Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 15 Oktober 2011

Kabinet Bincang Minggu Depan Cara Bayaran Khas RM500


KUALA LUMPUR: Arahan lebih jelas bagaimana bantuan RM500 akan diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata terdapat banyak pertanyaan dari orang ramai mengenai perkara itu dan ia perlu diselesaikan segera sebelum menjadi kontroversi.

Bantuan khas itu diumumkan dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini.

"Ramai orang telah bertanya cara untuk memohonnya. Apa definisinya dan cara untuk mengira pendapatan mereka," katanya yang juga Presiden Gerakan kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Majlis Ahli Seumur Hidup parti itu di sini Sabtu.

Koh berkata beberapa agensi berkaitan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dijemput untuk menyertai mesyuarat Kabinet itu.

"Kita perlu menyemak semula data terutama untuk pekerja, apa gajinya, jadi jelas kita perlu berdasarkan beberapa prinsip.

"Kita memberi bayaran one-off ini untuk meringankan beban dari kenaikan kos, tetapi ia mesti untuk mereka yang memerlukannya," katanya. - BERNAMA

2 ulasan:

  1. Bagaimana dengan kami golongan pesara? perlukah memohon jika mmg jelas duit bersara kami cuma sekitar RM1000 sahaja.

    Ada isteri yang masih berkerja tapi tak semua kalangan kami yang berterus terang isteri masih berkerja atau sebaliknya.

    Ada juga kalangan pesara lelaki atau isterinya buat kerja sampingan jauh lebih mewah tapi tidak diuar-uarkan. Takkan nak mengaku pendapatan lebih dari RM3,000. Masihkah mereka layak diberi.

    Rasanya isu pengagihan RM500 ini amat sukar dibuat pantauan. Apatah skala RM3,000 itu amat mewah hidupnya jika telah tua lagi makan berdua.

    BalasPadam
  2. Hi, very interesting.....and nobody like the Income tax.
    I love your blog template, very nice.
    You have a nice day and keep a song in your heart.
    Lee.

    BalasPadam