Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 24 Mac 2006

KUBU JEPUN ( Misteri Ilahi )

Kerap waktu magrib apabila azan bergema, ada saja bunyi yang tak disenangi mengganggu suasana seram.

Pejabat baru yang dulunya ladang getah terbiar. Apabila bersembahyang seorang di bilik sembahyang kadang-kadang terasa ada sesuatu yang mengibas cuping telinga. Kadang-kadang perbagai bau yang busuk menyusuk hidung tidak tahu dari mana datangnya.

Memang pengawal keselamatan manjadi mangsa bilamana waktu tengah malam, kalau membuat rondaan sering diganggu bunyi kasut ladam macam orang kawat. Kadang kadang nampak melintas seperti askar Jepun berjalan seperti orang kawat. Waktu subuh sering pengawal keselamatan terserempak dengan perempuan berpakaian serba putih menuju ke surau, yang anihnya pintu utama memang terkunci, bagaimana perempuan itu boleh naik ke surau di tingkat 3 itu.

Paling membosankan kadang-kadang kekunci komputer seakan-akan diketuk seseorang. Perasaan yang begini sering menganggu setiap pekerja kalau membuat kerja lebih masa seorang diri, terutama di malam hari. Bagi yang kuat semangat memanglah tidak ambil peduli, tapi bagi mereka yang lemah semangat memang sampai jatuh demam berhari-hari.

Sering sewaktu sembahyang maghrib bunyi paip air mencurah-curah tapi bila diintai di surau tiada siapapun sembahyang. Kadangkala bilamana mengambil air sembahyang paip sebelah sering mengalir sendiri airnya, bilamana cuba mengetatkan paip tersebut airnya masih menitis. Sukanya hantu itu bermain dengan paip air.

Mengikut cerita orang yang telah lama bermastautin di kawasan estet itu. Dulu memang ada kubu Jepun semasa perang dunia kedua. Kononnya banyak kejadian pancung kepala dilakukan di kawasan estet tersebut. Memang kawasan estet tersebut adalah amat keras lagi keramat.

Oleh kerana terlampau mengacau Pengarah syarikat telah meminta jasa baik seorang Guru Agama yang handal menangkap syaitan. Guru Agama ini menggunakan botol yang gelap kacanya untuk menangkap syaitan yang kerap menganggu. Memang banyak dapat ditangkap hantu atau kononnya roh jahat yang berkeliaran. Botol-botol tersebut kemudiannya dihanyutkan ke sungai. Agar syaitan tersebut dapat hanyutkan sampai ke laut dan berumah di samudera sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan