kepada kulit & wajahnya... insya-Allah ianya akan menjadi penawar sebab pati delima bukannya ubatan tapi adalah pemakanan buahan yang baik untuk kesihatan...

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas info yg penuh lengkap

    BalasPadam