Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 23 Mac 2006

BERLUMBA DENGAN VAN JENAZAH ( Misteri Ilahi )


Arwah ayah menghembuskan nafas terakhir hampir azan magrib di GH KL. Kakak ipar saya seorang yang berpengaruh di Hospital tersebut, begitu juga abg saya memang digolongkan orang kenamaan. Jadi pengurusan jenazah arwah ayah tidaklah sukar sangat. Kira-kira tiga jam jenazah ayah telah boleh di bawa pulang ke Perak.

Emak Su saya mahukan Allahyarham ayah dikebumikan di sisi Allahyarhammah emak di Perak. Memang Emak Su tak sangka arwah ayah kena strok di KL dan cuma empat malam dirawat di CCU GH, KL. Memang ayah agak uzur dalam usianya 69 tahun.

Sementara keluarga saya menguruskan Jenazah Ayah di hospital. Saya pulang ke rumah untuk berkemas-kemas pulang ke kampung. Biasalah orang perempuan berkemas amat lambat. Kira-kira jam 12 malam baru dapat bertolak... dari rumah saya di Cheras. Saya menelefon kakak ipar saya, katanya kereta jenazah yang membawa arwah ayah telahpun bertolak kira-kira jam sepuluh mlm lagi.

Saya mencongak-congak tentunya tiga ke empat jam akan sampailah ke kampung saya. Kalau jam sepuluh tentunya satu atau dua pagi sampailah di kampung. Jadi memang saya tak mungkin boleh bertembung dengan kereta jenazah arwah ayah saya.

Sepanjang perjalanan saya memasang keset ayat-ayat Quran di kereta. Isteri dan anak-anak masuk saja kereta semuanya lena melayan mimpi masing-masing. Saya terkenangkan arwah emak yang tidak dapat saya iringi ke kuburan sebab masa arwah meninggal saya tiada di Malaysia. Saya di Juo Machi Hitachi. Saya bersyukur dapat di sisi arwah ayah semasa ayah nazak & menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Dari KL cuaca memang baik. Kenderaan amat kurang kerana telah jauh malam. Cerita misteri Gua Tempurung berligar-ligar di kepala saya. Nasib saya memang ingin diuji malam itu. Semasa melintasi kawasan Gua Tempurung telahpun melawati jam dua pagi. Cuaca amat dingin dengan kepulan kabus memutih di jalanan.

Isk... sampai saja di persimpangan Sungkai hujan rintik-rintik mulai turun. Saya sudah meramalkan mesti ada kejadian yang seram akan menimpa saya. Hendak kejutkan isteri saya kasihan pula mengenangkan dia sudahlah penat berkerja, mengatuk lagi melayan anakanak, anak yang bungsu pula menyusu badan. Saya perlahankan bacaan Quran di radio keset saya. Setelah RSA Tapah memang tiada lagi hentian berihat hingga ke Gua tempurung...

tiba-tiba saya amat terkejut, sebuah van jenazah berwarna hijau amat laju memotong kereta Wira saya.. Saya lihat meter kereta saya mencecah 100 km lebih. Saya menganggarkan mesti van jenazah itu melebihi 110 km. Yang anehnya tiada kereta lain yang mengiringinya. Takkan tak ada saudara mara mengekori. Saya memperlahankan kereta saya.

Kereta jenazah tersebut semakin hilang dari pandangan. Saya tak sempat membaca tulis jawi di dinding kereta jenazah tersebut sebab cuaca buruk. Tapi semasa memotong saya.... spotlight jelas menyuluh bonet van jenazah tersebut, ada dua orang duduk di bangku belakang di sisi jenazah.

Saya tak kisah sangat dan tidak menyangka kejadian aneh akan berlaku. Setelah melintasan jejantas Lata Kinjang semasa mendaki Gua Tempurung..... Tiba-tiba kereta jenazah yang sama memotong amat laju... perkara yang sama jelas saya lihat.. dua orang duduk di sebelah jenazah!!. Saya sekadar dapat mengucap panjang dan mereka-reka .. mungkin ada banyak kereta jenazah di sekitar Gua Tempurung waktu dinihari !! Maka itu lepas satu satu lagi memotong saya.

Nak buat macam mana sudah kerjanya asyik menyakat pemandu!!!. Perjalanan terpaksa diteruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan