Mempercayai keujudan hantu dalam kehidupan manusia ada perbagai tafsiran. Hantu adalah makhluk Allah dari keturunan jin atau pun syaitan. Syaitan dan jin kafir selalunya amat hodoh akan paras rupanya. Ketua Syaitan dipanggil Iblis. Keujudan syaitan lebih lama dari manusia, manusia dicampak ke bumi pun lantaran hasutan syaitan untuk menyesatkan manusia.
Bukan semua manusia berpeluang dapat melihat dengan mata kasar akan keujudan makhluk ghaib ini. Ada yang sekadar tidak percaya dan mengertawakan saja bila ada rakan mereka yang mengatakan dia pernah bersemuka dengan makhluk ghaib ini.
Ada yang menganggap mereka yang kena kerasukkan ada dari kalangan mereka yang lemah semangat. Bagaimana pun keujudan syaitan dan hantu ini mendapat perhatian semua golongan. Contoh terdekat Muzium Negara yang membuat pamiran hantu dibanjiri orang ramai yang terlalu ingin melihat hantu yang diwar-warkan.
Kita terlalu berminat dengan hantu, tapi amat takut untuk bersemuka. Tapi masih ada kalangan kita yang masih terus mengkaji keujudan hantu ini dalam dunia paranormal.
Aku sendiri memang kerap terperangkap dengan keadaan pun gangguan makluk halus ini.
Sebenarnya bagi mereka yang telah lama berkhidmat di UPM, memang telah sering mendengar keujudan hantu di banyak Fakulti. Ianya benar atau tidak terpulanglah pada individu untuk mempercayainya.
Yang pasti hantu atau syaitan ini tidaklah sampai macam cerita di wayang gambar dan tv ... sampaikan boleh mencekik manusia.
Fakulti Kejut. Lama contohnya.
Sering pengunjung di sana dikejutkan dua lembaga hantu yang begitu aktif berkeliaran. Mungkin anda berkesempatan tertembung dengan hantu ini pada beberapa waktu ia begitu aktif. Antara waktu yang hantu ini aktif ialah tepat matahari ditengah kepala. Ia itu waktu ingin masuknya Zuhur. Orang tua panggil waktu tengahhari remang. Waktu azan Magrib dan Waktu tengah malam selepas jam satu. Ada juga hantu yang aktif seawal jam 11:00 mlm hingga 4:00 pagi.
Malam-malam yang hantu ini sering aktif ialah Selasa malam Rabu dan Khamis malam Jumaat.
Dua lembaga hantu yang sering mengejutkan penghuni di Fakulti Kejut. Lama ialah. Lembaga yang menyerupai askar Jepun, lelaki. Pakaiannya serupa askar Jepun serba hijau, memakai topi yang ada kain terjuntai di belakang. Sering dalam banyak kejadian Hantu Jepun ini berkawat dengan bunyi ladam kasutnya mengejutkan mangsa. Antara tempat yang sering ianya ditemui ialah sekitaran Setor Pusat, tingkat satu sekitaran bilik rehat dan tingkat satu Blok D. Pernah satu ketika pengawal keselamtan cuba mengejar Hantu Jepun ini tapi ghaib begitu saja. Seorang pelajar yang bernama Ibrahim pernah dikejutkan dengan bunyi ladamnya di lorong jalan kaki di bilik rihat kira-kira jam 1 pagi setelah pelajar ini menyudahkan projek tahun akhirnya.
" Abang iDAN tak perasan ke? " Dalam suram dinihari; Aku lihat wajahnya pusat lesi.
" Apa dia Brahim..? "
" Bunyi kasut berladam, macam orang kawat saja.."
Aku yang telah masak dengan gangguan sedemikian berdiam diri sahaja, tak menjawab & mempercepatkan langkah. Seluruh badan bagaikan melayang keseraman.
Satu lagi lembaga yang sering ditemui ialah menyerupai seorang perempuan berpakaian serba putih berambut panjang. Panjang rambutnya sampai ke punggung terjurai tidak pernah terikat rapi. Ianya sering menakutkan mangsa... menjelmakan tubuh dengan membelakangi diri. Belum pernah mangsa dapat bersemuka dengan Hantu Berambut Panjang ini. Sering mangsa terserempak dengan Hantu Berambut Panjang ini menaiki atau menuruni tangga di sebelah Setor Pusat ke Makmal KKK. Selain sering ditemui berkeliaran di Blok D hantu ini suka jugak menakuti mangsa dengan mengetuk pintu. Kejadian yang terakhir sebelum berpindah ke komplek baru, hantu ini mengilai-gilai dan seolah-olah telah beranak... apakah betemu jodoh dengan dengan Hantu Askar Jepun tu???.....!!. Peristiwa itu berlaku kepada seorang Tutor yang tidur di Pejabat Am 2. Terpaksa bergegas pulang lewat jam 2 pagi lantaran tidak sanggup lagi diganggu oleh hantu@ syaitan tersebut.
Banyak lagi kejadian yang sering diceritakan olah Pegawal Keselamatan dan mereka yang sering berjaga malam di kompleks lama Fakulti Kejut. Antara cerita aneh, Pengawal Keselamatan pernah terlihat kunci berwarna kuning yang amat besar tergantung di pintu Makmal KAW. Mengikut kepercayaan orang tua-tua warna kuning ada warna memuja syaitan atau jin bagi belaan.
Bagaimana pula dengan Kompleks Baru Kejut???.
Buat masa ini telah dikesan tiga lembaga hantu yang sering berkeliaran!!!. Cerita ini lagi sensasi hinggakan ada kalangan pegawai yang telah demam berminggu. Hantu pertama ialah Hantu Raya yang sering menyamar sebagai staf fakulti. Sering menakutkan mangsa di komplek pemtadbiran 11 tingkat. Kegemaran hantu ini ialah menggangu pengguna lif. Pernah pada waktu magrib pengguna lif dikelirukan dengan nombor tingkat bangunan. Pintu lif terbuka sendiri di tingkat 7 tapi nombor lif tertera 3!!!. Dalam satu kejadian pegawai yang telah bercuti berhari raya di kampung tapi masih nampak berkeliaran di kompleks dengan keretanya. Pernah juga pada satu kejadian Pemandu yang lena tidur di rumah tapi didapati berkeliaran dengan ketayapnya bersama jip di depan foyer pentadbiran. Banyak lagi kejadian aneh yang payah dipercayai.
Lembaga ini juga suka bermain suis lampu, pernah pengawal keselamatan mengadu kepadaku, dia naik masak dengan gangguan lembaga ini. Terkadang bila nak tutup lampu tidak mahu terpadam, biarpun suis telah ditutup rapi. Pernah juga masa dia meronda di tingkat 11 lampu menyala dengan sendiri; dia mengintai setiap bilik tidak ada seorangpun penghuni. Bukan sekali dua pula dia terpaksa bergelap dengan suluhan lampu suluh sahaja. Buka semua suis tiada elektrik, tingkat lain semua ada elektrik. Anehnya bila dia telah turun, mendongak ke atas kelihatan lampu menyala dengan sendiri.
Seekor lembaga ialah berupa perempuan yang tinggi. Hantu ini pula sering berkeliaran di kawan blok berhampiran tasik. Pelajar PhD. mengadu mendengar tangisan hantu ini, tangisan hantu ini amat sayu , esakan tangisnya bagaikan pukau membuatkan beliau tidak dapat menahan airmata. Gangguan tangisan hantu ini memaksa pelajar ini bergegas pulang kerana pada ketika itu telahpun melewati 2 pagi.
" Sayu sangat tangisannya abg iDAN memang saya tak dapat mengawal airmata saya! "
Satu lagi lembaga adalah yang amat sasa dan besar tubuhnya. Hantu ini sering berkiaran di sekitar Blok KKK, KKA dan KMP. Ia suka mengintai mangsa di semak-semak pohon bunga tasbih. Suka bermain di tandas tingkat atas KMP dan sering bermain di titisan air penyaman udara yang dingin menitis. Sering mengejutkan mangsa dengan mencakar-cakar cermin tingkap. Pernah menjelma diri dengan mengapungkan anggota di ruang jalan tingkat atas KMP. Aku yang terserempak bagaikan lemah lutut tak larat melangkah. Siapa suruh balik sendirian lewat dinihari!.
Sejak pihak pengurusan memasang spotlight hantu ini sering mengejutkan mangsa dengan memanggil nama mangsa ketika ke tandas iaitu memang rumah syaitan bercengkerama.
Bagaimana kita ingin memerangkap hantu-hantu ini. Bagi mereka yang pernah menangkap hantu tentunya boleh berkongsi pengalaman!!.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan