Sebelum kejadian Lembaga Putih menyerupai asap bertandang di Makmalku Rumahku (Makmal Simulasi) memang aku sering dikejutkan Lembaga Banduan Hitam yang kata Pak Zul berantai kakinya. Sejak awal pindah ke kompleks baru Kejut memang aku telah diserang demam ketegor lebih dua minggu lantaran terkejut melihat Lembaga Banduan Hitam itu terapung di tangga ke Makmal Atan. Memang orangnya sasa, tidak berbaju. Bila aku sendirian di Makmal Simulasi sering Lembaga Banduan Hitam itu datang bertandang. Pada peringkat awal memang aku terkejut & sampai demam tak kebah. Tetapi buat kata Pak Zul.
"Abg iDAN, bukankah kita dilahirkan lebih segala kalau nak dibandingkan hantu, syaitan itu. Ia bukannya boleh buat apapun dengan kita. Nak buat apa Abg iDAN takut sangat dengan semua itu."
Ada lojiknya cakap Pak Zul itu. Tapi yang kelakarnya bilamana selang berapa minggu Pak Zul berkata demikian, dia digempakkan oleh lembaga yang sama. Demam juga dia & tak pernah lagi mahu berjaga malam bersama aku.
Bilamana terkenangkan cerita Muataz yg berkata jika aku tiada malam-malam di makmal bagaikan ada parti di makmal aku, siap suara kanak-kanak menangis, suara perempuan mengilai, bilamana di bunyikan bacaan al-Quran melalui internet senyap, habis saja bacaan al-Quran berpesta balik. Sampaikan Muataz geram & mengetuk dinding makmal aku bertalu-talu, senyap semula. Lalu dia naik malas nak layan gangguan syaitan itu. Lantas pulang.
Aku terfikir, jika memang makmal aku sudah jadi taman dia bergembira. Memang payah untuk menghalaunya. Memang ada aku panggil iDIN untuk memagar secara ghaib makmal aku, nampaknya makin syaitan itu tambah membiak. Tentunya sudah beranak pinak. Mungkin juga yang putih itu Jin perempuan Islam, tapi siapa pula Lembaga Banduan Hitam itu?. Sudah bertemu jodoh ke dia? Yang Muataz cerita berparti riuh rendah itu pula siapa?.
Isk! memang sudah jadi terlampau gangguan hantu-hantu ini. Bau harum Bunga Tanjung kian hilang, berbau pula Kapur Barus. Bab bau ini yang buat aku tak boleh tunggu, terbayang wajah Arwah Nasha. Ohhh! tidak, aku terus pasang lampu besar. Lampu suram Dr Tinia memang dia suka, Setahu aku syaitan memang tak suka lampu terang.
"Moga-moga kau lari dengan lampu terang ini" bisikku. Bau kapur barus memang tak hilang. Sah kau ada hai jembalang!.
Akupun mengemas lebih kurang bangku yang bersepahan, terus menutup suis DB. Tak lagi payah nak pastikan suis komputer tertutup. Biarlah. Raba-raba poket, kunci motor, kunci makmal & kunci rumah. Tiga kunci kena pasti ada di poket seluar, sebelum nak buat kerja paling seram dah lewat 2:00 begini. Ambil beg galas & tutup lampu makmal. Tutupan suis terakhir itulah kerja paling seram jika balik lewat 2:00 pagi begini. Tambahan hujan renyai-renyai tak henti sejak maghrib lagi. Terasa macam ada tangan menepis dan berbisik...
"Temankan kamilah abg iDAN. "
"Boleh saya ikut balik tak Pakcik? "
Perbagai suara berbisik.
Tenguk lampu luar gelap...
"Jaga tak buka lampu koridor ku" bisikku. Cuma ada cahaya lampu di makmal Mizi yang memang tak pernah tutup 24jam. Mujurlah semasa maghrib tadi aku teringat akan kapcai aku. Aku dah letak di kaki lima makmal. Sekali terjah pedal minyak, hidup enjin perah laju. Teringat pulak belum lagi merakam waktu, jadi aku terus menuju ke mesin perakam waktu.
Bila di jalan raya rasa leganya, baru rasa mengalir darahku tergoyah. Pengawal Keselamatan waktu dinihari begini memang tak nampak di pondok. Kalau nampak pun ujung topi saja. Lena lah tu!. Bila aku melintas jirat cina di bawah lindungan pokok Hujan-Hujan. Huh banyaknya kalilawar di celahan neon kuning lampu jalan. Bayang-bayangnya yang jatuh di jalan basah memang meremangkan bulu roma. Berkejar-kejar mengekori aku. Bising bunyinya.
Memang kerja gila balik sendiri lewat 2:00 pagi dalam hujan begini. Tak nampak sebuah kereta pun. Simpang tiga lampu isyarat aku toleh kiri kanan tiada kenderaan terus saja. Tak tahulah hijau ke merah lampu jalan.
Rasa berat pula kapcai aku ini. Di lebuhraya KL Seremban, kenderaan agak lengang. Aku menarik nafas lega, bilamana telah nampak lampu-lampu bandar Kajang. Tapi paling malas memikirkan, aku terpaksa melalui jirat cina yang kedua paling gelap & sunyi di dunia... tu kat Sungai Kantan. Memang aku kerap diganggu jika lalu di situ. Pernah aku melihat penanggal. Berselerak cahaya dari urat-urat perutnya terapung terbang di jirat cina tersebut. Harap-harap aku tidak diganggu malam ini.
Dari masjid Kajang memang tak nampak satu cahaya lampu kenderaan pun masuk ke Sungai Kantan. Aku tak boleh menunggu sebab dah menggigil kesejukan. Memang aku jarang pakai jeket, jauh sekali punyai baju hujan. Semasa mengambil selekoh di jirat cina, aku langsung tak berani pun toleh ke kiri kanan. Tenguk lurus ke arah cahaya lampu kapcai aku sahaja. Alhamdulillah tidak ada sebarang kejadian aneh, tapi terasa motor aku mengaum kuat enjinnya. Biarpun gear empat. "Rantai lama tak berminyak kut, dah mula mengetatlah tu tambahan kena hujan" bisik hatiku.
Tiba di Jenaris, dah hampir 2:45 pagi. Buka pintu pagar, lampu di luar rumahku tertutup, lampu luar rumah kiri kanan jiranpun tak terpasang. Cuma lampu suram jalan menyuluhi, aku buka pintu luncur kaca utama rumahku. Aku menyelak langsir agak luas. Aku memberi salam. Dan merapatkan cermin pintu, Langsir tidak aku tutup rapat. Takut terpijak Kak Mila & anak-anak bergelimpangan di anjung. Memang kadang-kadang mereka tidur di anjung rumah. Kak Mila nampak beralih badan. Salam tidak dijawab. Aku terus ke dapur memasang lampu bilik air. Memang kalau boleh aku tak mahu menganggu tidur Kak Mila & anak-anak. Aku membuka pakaian di bilik air sebab sudah basah kuyup.
Cahaya lampu bilik air menyimbah ke meja makan jepon, aku singkap tudung saji. Selalunya Kak Mila ada meyediakan makanan. Aku kena jamah juga jika tidak esok pasti Kak Mila bising. Setelah makan aku barulah mengunci gril rumah, mengunci pintu geluncur cermin dan merapatkan langsir. Aku bergegas ke tingkat atas tidur sendirian di kamar utama. Tarik selimut, alangkah syoknya dapat tidur dalam suasana dngin dan penat begini. Malas nak fikirkan kejadian di makmal tadi. Selawat banyak2 dan terlelap!
Rupanya kejadian anih di makmal tidak berakhir di situ. Esoknya pagi-pagi Kak Mila dah bising.
"Ingatkan tak ingat balik rumah, anak siapa abg bawak malam tadi? "
"Hahh! anak siapa pulak? "
"Mila nampak ada budak kecik berdiri sebelah motor abg di porch malam tadi. "
"Biar bebetul, tak ada siapa pun bonceng motor abg. "
Memang malas nak fikir kejadian misteri dinihari, siapa budak kecik yang Mila nampak itu. Diakah yang berat sangat hingga mengaum bunyi enjin kapcai aku itu. Suara diakah yang nak ikut dari makmal malam tadi. Isk! anak hantu pun nak menumpang kasih dengan aku ke?. Bebudak memang suka naik motor kan?. Aku teringat akan Muataz yang berkata di makmal aku ada suara kanak-kanak. Mesti dia.
Aku teringat mimpiku. Memang aku pernah bermimpi pelik dari celah-celah ruang dinding makmal, aku melihat ramai keluar kanak-kanak untuk bermain permainan komputer. Ramai sangat. Terutama dari arah makmal Arwah Nasha. Tentunya ada kalangan kanak-kanak itu yang memang kian ingin intim denganku & mengikut aku pulang di dinihari.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan