Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Sabtu, 29 Oktober 2011

Migrain

Migrain adalah satu bentuk sakit kepala disebabkan oleh pembesaran saluran darah (vasodilatation) yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit arteri besar otak. Bahan kimia ini menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. Pembesaran arteri menambahkan kesakitan.

Serangan migrain biasanya mengaktifkan sistem sarah simpatatik. Sistem saraf simpatatik adalah sebahagian daripada sistem sarah yang mengawal tindak balas kepada tekanan dan kesakitan. Sebagai contoh, peningkatan aktiviti saraf simpatatik menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan sebagainya.

Aktiviti simpatatik juga melambatkan proses pengosongan perut ke usus kecil dan dengan itu menghalang ubat daripada memasuki usus dan diserap. Penyerapan yang lambat menyebabkan ubat migrain tidak berkesan secara terus. Boleh dilihat pada mereka yang sudah mencecah tahap teruk. Aktiviti simpatatik juga menyebabkan peredaran darah menjadi kurang, ini membawa kepada pucat kulit serta tangan dan kaki menjadi sejuk. Aktiviti simpatatik juga meningkatkan sensitiviti pada cahaya serta bunyi, penglihatan juga mungkin menjadi kabur.

Apakah Petanda Migrain?

- Migrain digambarkan dengan denyut sengit yang berkumpul di satu bahagian, biasanya di dahi, sekitar mata atau di belakang kepala.
- Biasanya uni-lateral (satu sisi kepala) walaupun adakalanya bi-lateral (kedua-dua belah kepala)
- Sakit kepala unilateral biasanya menukar sisi serangan, jika kerap berlaku di tempat yang sama, dapatkan pemeriksaan untuk pertimbangkan sakit lain seperti tumor otak
- Petanda biasa seperti loya, muntah-muntah, cirit-birit, muka pucat, tangan sejuk, kaki sejuk dan penambahan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi
- Sakit mungkin berlangsung antara 4 hingga 72 jam
- Petanda amaran termasuk mengantuk, cepat marah, keletihan, kemurungan, keinginan benda manis atau masin

Jenis Migrain

Terdapat beberapa jenis migrain yang dilaporkan termasuk;

Migrain dengan aura – migrain jenis ini datang dengan aura tertentu yang mungkin menglibatkan penglihatan, pendengaran, halusinasi, rasa yang tidak sedap atau bau. Aura juga boleh dirasa tanpa sakit kepala. Terdapat beberapa jenis dalam kategori ini termasuk yang diwarisi (familial hemiplegic migraine), migrain sporadic dan migrain basilar yang mana diikuti dengan masalah ketika bercakap, kesukaran berdiri tegang atau terdengar bunyi di dalam telinga
Migrain tanpa aura – migrain jenis biasa tanpa diikuti dengan aura
Migrain retinal – migrain disertai dengan masalah penglihatan

Rawatan Migrain

Tanpa ubat

- Terapi ais biasa digunakan berserta teknik merehatkan otot yang tegang seperti urut, akupuntur dan sebagainya
- Pencegahan migrain seperti mengelakkan benda-benda yang boleh mencetuskan migrain seperti merokok, elak diet tinggi tyramine seperti keju, atau tinggi sulfat seperti wine atau tinggi nitrat seperti kacang dan daging

Ubat

Terdapat 2 kelas ubat termasuk acetaminophen (tylenol) dan non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs);

Acetaminophen – mengurangkan sakit dan demam dengan menurunkan toleransi kesakitan yang dikawal otak. Acetaminophen boleh menyebabkan masalah hati dengan peningkatan tahap toksik dengan penggunaan terlalu kerap. Acetaminophen juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dengan pengambilan dos yang tinggi
NSAIDs – terdapat 2 jenis yang biasa digunakan termasuk aspirin dan non-aspirin. Jenis non-aspirin termasuk ibuprofen dan naproxen. NSAIDs mengurangkan inflamasi yang menyebabkan kesakitan. Jenis non-steroid ini lebih baik daripada steroid. Penggunaan steroid untuk satu jangka masa yang lama akan membawa kesan yang tidak baik pada badan. Terdapat sedikit perbezaan antara aspirin dan non-aspirin dimana kesan pada platlet darah berbeza. Aspirin mencegah darah daripada membeku (mencairkan darah).

Dapatkan nasihat pakar tentang penggunaan sebarang ubat-ubatan. Penggunaan aspirin boleh jadi bahaya untuk beberapa jenis orang termasuk kanak-kanak dan remaja, mereka yang mengambil warfarin, mereka dengan ulser perut yang aktif, mereka dengan luka pendarahan, mereka dengan masalah hati dan sebagainya. Terdapat juga beberapa ubat spesifik yang digunakan termasuk triptan, ergots, midrin, dan sebagainya yang dipreskripsikan kepada tahap-tahap migrain yang memerlukannya.

Ubat Pencegahan

Terdapat beberapa jenis ubat pencegahan yang digunakan termasuk beta blocker, calcium-channe blocker, tricyclic antidepressant, antiserotonin dan anticonvulsant.

Kenali Pencetus Migrain

Sekiranya anda seorang penghidap migrain, elakkan beberapa pencetus migrain seperti;

- Tekanan
- Gangguan tidur atau tidur berlebihan
- Berlapar untuk 1 jangka masa yang lama
- Bau yang menusuk
- Merokok
- Alkohol
- Makanan seperti keju, coklat, tinggi monosidium glutamate (MSG), nitrat, aspartame
- Kafein
- Cahaya terlalu terang

Apa Yang Patut Dibuat Oleh Penghidap Migrain?

Migrain yang bukan diwarisi ‘mungkin’ boleh dibetulkan dengan membetulkan otot-otot yang terlibat seperti steronoclodomostoid yang biasanya berlaku tarikan dan menyebabkan kedudukan kepala dan cervical berada di tempat yang salah.

Selain itu, gaya hidup perlu diubah termasuk;

- Tidur yang mencukupi pada waktu yang sama
- Senaman yang regular. Jika boleh jadikan rutin harian. Senaman memperbaik kualiti tidur, mengurangkan tekanan dan sebagainya.
- Jangan elak makan. Makan sekerap yang boleh
- Kurangkan tekanan


zakikhan.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan