Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 29 Mac 2006

Kucing Hitam atau? (Misteri Ilahi)


Pelik tapi Benar

Misteri bertarikh 16.3.2006 Untuk tatapan pembaca, ini merupakan kisah benar yg terjadi pada diri saya baru-baru ini, sekitar jam 9 malam di tempat letak motor di Fak. Kejuruteraan.

Pada malam tersebut hujan turun buat kali kedua pada hari tu sekitar 8.45 ke 9.00 malam. Pada ketika itu, saya pun telah bersiap sedia untuk pulang dan selepas 'thumb out' saya menerima panggilan dari kawan menerusi telefon bimbit, jadi saya pun mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan tempat letak motor.

Pada ketika itu, semasa saya melayan kawan saya, secara tiba-tiba saya ternampak kucing yg berwarna gelap keluar dari sisi tong sampah, yang anehnya pada ketika itu hujan turun renyai-renyai dan terlintas di fikiran saya

"Kucing biasanya takut pada hari hujan tapi kenapa pada malam itu kucing tersebut selamba ke keluar dari sisi tong sampah tersebut dan menuju ke lopak di berhadapan makmal KPM"

Yang anehnya pula kucing tersebut bergolek-golek di dalam lopak air dalam air hujan !

Saya bergegas untuk naik ke motor, kunci 'handle' terletak di tayar, mata saya terus tertumpu pada kucing tersebut, pada ketika saya memasukkan kunci pada kiraan saya 2-3 saat sahaja KUCING TERSEBUT TELAH HILANG...

Sehingga kini paling lama saya di fakutli hanya selepas pukul 7 malam sahaja. Saya pastikan akan pulang sebelum pukul 8:00 malam. Kenapa? Sebab bangunan pentadbiran sekarang ni hanya ada 2 jabatan sahaja TDA dan TDP lain-lain dah berpindah... jadi faham-faham sajalah!.

anonymous | Posted on 29.3.2006 at 11:03 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan